Saturday, September 1, 2018

KASHMIR EPISODE 1 (KL - NEW DELHI - SRINAGAR)

Trip ke Kashmir ini adalah anjuran dari Azri MonMaria (Tokey MonMaria), aku confirm dengan Azri pada 8 March 2018 setelah aku beli tiket flight KL - New Delhi, cubaan menghasut Zu untuk turut serta tidak menjadi sebab dia terikat dengan kerja hakiki. Aku try juga menghasut Ben untuk turut serta walaupun aku tau dia dah sampai di Kashmir sebelum ini, tapi dia tak pergi Kashmir Great Lakes (KGL) lagi. Trip ni disertai oleh 4 orang Azri (gogo), Aku, Abang Faizal @ Jay  dan Anas.

Jumaat 3 Ogos 2018 1905 adalah waktu flight Air sia aku dan Azri akan berlepas. Anas dan Abang Jay dah fly awal pada 1 Ogos 2018, katanya meraka nak cover Gulmarg, Pahalgam dan Srinagar terlebih dahulu. Flight delay sikit, rasamya hampir pukul 8:00 pm baru fly. Dengan perbezaan waktu 2 jam 30 minit  lebih awal di India, kami tiba di New Delhi pada jam 10:00 pm dengan tempoh perjalanan lebih kurang 5 jam. So, Kl - Delhi 5 jam!

Selamat mendarat terus cari free wifi kat airport, bila check ada free wifi tapi tak boleh nak connect. Terus tanya pada staff airport ntah macam mana dia buat dapat lah 45 minit free wifi je. Kami malas nak beli simcard India sebab simcard yang beli kat New Delhi tak boleh pakai pun bila sampai Kashmir. Lepas setel makan kat subway kami cari port untuk tidur sebelum tunggu flight ke Srinagar pukul 6:00 am esok.


Indra Gandhi International Airport, New Delhi



Satu pesanan penting sebelum check in masuk airport, make sure print siap siap boarding pass, kalau tak boleh print boarding pass make sure print itinerary semua flight yang akan korang naik askar kat airport tu nak cek lagi lagi bila nak masuk airport Srinagar. Kalau di airprort New Delhi.
Untuk flight ke Srinagar, Kashmir kami still naik Air Asia, tempoh penerbangan dari New Delhi ke Srinagar ialah 1 jam 30 minit. Lebih kurang pukul 7:30 am kami pun tiba di Sheikh ul-Alam International Airport, Srinagar state of Jammu & Kashmir. Ramai betul askar kat airport Srinagar ni macam masuk tempat perang dah aku rasa.

Sheikh ul-Alam International Airport, Srinagar


Transport dari airport ke house boat Dal Lake gate 12

Agak excited bila sampai di Srinagar ni, terkejut pun ada bila tengok suasana Srinagar macam medan perang, ramai askar di sekeliling, askar dalam tank, askar bawah pokok, askar jaga jalan, askar atas pokok, askar dalam bunker.... Perjalan dari airport ke house boat Dal Lake lebih kurang 30 minit dengan keadaan traffic yang horror all the time tekan hon masa drive. Check in di house boat dan dapat makluman esok (ahad) dan isnin (5th - 6th August) all around Kashmir ada strike bermakna semua operation akan terhenti, kedai semua tutup, public transport tak ada, internet wifi pun diorang off ankara Article 35 A

Selesai jama zuhur asar lebih kurang pukul 2:00 pm aku dan Azri mulakan trip pertama di Kashmir, sewa satu tuk tuk menuju destinasi pertama mancari makan di kedai Nasi Briyani yang merupakan hidangan pertama kami di Kashmir. Rasa dia lebih kurang Malaysia je aku rasa, harga pun boleh dapat bawah RM10 half briayani lamb atau chiken. Selesai makan kami pergi ziarah The Hazratbal Shrine masjid terbesar di Srinagar, keadaan masjid ni masih dalam pembinaan berdekatan tasik dan bukit yang cantik. 


Permandangan depan houseboat


Kenderaan rasmi di Srinagar, mudah dan pantas. Hon hon je keje driver ni

The Hazratbal Shrine

Hampir 3 kali kami jumpa team shopping girl ni di Sekitar Kashmir. Pls pm me sis

Setel visit Hazratbal Shrine, kami pergi ke satu lagi masjid yang diberi nama Jamia Masjid Nowhata Srinagar yang terletak di tengah tengah bandaraya Srinagar. Masjid ni dibina lebih 2000 tahun yang lalu, seni bina masjid ni lagi cantik daripada Hazartbal Shrine, dalam masjid ada taman bunga dan rekaan dalaman diperbuat daripada kayu. Masjid ni lebih terjaga kalau dibandingkan dengan Hazatbal Shrine, ye lah siap ada guard macam mAsjid Putra Putrjaya. Dia punya seni bina kalau dilihat dari atas macam kubu pertahan yang berbentuk segi empat sama, di tengah-tengah kawasan masjid adalah kawasan  lapang yang dihiasi dengan taman serta serta kolam untuk wudu'. Di keliling taman barulah terdapat sebahagian bangunan masjid yang berbumbung. Seronok sebenarnya melawat kawasan bersejarah dan bangunan lama yang berusia lebih 1000 tahun macam ni.

Puas melawat Jamia Masjid Srinagar, kami pun berjalan-jalan di deretan kedai hadapan masjid, teringat pesanan Hafiz pad lock di India rare tempat masuk kunci dia dari depan, design macam pad lock penjara. Dari awal aku dah ternampak padlock tu di depan masjid, niat di hati lepas melawat masjid nak cari pad lock tu. Berjaya dapatkan pad lock jenama iram kami terus mendapatkan tuk tuk kami yang sedang menunggu untuk destinasi seterusnya ke Hari Parbat fort.

Berdekatan dengan Hari Parbat, satu kawasan penempatan untuk orang China Tibet atau dikenali Tibetan Muslim, kami ke sini untuk ziarah Abdul Rahman dan merasai makanan Tibet yang iaitu momo something like dumpling. Abdul Rahman ni merupakan kenalan Azri semasa first time Azri datang ke Kashmir seorang uncle yang baik siap pelawa datang ke rumahnya masa firt time Azri jumpa dia. Tuk tuk parking hadapan pintu gerbang dan aku dan Azri menapak mencari rumah Uncle Abdul Rahman, Azri tak berapa pasti di mana ruamhnya sebab nak call pun tak ada signal telefon so  kami main redah je cari. Masa berjalan terjumpa sekumpulan lelaki sedang berbual dengan nada yang perlahan, macam berbisik pun ada, nasib kami baik, salah seorang dari sekumpulan lelaki tersebut merupakan Uncle Abdul Rahman, kami bersalaman dan terus dia pelawa datang ke rumah have a  cai tea katanya, tetapi Azri lebih teringin untuk makan momo di kedai makanan tibet. Selesai makan momo. Uncle Abdul Rahman tetap pelawa kami datang ke rumah "lets go home and have a tea" katanya. Banyak yang diceritakan mengenai asal usulnya, sejarah orang tibet di Kasmir dan isu konflik Kasmir-India-Pakistan. We got some cai (kashmir tea) dan roti macam donut, katanya dalam bahasa tibet Khache bermaksud Kashmir semua orang tibet di Kashmir telah mendapat kerakyatan sama dengan orang Kashmir yang lain, so they all Kashmiri. Populasi mereka tak berapa ramai cuma sekitar 2000 lebih sahaja, beruntung dapat kenal dengan orang macam Abdul Rahman, kita dapat selami lebih dalam lagi kawasan yang kita datang. 


Jamia Masjid Srinagar





  
Iram padlock

       Ketika di rumah Uncle Abdul Rahman yg boleh berbahasa kashmir, urdu/hindi, english, tibet dan nepal

  
                                                 Momo                                              

Sebelum pulang ke house boat, kami ke bandar Srinagar nak cari gas untuk hiking keesokannya. Di bandar Srinagar ni semak sikit lagi-lagi bila dia nampak pelancong, macam-macam dia tanya, "where u from?" "what are u looking for?" "I can help u". Terjumpah satu kedai outdoor yang jual banyak barang Wildcraft (Indian outdoor company) kedai ni ada jual gas tapi mahal, over teh budget, so tak jadi beli gas. Pusing-pusing bandar banyak kedai da tutup awal sebab esknya dah start strike, kau sempat beli wallnut and almond sekilo. Lebih kurang oukul 9:00 pm kami sampai semula ke house boat, sebelum tidur packing barang siap-siap sebab esok seawal 4:00 am nak kena keluar dari Srinagar, keluar awal sebab bila dah start strike semua transport shut down. So, niat nak shikara around dal lake tidak kesampaian. 

*sepatutnya di houseboat ada disediakan free wifi, tapi sebab ada strike wifi pun tak boleh guna. Kami terpaksa pau hotspot pekerja houseboat tersebut malam tu nak contact Anas dan Abg Jay. Dapat juga la bukak socmed dan what apps.

Houseboat at night


Bersambung....

episode 2 : Day 1 Kashmir Grate Lake 


No comments:

Post a Comment