Tuesday, December 17, 2024

Menakluki Bukit Batu Bujang Lelo: Panduan Lengkap untuk Pendaki



Bukit Batu Bujang Lelo terletak di Sungai Talan, Jempol, Negeri Sembilan, dengan ketinggian 461 meter dari aras laut. Bukit ini sesuai untuk pendaki pemula kerana treknya yang mudah dan jelas bertanda. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit dari Kajang.

Cara Menuju ke Bukit Batu Bujang Lelo
Lokasi Starting Point: Kawasan permulaan trek terletak di tepi jalan kaki bukit, dan lokasi boleh dicari menggunakan aplikasi link : Waze atau Google Maps.

Parking tepi jalan

Parking: Setakat ini, anda boleh meletakkan kenderaan di tepi jalan. Kawasan kampung ini sunyi, dengan kenderaan yang jarang lalu-lalang.

Maklumat Pendakian
Jarak: 3.56 km
Masa: 3 jam (termasuk rehat)
Elevation gain: 357 meter

Log Pendakian
08:00: Mulakan pendakian dari kawasan parking.
08:10: Tiba di pintu rimba (starting point).
08:20: Tiba di Checkpoint 2 (CP2).
08:40: Sampai di puncak Bukit Batu Bujang Lelo.
10:30: Mula bergerak turun.
11:00: Tiba semula di kawasan parking.

Subuh sini. 5 minit dari parking

Sarapan roti canai. Warung tepi masjid



Gpx route


Apa yang Menarik di Bukit Batu Bujang Lelo?
Puncak yang Indah: Di puncak, terdapat batu besar yang menjadi tarikan utama, sesuai untuk bergambar sambil menikmati pemandangan yang cantik.
Gua Kecil di Bawah Batu: Di bawah batu besar ini, terdapat kawasan menyerupai gua kecil yang unik dan menarik untuk sesi fotografi.

Nota Tambahan
Kami menggunakan khidmat penduduk kampung sebagai penunjuk arah, tetapi ia bukan satu keperluan. Pendaki bebas memilih untuk menggunakan penunjuk arah atau mendaki sendiri.
Trek ini tidak memerlukan permit, tetapi pendaki digalakkan untuk menghormati kawasan ini dan menjaga kebersihan.
Trip ini sangat sesuai untuk pendaki pemula. Dengan trek yang mudah dan suasana yang tenang, ia pasti memberi pengalaman mendaki yang menyeronokkan! 

Start!

Gua

Nice View!

Gunung ganang yang berada di depan bukit

Selepas turun dari Bukit Batu Bujang Lelo, kami bercadang untuk mandi di Jeram Tengkek yang terletak kira-kira 15 km dari bukit. Namun, malangnya Jeram Tengkek ditutup pada hari tersebut. Sebagai alternatif, kami menuju ke Ulu Bendul untuk berehat.

Di Ulu Bendul, kami menikmati makan tengah hari di tepi sungai sambil bersantai dan mandi di air sungai yang jernih. Sebelum pulang, kami singgah menikmati cendol di tepi jalan berhampiran kawasan Ulu Bendul. Hidangan cendol ini menjadi penutup sempurna kepada hari yang penuh aktiviti dan santai. Fuhh!!

Bukit Batu Bujang Lelo menawarkan pengalaman pendakian yang mudah tetapi menyeronokkan, sesuai untuk pendaki pemula. Dengan pemandangan indah di puncak dan pelbagai aktiviti selepas pendakian

Cendol d Bendul


1 comment: