Monday, April 13, 2020

TRANS TITIWANGSA VERSI 2 (V2 TRAIL)


Assalamualaikum semua
V2 atau Version 2 ni merupakan satu trip yang agak hardcore sebenarnya, kebiasaan para pendaki akan merentasi banjaran titiwangsa yang bermula dari trek Yong Belar - Gayong - Korbu - Gayong - YongYap dan berakhir di Sg Rengil. Ini lah serba sedikit gunung-gunung yang akan dilalui oleh para pendaki.

75.91 km +-, jarak yang akan dilalui oleh pendaki V2, IG ajimrahman

V2 distance : 70-75km +-
Elevation gain : 6,000m +-

Trip ni seminggu selepas TMMT 100KM. Gila! Sepatutnya trip ni patut buat sebelum race TMMT, tapi memandangkan atas faktor masa dan lain-lain kenalah buat selepas TMMT. Besar kemungkinan trip ni aku nak lipak awal sebab malas, kan baru lepas 100km. walaupun V2 ni aku belum pernah buat.



LINE UP 4 ORANG SAHAJA:
AKU, AJIM RAHMAN (AJIM), IQBAL ZULKIFLI (IQBAL) DAN IQBAL HARUN (BOTAK)

                                                           




Plan asal nak buat 3 hari 2 malam sebenarnya, tapi....

DAY 1
Kami semua carpool naik kereta Iqbal,bergerak dari lembah Klang pada jam 10pm - 11pm macam tu. Sampai masjid Lojing dalam pukul 3am - 4am. Aku tak ingat dah betul betul jam berapa. Awal-awal ni aku kurang take note pasal masa sebenar. OK, sebelum subuh lagi kami dah siap-siap nak naik powil.

OK! Setting untuk transport untuk buat trip V2 ni macam ni. Nak senang macam ni, starting point  trip V2 ni ialah trail di head Gunung Yong Belar (kami start di kebun Joe) manakala pendakian akan berakhir di Sg Rengil atau trail head Gunung Yong Yap. Jadi, kami parking kereta siap-siap di Sg Rengil lepastu powil datang dan terus bawa ke kebun Joe.

Kami berkongsi powil dengan team Ajul, Ajul buat V2 48 JAM, ramai team dari Penang yang Ajul bawa kalau tak silap aku. HAAA, dan adacouple dia bawa motor parking kat surau Sg Rengil juga berkongsi powil yang sama. Kami semua sampai di kebun Joe sebelum matahari naik. Solat subuh di kebun Joe kat surau  hostel petani-petani itu tidur. Mengigil juga time tu kesejukan masa solat.

*kami berempat masih dalam mood recovery selepas 100km TMMT, blister pun tak molek lagi*

KEBUN - KEM KASUT - YONG BELAR - KEM KUALI
07000 kami mulakan pandakian seperti biasa, masing-masing dengan beg 30 liter - 40 liter. Kami target nak buat 3 atau 4 hari, bergantung pada keadaan, sekali lagi aku ulang bergantung pada keadaan. Botak bergerak laju, putus nafas aku nak kejar, sampai dalam hati aku cakap, "arghh pergi mampos lah" aku ikut pace aku...

0950 kami sampai Kem Kasut, masa ni team Ajul dah ada yang potong kami sorang dua. laju nak mati mereka. Kat Kem Kasut kami dapat kejar team belakang group yang masuk lebih awal dari kami, nak buat V2 juga katanya, 4 hari katanya. Malam ni nak tidur H2O mereka kata, wish them all the best! GAMBATE GAMBATE!

*cerita pasal Kem Kasut ni, teringat masa buat YB3B dulu, buat YB3B 2 hari 1 malam, tapi boleh bantai goreng keropok lekor kat Kem Kasut lama-lama, penyudahnya OT pukul 3 pagi baru sampai Kem Gurkha, click sini untuk kisah YB3B 2017.*

1050, kami semua sampai Gunung Yong Belar, macam biasa susah nak dapat view kat puncak ni, berkhabus tebal seperti biasa. Nak dapat view sila tidur di puncak. Bergambar sekeping dua, 1130 kami pun terus menuju ke Kem Kuali. Gila babi lah down hill nak ke Kem Kuali ni, macam kau turun dinding, dengan selut lagi, boleh datang kan stresssssssss tapi tak jauh pun, lepas setengah jam kami sampai di Kem Kuali, dari Kem Kuali boleh nampak lah dinding puncak Yong Belar tu, fuhhhh!!

Dekat Kem Kuali ni dapat lah view sikit, nampak lah banjaran titiwangsa tu, luas mata memandang. Sejujurnya melihat view cantik ketika mendaki dapat menaikkan motivasi pendaki. Kat Kem Kuali ni lah Iqbal selitkan span basuh pinggan kat pading beg dia tu, mungkin boleh melegakan bahu, nak jalan jauh lagi ni. Sebaiknya pakaikan span seat belt tu pakaikan di pading bag, pakai brand Sparco!
Untuk trip ni, setiap sejam aku makan dan minum air sepanjang masa terutama lepas layan pacak. Makanan on trek masa ni aku makan nasi impit dan coklat. Tak boleh tunggu betul-betul lapar baru nak makan.

Kami nak kena sampai Gunung Junction at least pukul 1800,kalau tak susah nanti, sebab plan nak buat 3 hari 2 malam. Ajim sebagai ketua trip nak target day 1 nak setelkan Korbu dan Gayong terus.

Sudah semestinya ini Botak

Gunung Yong Belar

Ajim Rahman, COROS ambassador


KEM KUALI - H2O
Sebelum sampai Kem H2O, kami akan lalu dulu Puncak View dan Puncak H2O, trip V2 memaang gila babi elevation dia, Dari peak YB akan turun ke Kem Kuali, kemudian turun naik lagi sampai Puncak View kemudian turun lagi sampai puncak H20 kemudian terus menurun sampai Kem H20. Kem H2O ada sungai, waktu ni air agak keruh tapi masih selamat untuk minum. Pukul 1500 kami sampai di Kem H2O. Kami solat dan lunch kat sini.

Kem H20 ni merupakan water point terakhir, akanjumpa air semula di Lembah Agas, maknanya dalam 20km dengan elevation baru akan jumpa air di Lembah Agas. Aku pikul 2 liter air bawa naik Junction (sebaiknya 3 liter). Pukul 1600 aku dan Iqbal gerak dari H2O. Ajim dan Botak gerak dalam pukul 1630

KEM KUALI
 
OPEN VIEW DARI KEM KUALI




Batu sempadan Kelantan dan Perak

Batu sempadan Kelantan dan Perak

 



Water point Kem H2O

KEM H2O


KEM H20 - JUCTION
Gunung Junction ini adalah  3 simpang untuk pendaki pergi:
  1. Gunung Junction - Trek Gunung Gayong dan Gunung Korbu
  2. Gunung Junction - Lembah Agas dan terus sampai ke trek Yong Yap, Bubu dan Tok Nenek
  3. Gunung Junction - H20 dan Gunung Yong Belar
Jadi untuk semua pendaki yang buat V2, mereka akan menjadikan Junction sebagai kem site atau tempat letak barang, sebab mereka akan patah balik ke sini selepas sampai di Gunung Gayong dan Korbu

Elevation gain dari Kem H2O nak ke Junction memang gila pacak + technical, aku rasa macam naik ikut tebing gunung dan lepas sampai helipad baru rasa ikut permatang. Mungkin Allah dengar doa kami pada masa ni, cuaca amat baik sepanjang trip ni, tak hujan pun. Lepas sampai trek permatang aku rasa lega sikit. Aku dan Iqbal agak jauh tinggalkan Botak dan Ajim. Masa ni kami berjalan 2 pair , aku dengan Iqbal dan Botak dengan Ajim.

 




View dari helipad
Aku dengan Iqbal sampai Junction pukul 1823, timing masih ok kalau nak diikutkan cuma lewat dalam 20 minit tapi Ajim dan Botak tak sampai lagi. Aku dan Iqbal duduk rehat dan makan kat Junction sambil tunggu Botak dan Ajim. Kat Junction ni team Ajul yang depan dah sampai tak silap aku, ada nampak barang diorang tinggalkan kat Junction dan mungkin dan otw daypack pergi Gayong dan Korbu.

Dengan ketinggian Gunung Junction 2,072 meter (6,796 kaki) cuaca makin lama makin sejuk. YA! memang Gunung Junction terkenal dengan kesejukan dia, ramai pendaki akan mengeluh kesejukan kalau berada di sini lagi-lagi kalau camping kat sini. Aku cuba lelapkan mata dalam keadaan duduk, dapat lelap kejap-kejap je, banyak kali aku terjaga sebab kesejukan. Iqbal aku nampak selesa sangat sebab dia berselubung dengan emergency blanket karrimor warna oren tu, sekali aku tengok emergency blanket karrimor tu macam tempat bungkus mayat pun ada.

Semakin lama tempat ini semakin sunyi, sehinggakan segala bunyi jelas kedengaran baik serangga hutan, angin kencang dan bunyi-bunyi pelik di hutan. Semasa kami tidur-tidur ayam menunggu ketibaan Ajim dan Botak aku terdengar jelas kedengaran suara orang menjerit "woiiiiiii" agak panjang nada suara tu. Aku tak lekas menyahut, aku diamkan aje lagipun sekarang sudah masuk waktu maghrib. Aku sambung lelapkan mata dan aku berbisik di dalam hati"asalkan kau tak muncul depan mata!"

Jam dah masuk pukul lapan malam, Ajim dan Botak belum muncul lagi. Aku kejutkan Iqbal dan ajak dia tarik fly, dia balas "kau carilah pokok mana nak ikat tali fly dulu" lepastu dia sambung tidur. Lantas aku kejutkan semula Iqbal dan tunjuk 2 batang pokok ni tiang nak ikat fly. Dalam pada kami sedang ikat fly tu, aku tanya Iqbal ada dengar tak orang menyahut woiii tadi, Iqbal angguk tanda dia mendengar "aku dengar tapi kan tadi masa mgahrib so aku diam je". Sedang tekun pasang fly, Ajim dan Botak pun sampai lebih kurang pukul 2030. Tengok keadaan diorang dengan tali beg Botak dah putus Ajim pun dah flat gila kau nampak. Malam tu kami semua bincang sama ada nak pergi tak Gayong dan Korbu atau terus turun ke Lembah Agas tanpa proceed ke Gayong dan Korbu. Keputusannya semasa sembang bawah fly, kami akan ke Gayong dan Korbu dan akan skip Gunung Bubu dan Yong Yap, semua beralasankan Botak ada bawa beg daypack untuk ke KORGA. Pukul 0400 kami akan gerak.

Sedang kami cuba melelapkan mata, sorang demi sorang team Ajul sampai Junction, terdengar mereka mengigil dalam kesejukan sebab semua tidur dalam plastik sampah dan emergency blanket.
OK! Katanya kami nak ke KORGA pukul 0400 itu semua dusta belaka. Semua tal mampu nak bangun pukul 0400 tu, kesejukan dalam fly, betul! memang berat gila nak bangun dengan keadaan sejuk macam tu.

Kisah masih di Junction, pukul 0800 aku keluarkan roti canai segera dan sedikit mentega yang dah dibungkus cantik dalam plastik. Aku bawa 2 pax roti canai bersamaan dengan 10 roti canai dalam 2 pax tu. Iqbal rajin, dia goreng semua roti canai tersebut. Kami makan roti canai dengan kari ayam Brahim pagi tu.

Cuba habis baik muka tak letih bila sampai Junction


DAY 2

GUNUNG JUNCTION - LEMBAH AGAS
Pukul 0930 kami semua meninggalkan Gunung Junction, tarikh pada hari ini 31 OGOS 2019. Kami bergambar di Junction dengan bendera kebangsaan sebagai kenangan. Trek turun ke Lembah Agas kau kena bersedia untuk jalan seperti biawak komodo kata Ajiim, kena lalu susur akar kemudian akan lalu trek mossy yang cantik.

OH BTW, kami dah plan nak terus keluar hari ini juga, kami akan skip Gunung Yong Yap dan Bubu, kami akan terus turun melalui trek Gunung Tok Nenek.

Sebelum sampai ke Lembah Agas, kami lalu Anak Junction dahulu. Trek dari Junction ke Lembah Agas memang main dengan downhill jee sampai water point Lembah Agas. 1125 kami sampai water point sebelum sampai Kem Lembah Agas. Air kat sini sedap sikit, sejuk macam kelaur dari peti ice. Kat sini aku buat air extra joss 2 pax  dengan 500ml air dan refill air 1 liter je untuk sampai ke water point seterusnya di DGU nanti. Air manis penting untuk badan kita terutama masa hiking macam ni.


Bergambar sebelum meninggalkan Junction




Water point sebelum Kem Lembah Agas
BONGSAI TENGAH - PUNCAK VIEW 
Pukul 1250 kami sampai di Bongsai Tengah, kat sini cantik sebab view open 360. Dari Bongsai Tengah ni kami boleh nampak almost semua trek V2 atau view Banjaran Titiwangsa. Cuaca baik masa ni, kami jelas boleh nampak baik Gunung Korbu, Gayong, Yong Yap, Bubu, Gunung Junction (tempat kami bermalam semalam) dan banjaran-banjaran yang telah dan akan kami lalu nanti.
Bila aku nampak trek yang dah kami lalu tu aku dah rasa macam satu kejayaan, "jauh gila siallll aku jalan!!"

Hampir setengah jam di sini, kemudian kami bergerak menuju Puncak View. Pukul 1410 kami sampai Puncak View. Nama pun Puncak View kan, mesti lah ada view, pukul 2 masa ni agak panas sebab tempat dia open, kami banyak bergambar kat sini dengan bendera kebangsaan. Lebih setengah jam juga bergambar kat sini, dari sini kita boleh nampak Gunung Yong Belar, Tok Nenek, Berlumut dan lain lain sepanjang banjaran titiwangsa.
Lama sangat lepak sini sampai lebah datang mengerumun, aku kena sengat sekali kat lengan lepastu aku ajak semua untuk beredar, sakit juga kena sengat tapi tak teruk sangat.  Dalam pukul 1435, kami turun ke Kem DGU. Tak sabar nak bancuh extra joss kat situ.

Panorama view from Bongsai Tengah



From Puncak View
From Puncak View





Ajim & Botak

KEM DGU (DON'T GIVE UP) -  PUNCAK BERLUMUT - KEM KACANG
Kami sampai Kem DGU pada pukul 1455, tak jauh sangat dari Puncak View tu lagipum downhill je dari Puncak View ke Kem DGU. "30 minit je tau kita rehat sini, fuel up sikit dengan makan minum dan solat, lepas 30 minit kita gerak eh" Iqbal bersuara. Hmmmm. Tapi sejam juga kami kat sini. hahaha. Masa ni makanan dah tak banyak, nak bukak dapur haram malaaaassssss. Kami ratah serunding je, rasanya nasi impit pun dah habis masa ni.

Kat DGU aku tukar stokin baru, selesa sikit.

Pukul 1600 kami gerak menuju ke Puncak Berlumut, Kami ambil masa sejam dari Kem DGU menuju ke Puncak Berlumut, trek mulanya pacak, kemudian menurun lepastu terus pacakkkkkkkkkk sampai Puncak Berlumut, masa ni trek cantik jee tak ada lumpur mahupun akar berselirat sedap je layan pacakk. Jadi kami sampai Puncak Berlumut pukul 1700. 20 minit kami rehat di Kem Berlumut, makan dan rehat lagi, pukul 1720 turun ke Kem Kacang. Lepas 20 minit downhill kami kami tiba di Kem Kacang, ada pokok kacang ke sini? kacang apa? ntahhh aku pun tak tau sejarah nama kem ni....






KEM KACANG - PUCAK KAMBING  - GUNUNUG TOK NENEK
Kau dah downhill sampai ke Kem Kacang, dalam kepala hotak dah boleh set lepasni kau akan uphill pula. Betulah tu, Dari Kem Kacang sampai ke Puncak Kambing Allahu dia punya pacak hanya tuhan yang tahu, tangan di lutut masa mendaki.............

Hampir sejam juga lah uphill dari Kem Kacang ke Puncak Kambing,pukul 1820 aku dan Iqbal sampai Kambing. Sebelum nak sampai Puncak Kambing tu aku sempat overtale sorang line Ajul, Din kalau tak silap namanya, katanya kuku dah injured, misi V2 48 JAM terhenti sebelum sampai Puncak Kambing.

Dari Puncak Kambing nak ke Gunung Tok Nenek da htak jauh dah, dalam 10 - 15 minit je, boleh nampak depan tu. Sementara tunggu Ajim dan Botak, sempat la aku berbual dengan sweeper team Ajul tu, shit! aku lupa nama diaaaaaaaaaaaa.... dia pun ceritalah tak ramai yang dapat buat 48 jam, "tengok depan-depan ni pun ramai dah nak turun terus dari Tok Nenek"

Pukul 1830 kami sampai Gunung Tok Nenek, ini merupakan kali ke 3 aku sampai sini dan ini kali pertama aku dapat full view. View kat sini antara paling cantik di antara gunung-gunung di Banjaran Titiwangsa ni. 360 view!! Angin kuat di puncak sehingga mengigil kesejukan, kena tahan sejuk di puncak sebab nak tunggu matahari terbenam punya pasal.

BTW dari awal kat Junction lagi kami dah nak skip je Gunung Bubu dan Yong Yap, semua dah bersetuju nak terus turun ikut Tok Nenek, no drama here, semua akur. Lain kali boleh buat lagi kannnnnn...

Beautiful Mt Tok Nenek

Beautiful Mt Tok Nenek

SCOTT SUPERTRAC RC






GUNUNG TOK NENEK - SG RENGIL
Lepas maghrib dalam pukul 1920, kami teruskan perjalanan menurun trek agak berbatu dan berhabuk, kena hati-hati sikit bila turun masa ni, jangan sampai tersepak batu nanti terkena orang depan. Kalau lalu waktu siang trek ni boleh nampak banyak habus sebab trek turun dari Tok Nenek ada juga yang lalu tanah kering.

Pukul 2000 kami sampai Kem Berlumut, banyak team campsite kat sini. Aku dan Iqbal je baru sampai masa tu. Masa tengah lalu kem site tu ada seorang laki bangsa cina yang sedang baring kat hammock menegur kami. Lelaki tu berlorat melayu tak kekok lidah, dai banyak cerita pasal ketidak puas hati event TMMT last week, haha seronok betul dia berbual sampai aku terpaksa cut perbualan sebab kami jauh lagi nak keluar ni. Ada dalam 5-6 jam lagi. Aku jalan perlahan di Kem Berlumut risau terpijak tali fly mereka yang camping sini dan terus teruskan perjalanan. Masa ni kami masih jalan by pairing aku dengan Iqbal dan Ajim dengan Botak. Tapi bila trek pacak aku pair dengan Botak, Iqbal pula dengan Ajim. Bertukar-tukar, takpa janji jalan ada teman jangan jalan sorang-sorang dalam hutan bahaya.

Pukul 2100 pula aku dan Iqbal sampai di Kem Hari. Meriah Kem Hari dengan team team hiking. Air Iqbal dah kering masa ni, terus dia pergi ke sungai refill air aku ikut dari belakang.

"Assalamualikum" aku beri salam kat satu Kem Site yang berekatan dengan sungai tu, aku lihat macam kem site dapur tu mungkin ada kopi panas, bisik hati aku. Lepas mereka jawab salam kami berbual dengan membanyakan pertanyaan, dari mana, berapa hari apa semua tu lah (standard pendaki berbual kalau baru kenal). Dalm perbualan tu aku selitkan dengan permintaan air kopi panas, hihi.
Kebetulan aku nampak ada sorang tengah jerang air masa tu.

Bukan kopi panas je yang kami dapat, makan malam pun mereka cedokkan sekali. Aku ingat lagi masa makan nasi lauk:
  • ayam goreng
  • sardin
  • ikan masin
  • omelette
  • kicap cap kipas udang
setengah jam kemudian Ajim dan Botak pun tiba, mereka makan sekali. Hampir sejam kami semua berbual dengan mereka, masa ni juga lah kami dapat berita ada kes seorang pendaki meninggal dunia di Kem Pelaur semalam. Maknaya team arwah dalam perjalanan ke Gunung Yong Belar, mungkin dia beberapa jam di belakang kami semalam. Al-Fatihah untuk arwah.

Team pendaki dari Tumpat, terima kasih untuk makan malam
Jambatan gantung
Terima kasih untuk team pendaki dari Tumpat Kelantan,masa ni mereka buat Tok Nenek 3 hari 2 malam. Pukul 2200 kami teruskan perjalanan ke Sg Rengil, kali ni kami semua jalan serentak in group. Pace makin perlahan, walaupun trek dah banyak landai masa ni. Sampai Lengkuas 2245 dan sampai Simpang Y pukul 2345. Bila dah sampai Simpang Y ni, paling lambat pun 2 jam boleh sampai Sg Rengil. Ada 2 sungai besar nak kena lintas, di sungai ke 2 aku tergamam sebentar dah ada jambatan kayu, mungkin orang asli sini buat untukkemudahan pendaki. Aku tak pasti jambatan tu dah siap sepenuhnya atau dalam pembinaan.

Pukul 0123 akhirnya kami sampai ke Sg Rengil. Alhamdulillah. Kami bersihkan diri dan tidur di surau Sg Rengil sebelum bertolak pulang pada pukul 0800.


SUMMARIZED
DAY 1
0700 Kebun
0950 Kem Kasut
1050 Yong Belar
1130 Gerak 
1156 Kem Kuali
1449 Puncak H2O
1500 Kem H2O
1600 Gerak
1823 Gunung Junction 

DAY 2
0930 Gerak (lewatnyaaaaaaaaa)
1125 Water point Lembah Agas
1151 Kem Lembah Agas
1250 Bongsai Tengah
1410 Puncak View
1435 Gerak
1455 Kem DGU
1600 Gerak
1700 Puncak Berlumut
1720 Gerak
1740 Kem Kacang
1820 Kambing
1830 Tok Nenek
1920 Gerak
2000 Kem Berlumut
2100 Kem Hari
2200 Gerak
2245 Kem Lengkuas
2345 Simpang Y
0123 Kg Sg Rengil


 for Strava link click here


Instagram stories highlight https://www.instagram.com/stories/highlights/17852545660541121/

Terima kasih kerana sudi membaca.

6 comments:

  1. baru nak syok baca... tup2 ada pulak couple naik moto parking kat rengil....
    itu saya & isteri, saje nak melayan view Junction-Tok Nenek.. haha, salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah, berteka-teki kami masa tu. Haha. Salam kenal

      Delete