Puncak Gunung Berhid |
Selepas trip pertama gagal disebabkan trek pebuh dengan buluh pada awal August 2020 yang lalu, kali ni kami repeat semula pada 12 September 2020. Pada mulanya hanya berangan-angankan ke Gunung Berhid sahaja, tapi akhirnya setelah berbincang semula, kami bersetuju untuk lajak ke Gunung Aler.
Pada mulanya 12 orang pendaki telah bersetuju mealkukan pendakian ini, tapi last minute ada seorang terpaksa menarik diri atas faktor kecederaan. Semoga cepat pulih....
Jadi, 11 pendaki yang bertuah ini ialah :
- Ajim (gogo/guide)
- Epi
- Iqbal
- Botak
- Apek
- Irfan
- Farid Ramli
- Zakuan
- Amir
- Aiman
- Adi Zaidin
11 pendaki (dah macam line up bola sepak) sampai ke Masjid Lojing pada jam 2-3 pagi. Membuat persiapan di Masjid Lojing sebelum bergerak ke Sg Rengil untuk memulakan pendakian. Sampai di Sg Rengil terlihat dah banyak kereta parking, maknanya dah ramai start hiking awal.
Ok! Pukul 5:00 am kami start hiking, trek ke Gunung Berhid dan Gunung Aler ni sama dengan trek nak ke Gunung Yong Yap, cuma nanti kena masuk simpang kanan selepas Kem Balak Pecah. Simpang tak berapa jelas, aku pun baru tahu haritu kat situ ada simpang. Kat situ juga ada nama kem Kem Potong/Simpang YY.
So, sapa nak pergi nanti kena follow apa yang aku bold kat atas tu.
Kami sempat jumpa satu team buat Tok Nenek single semasa berhenti subuh di Kem Sungai Y.
Kami tiba di Kem Agas jam 8:40am, di sini kami jumpa pula group Ajul Empire, mereka buat Yong Yap single.
UNTUK LAST WATER POINT trip ni, sungai terakhir terletak di Kem OGKL, kat situ ada sungai boleh minum. Boleh refill air kat sini untuk ke Berhid Aler.
Hujan mula turun selepas Kem OGKL menuju ke Puncak Bongsai, di mana masa ini Zaquan nak patah balik sebab tak confident nak naik katanya, selepas diracun oleh Ajim, dia naik juga.... kahkahkah
Hujan lebat masa kami sampai di Puncak Bongsai, baju hujan Quecha alhamdulillah membantu, walaupun lama-lama bocor juga sebab hujan lebat dan lama.
2:30pm kami sampai ke Gunung Berhid, masih hujan. Kat sini rasa sejuk melampau, terus aku selubung dengan plastik sampah, legaaaaaaaaaaa, rasa hangat sikit. Tapi aku perhatikan si Adi Zaidin ni sikit pun tak terasa sejuk, kulit biawak ke apaa huh???
Sampai di Gunung Berhid, 4 orang decide nak turun dulu, maka hanya 7 orang decide untuk teruskan ke Gunung Aler, tiada sorang pun pernah sampai ke Gunung Aler sebelum ni, manakala Gunung Berhid hanya Ajim sorang je pernah sampai.
Dengan berpandukan GPS watch dan marker di pokok, kami sampai juga ke Gunung Aler jam 4:30pm, ada some trek tak clear sebab pokok tumbang, lebih 15 minit reroute balik. Selepas Gunung Aler ada Gunung 1688 tak jauh dari situ, tapi kami decide untuk tidak meneruskan ke Gunung 1688, jam 4:45pm kami patah balik untuk pulang....
Sampai di Kem OGKL jam 9:45pm kami potong satu team nak buat Berhid Aler tapi tidak kesampaian, sebab dah lewat sangat, katanya start pun lambat...
Akhirnya kami sampai di Sg Rengil jam 3:00am, memang sepanjang perjalanan hujan tak henti, air sungai naik, syukur masih boleh lintas sebab tidak terlalu besar....
22jam on trek dalam hujan tak kelakar ya!
HIKING LOG GUNUNG BERHID & ALER VIA SG RENGIL
0500 Start
0620 Sungai Y
0650 Gerak
0840 Kem Agas
0940 Kem Sg. Jeruk
1040 Gerak
1130 Kem Balak Pecah
1140 Simpang/Kem Potong
1150 Gerak
1214 Kem OGKL
1310 Puncak Bongsai
1430 Gunung Berhid
1518 Gerak
1630 Gunung Aler
1645 Gerak
1730 Gunung Berhid
1800 Gerak
1945 Kem OGKL
2020 Kem Potong/Simpang
2120 Kem Sg. Jeruk
2140 Gerak
2342 Kem Agas
0045 Sungai Y
0115 Gerak
0300 Sg Rengil
Tammat
Distance : 48.36km +-.
Elapsed time : 21:59:08
Elevation gain (EG) : 2,651m
Descent : 2,103m
GPX for download : GPX BERHID ALER VIA RENGIL
aku terjumpa blog kau ni kat google.. apa kehal kata aku kulit biawak.. ha ha ha ha
ReplyDeletesebab kau tahan sejuk laun macam Di
Deletesetahun telah berlalu 👏🏼
ReplyDelete4 tahun sudah berlalu
Delete