YB3B 18 MAC - 19 MAC 2017
- Gunung Yong belar - 2181 M
- Gunung Challi - 1923 M
- Gunung 3 Boundaries - 1805 M
- Gunung 6040 - 1840 M
Ayat Koya
Aktivi pendakian YB3B ini pendaki akan menawan 4 puncak gunung yang berbeza seperti di atas. Trial head bermula di Kebun sayur Lojing (naik powil 45 minit) dan berakhir di blue valley. Trip 2 hari 1 malam sepatutnya compress trip bertukar menjadi compress santai 2 hari 1 malam sebab banyak sangat rehat. Ok, ini percubaan ke-2 aku untuk buat YB3B. Percubaan pertama kantoi tak ada permit dengan jab hutan, nasib baik kena amaran je. Kali ni percubaan ke-2 dan berjaya, aku tau trip ni dari Zu dan Zu tau trip ni dari Zami rasanya, Zami lah guide kami untuk trip ni. Trek dari Kebun ke Yong Belar macam biasalah berselut parok, masa banyak dihabiskan di Kem Kasut, kami bukak dapur dan menggoreng keropok lekor sambil bersembang pasal Kem Gurkha. Katanya seram! Sampai puncak YB dalam jam 6.00 pm, cuaca baik, open view! yeay! sebenarnya susah nak dapat view kat YB ni, kalau nak confirm dapat view korang kena bermalam di puncak. #tipsYB.
DAY 1 (18 MAC)
0900 KEBUN
1050 KEM TUDUNG PERIUK
1230 KEM PELAUR
1530 KEM KASUT (BUKAK DAPUR HARAM)
1700 GERAK
1815 YONG BELAR (MASAK MEGGI DALAM KESEJUKAN)
1945 GERAK
0200 KEM GURKHA
DAY 2 (19 MAC)
1230 GERAK
1330 GUNUNG CHALLI
1400 GERAK
1500 GUNUNG 3B
1530 GERAK
1700 GUNUNG 6040
1745 GERAK
1910 BLUE VALLEY (NAIK POWIL RETURN TO SEK KG RAJA)
Altitude
Altitude gain 2027 m
Altitude loss 2138 m
Min altitude 1473 m
Max altitude 2162 m
Distance
Total distance 27.19 km
Distance Flat 2.96 km
Distance Downhill 12.37 km
Distance Uphill 11.87 km
Water point
Kem Kasut
Kem Pelaur
Kem Gurkha
View trek & maps click sini (VIEW RANGER MAPS)

Apa yang menarik pendaki untuk buat trip YB3B ni? Gunung 3 Boundaries. Gunung 3B merupakan titik tengah bagi 3 negeri iaitu Kelantan Pahang Perak, anda boleh pergi 3 negeri ini dalam pada masa yang sama.
Selepas makan maggi, lepas maghrib, kami bergerak menuju ke Kem Gurkha, aku dah set dalam kepala akan sampai Kem Gurkha pukul 1200 am - 1.00 am. Sebenarnya bagus kita set dalam kepala awal-awal, contoh kalau biasa kita pergi ke satu tempat tu makan masa 3 jam, tapi kita set dalam kepala 6 jam hahaha. Nanti mental kita lebih bersedia. Betul tak? Trek dari YB untuk Kem Gurkha pada mulanya amat menurun macam turun tebing pun ada, penuh dengan akar dan batu. Makan masa bila lagi ramai dalam group, malam pulak tu, kena take turn nak turun tebing. Sepanjang trek, kami banyak rest, kadang tu setengah jam rest sebab nak tidur, belum lagi jumpa ular on trek. Amani punya takut nak jalan, puas paksa jalan cakap ular dah tak ada. hahaha. tapi dia sekarang dah podium girl!
OK! Lepas jumpa ular masa on trek malam tu, Zami selaku guide dan duk paling depan sekali terserempak dengan binatang berkaki 4, tak sure samada babi, harimau, kancil, rusa atau apa apa sajalah. Tapi aku rasa babi! Zami terus berundur ke belakanng, bila Zami berundur, jadi semua terpaksalah berundur kan masa malam semua jalan by group. Lepas dapat ruang yang selesa, aku terus keluarkan mercun bola dan laiter bagi kat Zuu terus bakar, aku nak bakar tak sesuai sebab aku duk ke-2 belakang depan Saad. Zuu terus menyalakan api dan mencucuh mercun bola yang pertama tapi gagal sebab leamu, ok! mercun bola ke-2 berjaya dinyalakan dia pun cuba membaling ke arah mungkin babi itu tapi kekuatan Zuu membaling mercun hanya sampai depan mata kami semua, apa lagi semua berkeliaran lari out of trek. Ohh Zuu Uz..... Lepas kami pastikan keadaan agak selamat kami teruskan perjalanan seperti biasa.

Hampir jam 1.00 am. Zami dah give up cari Kem Gurkha, sampai dah ready nak buat emergency kem site, tapi aku Ayat yakin Kem Gurkha dah dekat, masa tu dah pukul 2.00 am tak silap, semua dah tak ada tenaga. Dengan bantuan apps view rangers kami berjaya sampai Kem Gukha tak juah dari tempat Zami nak bukak emergency kem site. Alhamdulillah semua kembali ceria. BTW, dah ada satu group sampai Kem Gurkha dulu pada kami, diorang masuk awal beberapa jam dari kami.
Bukak fly ground, semua terus tidur, semua penat, nak dinner pun dah tak selera. Nasib lah Zami ada goreng keropok lekor boleh aku buat alas perut.
Malam tu dah penat OT sampai 2.00 am, masing-masing sengaja lajak tidur sampai pukul 9-10 am. Siap makan kemas barang pack balik beg, pukul 12.30pm baru start gerak ke Gunung Challi. Satu jam treking, lepastu tibalah kami di Gunung Challi. Kemudian tiba di Gunung 3B dan Gunung 6040. Jarak antara 3 gunung ni tak makan banyak masa cuma 1 jam - 1 jam 30 minit je. Kalau laju sikit lagi cepat. Trek hari ke 2 ni agak cantik kalau nak dibandingkan dengan trek hari pertama. Hampir tamat trip ni bila kami tiba di exit point (blue valley), nama macam cantik je tempat ni kan tapi just kolam tempat orang sedut air, keruh dan berlumpur. Trek bila hampir sampai ke blue valley agak berlecak sebab situ jalan paip, lalu sungai kecik dan banyak paip bocor. Powil akan jemput kita di exit point blue valley. Kalau powil tak sampai dan korang nak call powil sila cari line telefon kat atas (trailhead paip YB3B), situ ada line.

Bermulahlah perjalanan dari YB ke Gurkha
Yang paling penting kalau jalan malam ni kena regroup
Kem Gurkha, ready to take off, day 2
Bila dah nampak view ni tanda dah hampir dengan Gunung Challi
Ayat orang pertama sampai Challi, laju semacam je dia hari ni
Zu, Amani & Warigh di Gunung 3 Negeri. 3 negeri dalam 1 puncak (Pahang Kelantan Perak)
3B
Google maps
Gunung 6040
tahniah....xmampu.....
ReplyDelete