Sebenarnya trip ni pada 6-7 April 2019 yang lepas. Aku rasa content ni macam menarik itu yang aku rajin nak tulis pasal trip ni.
Anjuran dari Kelas Sukan dan Kebajikan TPM. (tempat aku kerja). Trip 2 hari 1 malam ni dapat sambutan yang memberangsangkan dari kebanyakan staff. Staff bawah bawah je lah.bos-bos besar jarang join aktivi KSK ni.
Untuk trip ni kami dikenakan cas RM100 seorang, kelab tak sponsor penuh sebab duit tak cukup hihi, nak minta sponsor tak ada sapa nak sponor hmmm.
Kira ok lah tu bayar RM100, kalau harga asal tak silap aku RM250 satu kepala. Nak sewa houseboat tu bukan murah sebab pakej siap full meal.
Houseboat yang kami sewa ni boleh muat sampai 40-50 orang, ada hampir 5-6 bilik tak silap aku. Tandas ada 3. Siap ada karaoke set, yang suka menyumbang kan suara pun ramai.
DAY 0 - Jumaat 5 April 2019
Semua peserta berkumpul di TPM pada malam tersebut, naik bas, pukul 2200 bas bergerak menuju ke destinasi. Dalam bas sedap tidur dan makan. So tak ada apa aku nak tulis. Banyak kali juga lah stop nak ke tandas dan sebagainya.
Day 1 - Sabtu 6 April 2019
Kami tiba di Jeti Royal Belum dalam jam 0630, semua solat subuh di jeti. Nak cerita pasal Jeti Royal Belum ni sebenarnya kau baru je keluar CUS ikut Royal Belum 2-3 minggu sebelum trip ni. Ada di post sebelum ni aku tulis pasal CUS 3 HARI 2 MALAM. Selesai subuh, semua bersiap-siap untuk menaiki houseboat. Pukul 0900 kami semua naik houseboat, aktiviti pertama ialah taklimat sambil sarapan pagi. Taklimat merangkumi aktiviti yang akan dijalankan selama 2 hari 1 malam di sini serta tata susilah semasa berada dalam houseboat.
Sarapan dalam houseboat nasi lemak dankuih muih. Teringat kuih kacang dia, sedap gila |
Sapa cepat dia dapat nyanyi dulu |
Mr President |
1200pm,kami tiba ke destinasi pertama kami, Kg Orang Asli. Macam kepulangan yang di nanti. Kami disambut meriah (sebenarnya kami yang buat meriah). Houseboat tak boleh paring kat tepi sungai dekat dengan Kg Orang Asli tu, houseboat akan stop di tengah tasik kemudian nak boat kecl untuk ke Kg Orang Asli, memang macam ni cara dia kalau stop mana mana destinasi sekitar Tasik Banding ni. Masa kami tiba tu, dah ada group lain yang dah sampai situ. Kami berehat di balai besar oarang asli. Kami belajar menyumpit, kami tiup belon main dengan anak-anak orang asli serta memberi sedikit sumbangan dalam bentuk makanan-makanan yang kurang sihat seperti Mamee, twisties dan banyak lagi jajan.
Aku ada lah berbual dengan Tok Batin situ, aku tanya "Tok, kenapa tak pindah duduk luar, bayak kemudahan" dia balas macam ni "kami lebih suka duduk di sini, tempat asal kami. Kebanyakan kami tak suka keluar dan duduk macam di bandar dan tempat tempat macam tu"
Aku ok jeee..
Aku juga dapat maklum. kawasan sini juga ada sekolah untuk mereka, tapi kena naik bot sikit lah. Nama sekolah tu Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang .
Selesai melawat Kg Orang Asli, kami kembali ke houseboat untuk makan tengah hari. Dalampada masa yang sama houseboat bergerak ke destinasi seterusnya Sungai Koi untuk pergi tengok reflesia dan mandi air terjun. Malangnya reflesia tak seperti yang digambarkan, reflesia dah mati macam kobis je aku tengok. Belum rezeki lagi dapat tengok yang betul-betul cantik depan mata.
Aktiviti yang aku tunggu-tunggu telah tiba. Mandi tasik, tiruk sampai lebam. Best gila dapat terjun tasik dari houseboat tu. Rakit juga ada disediakan, boleh main rakit keliling houseboat tu. Kalau taknak mandi duk diam dalam housebot tu sambil makan atau karaoke.
Kami mandi tasik sampai lah ke maghrib dah gelap baru pandai naik. Malam tu nak BBQ pula, ada yang dah hidupkan api stanby untuk BBQ.
Day 2 - Ahad 7 April 2019
Untuk hari terakhir trip ni, selepas sarapan kami dibawa ke santuari ikan kelah, di mana kat sugai tu penuh dengan ikan kelah. Treking dalam 10-15 minit kami pun tiba di santuari ikan kelah. Tengok ikan kelah sambil mandi bersama ikan kelah. Kembali ke houseboat untuk makan tengah hari lepastu sambung tiruk dalam tasik. Ada satu aktivitikami tak sempat buat iaitu lawatan ke Sira Papan @ Jenut Papan di mana tempat habitat binatang liar cari air garam. Kalu nak best kena pergi 3 hari 2 malam. Kalau 2 hari 1 malam ni agak rushing nak cover banyak tempat.
Kami tiba di Jeti Royal Belum agakj lewat petang dan sampai KL TPM hampir jam 0200. Esok pagi semua masuk kerja macam biasa.
End.......
Tasik Kenyir next?
No comments:
Post a Comment