Kami agak teruja untuk treking hari ni sebab kami akan sampai di tasik yang pertama yang bernama Vishnusar Lake atau dikenali sebagai twin lake, satu lagi lake nama dia Kishansar Lakes. Tapi Kishansar Lake kami akan pergi hari berikutnya. Kami start treking pada jam 8:00 am selepas sarapan, lupa nak bagitau kami punya everyday breakfast sama je setiap hari, kami dihidangkan dengan sarapan yang penuh khasiat...
1. Bubur oat
2. Telur dada
3. Roti bakar
4. Jem strawberi dan madu
5. Chai Tea
1. Bubur oat
2. Telur dada
3. Roti bakar
4. Jem strawberi dan madu
5. Chai Tea
Rindu nasi lemak dengan roti canai dah masa ni. YeDowh
3 beradik dari Sabah, lagi 2 beradik lagi jauh di depan |
Inilah Yessa. 9 tahun. Russian. Comel tak? |
Penat penat pikul load buat apa bro? Jimat tak nak bayar kuda la tu.... huhu
Meadow trek |
Team kami agak awal sampai ke kem site hari ni, agak laju laaa... itupun jenuh bergambar kalau tak lagi awal, bila dah sampai awal banyak masa terluang. We decide to mandi di Vishnusar Lake dan menikmati keindahan tasik di ketinggian 13,000ft. Tasik nampak cantik dan bersih, air color biru dan agak jernih tapi dia punya sejuk macam kau mandi ice. Bila terjun then bangun ke darat rasa macam kena bius satu badan, rasa kebas. Kat tasik ni juga laluan angin, memang kuat betul angin kat tasik tu, bila nak bergambar dengan bendera Malaysia susah betul nak dapat best shot.
Nearby our kem site kalau nasib baik kita boleh nampak marmot, dia duduk di celah celah batu, mungkin sarang dia kot situ, first time aku nampak marmot depan mata, cara nak bagi marmot keluar kau kena duduk diam diam sampai dia keluar, aku rasa Azri dapat best shoot gambar marmot ni. Nanti aku share kat bawah ni...
Ringkasan perjalanan hari ke 2 Ninchnai to Vishnusar
Nearby our kem site kalau nasib baik kita boleh nampak marmot, dia duduk di celah celah batu, mungkin sarang dia kot situ, first time aku nampak marmot depan mata, cara nak bagi marmot keluar kau kena duduk diam diam sampai dia keluar, aku rasa Azri dapat best shoot gambar marmot ni. Nanti aku share kat bawah ni...
Lepas mandi layan view tasik |
Ringkasan perjalanan hari ke 2 Ninchnai to Vishnusar
Ketinggian : 11,500 ft (3,505 m) to 12,000 ft (3,658 m)
Masa : 5 jam hingga 6 jam
Trek : Moderate kalau laju 4 jam boleh sampai sambil bergambar, sejam setengah ascent to Ninchnai Pass kemudian descent dan mendata sampai ke Vishnusar Lake kemsite, Kawasan padang rumput hijau dan berbunga menarik perhatian aku, luas mata memandang dikelilingi gunung
Sumber air : Sepanjang trek nanti ada tejumpa spring water untuk diminum. Standby botol kosong je. Tapi kat kemsite kena naik atas sikit tempat biri biri turun tu baru ada spring water
To be bersambung...
No comments:
Post a Comment