Wednesday, September 19, 2018

KASHMIR EPISODE 2 : Kashmir Great Lakes (KGL) Sonamargh - Nichnai (day 1)

Barang dah siap packing! dah siap asingkan barang yang perlu bawa dan tak perlu bawa untuk treking. Barang yang tak bawa ditinggalkan dalam beg Azri dan barang yang nak bawa masa treking dipenuhkan dalam beg deuter 60 + 15 Liter aku, dan tambahan bag pack 30 liter setiap seorang untuk dipikul semasa hiking. So, 3 bag pack akan dibawa oleh aku dan Azri untuk treking kali ini. Barang yang tak diperlukan akan di simpan di rumah guide.
Senang cerita bag deuter tu kami share berdua dan kuda yang bawa nanti, masa treking pula kami akan bawa beg 30 liter masing-masing. Kashmir Great Lakes (KGL), here we come

Agak lewat sikit pagi tu, Anas dan Abg Jay dah standby di gate 12 tepat jam 4:00 am tapi aku dan Azri 4:30 am baru sampai gate 12, van yang akan bawak kami ke Sonamarg dah 30 minit menunggu... ha ha ha. "You are late Azri!" kata si Riyaz. (Riyaz ni leader agaknya! company yang kami bayar untuk treking di KGL). Perjalanan dari Srinagar ke Sonamagh lebih kurang 2 jam 30 minit, sepanjang perjalanan aku banyak tidur je, dah la makin lama makin sejuk bila nak sampai sweater pula kat belakang.... hmmmmm


Sampai di base camp Sonamagh, WOW! Macam wallpaper sialll. view paling power aku pernah nampak depan mata. So kami berempat pun regroup dengan team dari Sabah dan 2 orang dari Rusia. So, lepasni total group kami ada 12 orang, Aku, Azri, Anas Azri (4), group Sabah 6 orang dan Russian 2 orang. Group Sabah ni 5 beradik + Akak Ultra Runner. kitorang panggil dia Kak Long, and the Russian ni 2 beranak mak dan anak perempuan yang berusia 9 tahun. So. lepas ni cerita banyak datang dari kami 12 orang ni serta all the crew (horseman, guide, chef).


Jehlum river dan puncak Thajiwas Glacier




Sonamarg base camp 2800m dpl

Pukul 10 kami memulakan perjalan kami menuju Nincnai base camp, tempoh masa treking dalam 5 - 6 jam. Hari pertama ni cuaca memang cun, tak panas dan tak sejuk sangat tapi matahari still ada, kau kena stanby sun block, sun glass apa semua sebab kat sini dah lebih 7000 kaki, UV dia tingggi beb. Kalau tak pakai sunblock nanti balik jadi hitam lah macam aku, damn it! Tapi orang sana selamba je tak pakai protection... hmmmmm. 

Trek untuk hari pertama banyak view kawasan kampung Sonamarg, pokok-pokok besar masih banyak kalau nak dibandingkan dengan hari seterusnya, keseluruhan trek adalah open view kami akan menaik sikit sehingga ke 3000m dpl, trek agak mudah tak terus pacak tapi panahan matahari will make u sun burn, macam dah cakap tadi UV tinggi walaupun tak panas sangat.



Nomad Kashmiri


Permulaan trek di hari pertama ni mencabar sikit sebab first time baru nak treking pada altitude 7,780 ft hingga ke 11,838 ft. Sejam yang pertama rasa dah nak pitam macam nak muntah, nasib baik tak kena AMS. Kena betul-betul slow walk serasikan dengan tempat dulu. It was a complete uphill task! Sebab 4,058 altitude gain untuk hari pertama. Tetapi landscape dan view memang amazing and breathe taking.Passport jangan lupa bawak sebab ada army bunker akan cek passport pendaki dari luar. Jenis trek di hari pertama bermula dengan grind kemudian padang rumput berbukit dan batu macam batu sungai. I really enjoy the first day jalan slow slow menikmati permandangan dan bergambar. I feel like dah puas hati dah ni, jom balik, hahahahaha. tak kan puas bergambar woi baru hari first. But we need to survive the bateri sampai hari ke 7. Ini baru hari pertama.


.
Horse man

Azri steady Abang Jay steady


Sonamarg village


Kem site di hari pertama.

Sampai di kem site segala khemah, sleeping beg, air teh semua dah sedia, bila sampai tinggal landing je dalam khemah sebab horse man dah siapkan semua. Macam VIP package, macam je tapi ni bukan VIP package tau,kalau VIP package lagi lah banyak diorang asist.
Paling tak best malam pertama kepala dah pening macam kena AMS, nasi baik ada ubat vormit telan sebelum tidur... Ye ke nama ubat tu vomit? aku lupaaa...

Rinkasan di hari pertama dari Sonamarg - Nichnai
Ketinggian :  7,800 ft (2,377 m) to 11,500 ft (3,505 m)
Masa perjalanan : 6 jam / 9km
Trek : Moderate. Ascent  2 - 3 jam then dalam sejam descent and lastly dalam 2 jam ascent sampai Nichnai
Water point : Spring water along the trail
Suhu/cuaca : Suam suam sejuk, digalakkan sangat pakai protection,aku sunburn teruk punca dari hari pertama ni.


Bersambung.....

1 comment: