- Gunung Chamah 2,171 m / 71,23 ft
- Gunung Ulu Sepat 2,161 m /7,090 ft
*kepada yang tak sudi membaca kisah kami semasa di CUS ni, anda boleh skip ke bawah tengok Log dari hari pertama hingga hari ketiga*
Untuk pelengkap G7 (gunung pada ketinggian 7000 kaki ke atas) terpaksalah aku naik dua gunung ini yang terletak di Kelantan dan Perak. Ok, lurus ke titik malas nak tulis panjang-panjang pada cuti Hari Raya Cina 2019, 3- 5 Feb kami telah berjaya habiskan trip CUS ini. Ya, trip ini 3 hari 2 malam ya tuan/puan.
Sabtu, 2 Feb 2019
Pada jam 8.30 pm kami bergerak ke R&R Gua Musang dari Gombak dengan menaiki van dan sampai di R&R Gua Musang pada jam 12.00 am. Untuk trip mampat macam ini amatlah bijak jika kita sewa van tak, payah drive jauh jauh, boleh rehat dalam van, boleh tidur.
Ahad, 3 Feb 2019.
2.30 am kami menaiki powil dari R&R Gua Musang ke starting point. 12 orang satu powil. Di jangka tiba ke starting point kurang dari 5 jam. Setengah jam melalui jalan raya selebihnya jalan balak, bagi mengelakkan muntah muntah dalam powil tu, kami dibekalkan dengan Original Coke Classic 1.5 liter kongsi 12 orang. Sebenarnya air coke ini tips nak elak pening dan muntah kalau nak naik powil lama lama. Aku rasa berguna jugak tips ni kalau nak naik Fraser. Selain itu bawa lah alas bontot dalam powil, kalau tak keras kematu bontot anda dalam powil tu, kaki pun boleh cramp dalam powil tu. Tiba di Pos Simpoh kemudian start treking jalan balak ke Kg Rekom (2jam).
Tiba di Kg Rekom jam 10.10 am.
Di R&R Gua Musang, ready nak bertapa 4 jam dalam powill
Trek menuju ke Rekom
Tiba di Rekom, kami dapat tahu walkie talkie yang Fuad bawak dah tercicir on trek. hmm tu walkie talkie aku tau, dengan yakin semua malas nak patah balik cari sebab mesti ada orang lain akan jumpa. Tapi sampai sekarang tak dengar khabar dah walkie talkie tu.
Semasa regroup di Tongkat Ali, salah seorang dari line up Ecah (bukan nama sebenar) telah mengambil keputusan untuk patah balik, kataya tak yakin nak teruskan dan risau akan menyusahkan line up yang lain. We respect her decision, Fuad selaku gogo yang dah kali ke 3 naik CUS berbesar hati untuk patah balik bersama Ecah. Sangat gentleman!
Hujan turun tibanya kami di Anak Chamah, aku terjuma ada seorang guide tengah menunggu line up dia turun dari Chamah. Lupa nak cerita, sebenarnya jumlah pendaki yang naik CUS sangat ramai pada masa ni aku rasa da dalam 5-7 team, kau bayang kan satu team minima 20 orang. Ada yang buat 5 hari 4 malam, 4 hari 3 malam dan 3 hari 2 malam, jadi keadaan trek memang barai dengan hujan lagi, berebut kem site dan kawasan sungai nak mandi... takpa semua tu satu kenangan yang tak dapat dibeli, banyak pengajaran bila mendaki gunung ni.
Kelompok depan teridiri dari Zul (guide), Zakwan, Iqbal, Ang Kacang, aku dan Amirul tiba di Puncak Chamah pada jam 5.23 pm. Keadaan lembab baru lepas hujan dan sangat sejuk, shit! emergency blanket tertinggal kat kem site! Untuk kurangkan sejuk terus aku bukak kemeja hiking aku dan terus sarung windbreaker. Sebab kemeja hiking aku tu baah kuyup disebabkan peluh dan hujan, jadi dapatlah kurangkan sejuk badan. Kelompok belakang sampai je puncak lantas aku, Zakwan, Amirul, Iqbal dan Ang Kacang mula start turun. Tak tahan sejuk sangat kat Chamah tu.
Tak sampai setengah jam kami turun, kami selisiah dengan Emy, Adam dan Azra. Lepas maghrib diorang akan bergerak turun dengan Zul.
Sampai Kem Tengah dalam jam 10.00 pm, ada satu group kem site situ, sajalah lepak kejap rehat sambil mengharapkan kopi panas dari group tu. hahaha. tapi haram tak dapat (mungkin kami kurang dikenali)
Kami tiba di balai ke Rekom dalam jam 11.30pm, aku tengok makanan semua dah siap nasi lauk sadin dan milo panas. Aku teguk milo panas tu je, nasi dan sardin tak sentuh sebab aku, mirul dan iqbal ada ration sendiri, aku masak dan makan terus tidur. Makan malam kami just makan pack Brahim. Dekat jam 1.00am Zul dan yang lain pun tiba.
Tamat untuk hari pertama.
Dari Anak Chamah ke Puncak Chamah banyak mossy cantik on trek
Roti canai segera dan rendang brahim, sarapan pagi kami pada hari kedua. Wajib sarapan berat sebab ni trip compress, kena sedia untuk overtime (OT). Trip compress ni kau kena sematkan dalam kepala bahawa kau akan berjalan 12 jam atau lebih. Kau kena standby any situation yang akan jadi, tidur on trek pun kau boleh jadi.
Cadangnya nak gerak seawal 7.00am, tapi sebab kelewatan sampai malam tadi, kami gerak keluar dari Kem Rekom pada jam 8.30am. Trek dari Rekom ke Kem Maggie biasa-biasa je, trek agak landai. Kami sampai di Kem Maggie pada jam 1.30pm, memang target nak lunch situ. Menu untuk lunch kami bertiga just nasi impit dan rendang Brahim. Sumpah rendang daging Brahim tu sedap! Lain lain kami share makan meggie dan sup cendawan.
Untuk dapat tenaga kena makan. makan banyak, bila hiking ni akan guna banyak tenaga, bila makan sikit, tenaga pun sikit, bila tenaga sikit, itulah punca dapat injury dan nak jalan pun lemau. Tapi pilihan makanan jugak penting, pasal tu kena study pasal nutrition pula lah.
Konon cari botol nak ambik air, tapi water point dah kena tutup do Kg Anak Rekom
Sebenarnya di Kem Meggie ni kami dah buang banyak masa, sampai 2 jam lebih rest ada yang nak masak meggi, bila dah start bukak dapur haram memang akan makan masa 1 jam lebih. Dah nak gerak baru nak solat hahaha. Sampai Zul menonong jalan dulu tinggalkan kami lepastu aku & Iqbal kejar Zul, Zul hilang tanpa dikesan, aku dah fikir nak patah balik sebab tak pasti betul ke Zul dah jalan dulu, tak kan lah dia tinggalkan line up. Aku rasa macam nak patah balik tunggu line up belakang, aku tanya Iqbal nak patah balik ke tak? Iqbal jawab terus je jalan sampai jumpa kem site, terjerit-jerit aku panggil kalau ada sapa di depan tapi tak ada jawapan. Sampai je Kem Sempadan hati aku lega nampak Zul duduk kat situ tunggu kami. Di kem sempadan banyak agas! Stand by lah ubat nyamuk kalau nak ke sini.
Tiba semua di Kem Sempadan agak lewat sebab group belakang ada yang relaks tidur dulu baru gerak. hahaha. Kisah ni Zul tak tau! Zul Iqbal dan aku sampai tertidur jugak lah tunggu semua line up sampai Kem Sempadan tu. Bila semua dah sampai Kem Sempadan, kami dapat ceramah + motivasi free dari Zul. " Ini trip 5 hari ke 3 hari? kenapa pergerakan slow macam 5 hari?" hmmm mendapat semua. OK! Lepastu semua bermotivasi semula la kononya nak kejar masa supaya dapat keluar on time seperti dalam jadual, tak nak drag sehari. Rugi la kalau drag sehari sebab misi akan gagal.
Target pada hari ini kami nak kem site di Kem Junction, besar cita cita semua nak terus sampai Junction. Selepas Kem Sempadan kami akan lalui Puncak View - Puncak Dua - Puncak Tiga dan Kem Lepir. Trek banyak melalui permatang higga sampai ke Kem Lepir. Kem Lepir merupakan Kem Site yang wajib berpenghuni jika team yang buat trip 5 hari atau 4 hari. Kem Lepir luas dan ada sungai, boleh lah muat dalam lebih 50 orang.
Semua sampai Kem Lepir dalam pukul 9.00pm lebih, ada yang pewai nak mati, ada masih steady, ada masih nak berlari dan ada yang nak nangis dah. Jadi, target nak sampai Kem Junction terpaksa ditangguhkan. Zul decide kita akan bermalam di Kem Emergency atau Kem Siam. Perjalan dari Kem Lepir ke Kem Siam dalam 30 minit - 40 minit memacak ye tuan tuan. Sebelum beragkat dari Kem Lepir, kami isi air untuk kegunaan malam tu hingga esok. OK. BEG MAKIN BERAT DENGAN AIR! Line up depan jugak bulat hati untuk ambik sikit load dari line belakang. Alamak beg bertambah berat lagi!
Pung pang pung pang, kami sampai di Kem Siam pada jam 10.40pm (line up depan) setup kem site semua, masak nasi apa patut untuk makan malam. Line up belakang sampai tinggal makan dan tidur je. You are welcome dear my friends. huhuhu. Tidur! esok kena gerak awal!
Selasa, 5 Feb 2019
Pukul 7.30am dah gerak, misi menuju puncak Ulu Sepat dah berambus keluar dari hutan ini. Target kami nak sampai Pos Orang asli tu sebelum gelap sebab nak kejar bot. Bot kat tasik Banding tak boleh jalan malam. lagi satu, kalau naik bot keluar ke Jeti Royal Belum nanti tak seteruk keluar naik powil ke Sg Siput. Naik bot 45 minit sampai jeti, naik powil 4 jam sampai sg siput. Haaa mana mudah?
Tepat Jam 9.00am kami sampai Junction, Junction ni simpang 3 nak ke Puncak Ulu Sepat dah jalan pulang turun ke Lenweng terus ke Kampung Lerlar. Trek macam roller coaster dari Kem Siam ke Junction. Sampai sahaja di Junction lantas kami drop bag & free body menuju ke Puncak Ulu Sepat. Dari Junction ke Puncak Ulu Sepat tak jauh, kurang setengah jam sampai. Alhamdulillah dah grad G7 kat sini!! hahaha. Selesai bergambar semua kami patah balik ke Junction dan terus keluar melalui Lenweng dan akhirnya selamat keluar di Kg Orang Asli Lerlar.
Trek dari Junction ke Lenweng downhill gila babi! Panas lutut aku. Sampai Kem Lenweng jam 12.15pm dan kami makan lunch kat Kem site ni.
Lepas lebih 30 minit group belakang pun tiba, dah ada yang mental pewai, semua dah risau kalau kita keluar malam. Jauh lagi nak jalan keluar ni. Akhirnya pada jam 5.20 pm kami selamat keluar di Kg Lerlar. Aneh sikit group belakang tiba tiba laju keliwon bila dahnak sampai, ada yang tekan pace 5 agaknya. Syahdu bila keluar bila ada menangis sebab berjaya habiskan mission CUS 3H2M ni.
Full comrade, gambar group di Puncak Ulu Sepat
Pukul 6.00pm kami naik bot di jeti Kg Lerlar, nak ke jeti kami sewa powil oang Kg situ. dari Kg Lerlar ke jeti makan masa dalam 20-30 minit. Sebelum maghrib kami sampai di Jeti Royal Belum dan van dah siap sedia menunggu bawa kami balik KL.
Mungkin Zul tengah tunjukkan catalog Decatlon. ada sale!
Kg Lerlar, exit point. Powil akan tunggu sini, orang asli sini ada jual air coke sejuk.
Tasik Banding, menuju ke Jeti Royal Belum
Official Log
3 Feb 2019
0700 drop point powil
0745 gerak
1010 rekom
1100 gerak
1146 kem tengah
1215 gerak
1300 kem tongkat Ali lunch regroup
1400 gerak
1500 anak Chamah
1515 gerak
1723 Chamah
1824 gerak
2026 anak chamah
2035 gerak
2116 tongkat Ali
2145 gerak
2230 tengah
2245 gerak
2335 rekom
Tidur
4 Feb 2019
0830 gerak
1110 sg peres
1138 gerak
1230 anak peres
1335 Maggie
1510 gerak
1540 sempadan
1645 gerak
1738 puncak view
1757 gerak
1851 puncak dua
1925 gerak
2013 puncak 3
2030 gerak
2055 lepir
2200 gerak
2238 kem siam
Tidur
5 Feb 2019
0725 Gerak
0900 Junction
0933 gerak
0953 Ulu Sepat
1020 gerak
1036 junction
1045 gerak
1215 Lenweng
1430 Gerak
1717 Lerlar
End
Water point
Pos Simpoh
Pos Rekom
Kem Tengah
Kem Tongkat Ali
Kem Sg Peres
Kem Maggie
Kem Lepir
Kem Lenweng
*gambar random dari group kami, minta halalWater point
Pos Simpoh
Pos Rekom
Kem Tengah
Kem Tongkat Ali
Kem Sg Peres
Kem Maggie
Kem Lepir
Kem Lenweng
*see u soon CUS
Assalamualaikum. Mohon copyright Official Log from your group ya.
ReplyDeleteFarid- Ayuh Kayuh Adventure (AK Adventure) ( email: iwe_94@yahoo.com ) ( Contact/Whatsapp : 011337789628 )
Assalamualaikum. Mohon copyright Official Log from your group ya.
DeleteFarid- Ayuh Kayuh Adventure (AK Adventure) ( email: iwe_94@yahoo.com ) ( Contact/Whatsapp : 01133779628 )
OK, no problem
Deletenak no guide please hehe
ReplyDeletePinjam log koc..tq
ReplyDelete