Saturday, September 29, 2018

Gunung Hantu & Gunung Berembun Wrays | LENTAMU & TANJUNG SLEK

MAGNIFICENT 7 LINE UP! DARI KIRI - HAMDAN,BEN,AWIE,AYAT,ANANG,AMY CRUZER & me.

Gunung Hantu dan Berembun Wray terletak di Ringlet Cameron Highland Pahang. Trail head di Kg Terlimau (Kg Orang Asli). Actually seminggu sebelum trip ni, Awie, Amy Cruzer, Hamdan dan Ayat dah riki dan bertemu Tok Batin Kg Terlimau ni, macam nak minta green light la sebelum nak masuk gunung ni. Tok Batin tak bagi naik sampai ke Gunung Berembun Wrays melainkan kalau guna guide dari kampung tu, kalau setakat naik ke Gunung Hantu takda masalah. Asal ususl nama Berembun Wrays ni berpunca dari kisah Wrays bersaudara telah sesat di gunung ini yang berbeza dengan laporan yang dikeluarkan oelh pendaki sebenar W. Cameron. Kg Terlimau ni mostly beragama Kristian, aku tak tau father mother mana yang kristian kan diorang ni semua. Ada la some people yang muslim. OHH YAA! Nama lain untuk gunung ni ialah Lentamu (Gunung Hantu) dan Tanjung Slek (Gunung Berembun Wray). Lentamu dan Tanjung Slek nama yang biasa orang asli kg tu guna.  Why? I dont know! Lupa nak tanya Tok Batin tu... 😃


GUNUNG HANTU 1930M
GUNUNG BEREMBUN WRAYS 2076M
TRAIL HEAD : KG TERLIMAU (masa perjalanan sejam setengah naik powil dari masjid an-nur ringlet)
TOTAL MILAGE (km) : 29km +- Return
KG TERLIMAU - GUNUNG BEREMBUN





GUNUNG HANTU - GUNUNG BEREMBUN - GUNUNG HANTU
*p/s = kalau korang perhatikan graph hantu - berembun - hantu tu lain macam sikit, munking lost GPS, tapi masa return tu macam boleh pakai. yg flat tu puncak berembun


OK!  Di bawah ini log pendakian kami, boleh la buat rujukan untuk semua. Insyaallah...

15 September 2018 Sabtu
1000 Masjid An Nur Ringlet, Powil 🚓
1115 Tiba di KG Terlimau 
1143 Start hike (Kg Telimau)
1426 View Point (rest)
1445 Gerak
1508 Water Point
1530 Gerak
1610 Gunung Hantu 1905m

-Kem Site-

16 September 2018 Ahad
0709 Gerak
1023 Gunung Berembun Wrays
1130 Gerak 
1430 Gunung Hantu 
1620 Gerak 
1645 View Point
1830 Kg Terlimau

View point Panggang Paku & Tahan


  
   
Kereta kami semua park di masjid An-Nur Ringlet (depan balai polis), masa perjalanan dari masjid ke Kg Terlimau dalam 1 jam - 2 jam, agak sejuk di Kg Terlimau mungkin altitude dah cecah 1200++m. Masa dalam. Masa dalam perjalanan ke Kg Terlimau korang wajib singgah di view point kebun sayur, dari situ napak Gunung Panggang Paku dan Gunung Tahan.
Log ni timing dari 4 orang di depan, peserta terakhir yang keluar lebih kurang sejam selepas tu, dalam pukul 1930 kot. Ya lupa nak bagitau, guide kami ialah orang asli dari kg ni, namanya Sulaiman dan Alwi. Aku dia ni kepercayaan Tok Batin untuk trip ni. Sulaiman masa bulan 5 tahun ni juga ada bawak team WWF pasang camera di jalur pendakian ni. So, agak clear jugak lah trek sebab last orang masuk bulan 5, kami masuk bulan 9. Cuma trek tak ada penanda yang macam plastik putih merah seperti gunung lain, ada penanda kesan tokek di pokok dan kesan tebasan... Jalur pendakian ke puncak gunng ini masih dara, mossy yang awesome belum dirogol, no sampah sarap, trek yang masih cantik belum dibajak dan seangkatan dengannya. Di Puncak Berembun memang sejuk setanding Semangkuk dan Tumang Batak, kalau lihat dari view point, puncak berembun tak jelas kelihatan sebab diselubungi dengan kabus.



BTW, kalau nak baca coretan tentang pendakian kami ni yang lebih dramatik dan suspen boleh pergi ke blog Ben, click -> akukahtuah.blogspot.com

Kalau nak nombor powil, pm aku kat INSTAGRAM/FB 

Secara peribadi ini Gunung Berembun ke 4 aku.
1. Berembun Telapak Buruk N9
2. Berembun CBL, Terengganu
3. Berembung Cameron (Sg Pauh)
4. Berembun Wrays Ringlet

BYE BYE.

3 comments: