Sunday, September 23, 2018

TRANS SLIM

The 10 line up! TRANS SLIM

Trans Slim ialah pendakian manakluki tiga gunung di Behrang, Perak. Bermula di Damm Sg Dara - Gunung Liang Barat dan Timur - Gunung Tumang Batak - Gunung Chondong Geliting - Damm Sg Geliting. Jadinya pendakian ini bermula di Damm Sg Dara dan berakhir di Damm Sg Geliting. Ada juga some people buat sebaliknya dengan bermula di Damm Sg Geliting dan berkahir di Damm Sg Dara.



Log Pendakian TRANS SLIM 2 hari 1 malam!

24 FEB 2018
0400 Start (Damm Sg Dara)
0545 Lubok Antu (nap,Subuh)
0710 Gerak
1000 Kem 7e (rest,breakfast, refill air)
1200 Gerak
1315 Liang West
1400 Gerak
1405 Liang East (rest,lunch)
1500 Gerak
1610 Kem Duit (regroup)
1645 Gerak
1740 Water point TB (rest,regroup,solat, makan meggi, bakar sampah, main mercun)
1845 Gerak
2000 Tumang Batak (kemsite, sleep rest)

25 FEB 2018
0815 Gerak
1030 Kem Dengkur (rest,lunch) *Kem Dengkur ada water point, banyak agas
1130 Gerak
1415 Condong Geliting (rest)
1500 Gerak
1815 Sungai Durian (rest,solat)
2000 Gerak
2215 Sungai Geliting
2225 River crossing Sungai Geliting
2255 Damm Sungai Geliting
End...
*Return ke kereta menaiki powill*

Puncak Condong Geliting, suka eh semua....


Al Kisah seperti dirancang oleh gogo Hafiz Aji dan our guide Farid Ramli, sepatutnya kami akan bermalam atak berkem site di Kem Dengkur, tapi mengikut keadaan line up yang mabuk ketum masa tak mengizinkan maka terpaksa bermalam di Gunung Tumang Batak. Siapa pernah sampai mesti tahu betapa sejuknya Tumang Batak tu, tapi kau terpaksa bermalam kat situ, tak ada pilihan lain dah. Sejuk beku tidur atas tu, tidur tidur ayam je aku, sikit sikit terjaga. Keadaan di puncak Tumang Batak tu berkabus je 24 jam jadinya bila berkabus ditambah tiupan angin lalu menghasilkan embun dan terjadi seperti hujan renyai sepanjang malam.



Kalu ikut log di atas ,trip ni dinamakan compress santai, bukannya 2 hari 1 malam, sebenarnya dahjadi 2 hari 2 malam! huhuhuhuhu... Kalu nak sentuh keadaan trek dari 7e ke Liang memang pangok elevation dia dan bertambah mental nak hadap Tumang Batak. Mengahala ke Condong Geliting pula, bila hampir sampai tu aku suka sebab kirii kanan trek ada mossy yang masih dara, malah puncak Gunung Condong Geliting juga dikelilingi mossy. Jap! sebelum sampai puncak Condong Geliting ada open view, dari situ boleh nampak puncak Condong Geliting.

Dari Sungai Durian ke Sungai Geliting trek balak dia agak keliru, sangat keliru banyak kali kami patah balik, dah la malam, nasib baik Farid power dah masuk banyak kali boleh jumpa jalan. 


    

      Elevation dari Sg Dara - Liang - Tumang Batak/Elevation dari TB - Damm Sg Gelinting

*sapa nak nombor powill sila PM aku 

3 comments: