Thursday, November 19, 2020

BATU BERSUSUN DI SUNGAI BALUNG, TAWAU

Ramai yang tak tau mengenai Batu Bersusun di Sungai Balung Tawau ni, aku pun baru tahu,mereka semua yang pergi ni pun semua baru tahu. Jadi mari lah kita ambil tahu...

Apa yang menarik tentang Batu Bersusun semula jadi ini nampak seperti disusun oleh manusia. Tak pasti berapa ratus tahun atau berapa ribu  tahun batu ni dah ada atas muka bumi Tawau ni. 

Aku ada terbaca jua batu ni berpunca daripada letupan gunung berapi lah, berasal ribuan tahun lah, aku pun tak pasti.

25 September 2020, dalam perjalan pulang ke Tawau dari Semporna, seperti yang dirancang kami sempat singgah di Batu Bersusun di Kg Cocos ini. Van yang kami sewa boleh dikatakan tersesat 2 - 3 kali mencari lokasi ni. Sudah guna waze dan maps, masih belum jumpa. akhirnya dia bertanyakan orang kg di situ dan berjaya sampai ke destinasi.

Untuk sampai ke sini, apabila sampai di Kg Cocos sterusnya kami melalui jalan kampung dahulu, kemudian jalan kaki lebih kurang 500m sehala sehingga bertemu Sungai Balung.

Di Sungai Balung inilah bertempatnya Batu Bersusun. Kawasan batu ini ialah jeram sungai dengan laluan air yang deras. Tiada pengunjung ketika ini kecuali kami, mungkin sebab pandemik. 

Tempat ni kalau di tambah lagi dengan fasiliti yang mantap boleh jadi tempat tumpuan pelancong. Tempat rare kot,mana ada kat tempat lain. 

Semoga Menteri Pelancongan baca lah penulisan aku ni.





Thursday, October 29, 2020

Bukit Panchang, Tawau (Tinagat)

 

 

Bukit Panchang terletak di Batu 6 Jalan Apas, lebih kurang 10 minit dari Bandar Tawau. 

 
26/9/2020 tarikh PRN di Sabah, orang lain mengundi #sabahmemilih calon masing-masing, tapi kami memilih untuk hiking Mula agak lewat, jam 10:00 pagi baru start hiking. Matahri sudah mula naik, dah lah Sabah ni cuaca macam awal sejam dari Semenanjung, jadi pukul 10:00 pagi di Sabah macam pukul 11:00 pagi di Semenanjung.
 
Apa yang aku boleh padankan bukit ni dengan di Semenanjung sama lebih kurang dengan Gunung Datuk.
 
 

Sunday, September 20, 2020

GUNUNG BERHID & GUNUNG ALER DAYPACK, HUJAN SEPANJANG HARI

Puncak Gunung Berhid

Selepas trip pertama gagal disebabkan trek pebuh dengan buluh pada awal August 2020 yang lalu, kali ni kami repeat semula pada 12 September 2020. Pada mulanya hanya berangan-angankan ke Gunung Berhid sahaja, tapi akhirnya setelah berbincang semula, kami bersetuju untuk lajak ke Gunung Aler.

Pada mulanya 12 orang pendaki telah bersetuju mealkukan pendakian ini, tapi last minute ada seorang terpaksa menarik diri atas faktor kecederaan. Semoga cepat pulih....

Jadi, 11 pendaki yang bertuah ini ialah :
  1. Ajim (gogo/guide)
  2. Epi
  3. Iqbal
  4. Botak
  5. Apek
  6. Irfan
  7. Farid Ramli
  8. Zakuan
  9. Amir
  10. Aiman
  11. Adi Zaidin

Tuesday, August 18, 2020

TRANS NUANG VIA KEMENSAH. Kemensah > Bukit Paw > Bukit Reping > Lentang Legong > Nuang > Pangsun

 


21 September 2019. Trans Nuang via Kemensah. Trip ni merupakan The Great Malaya Trail (TGMT) Simulation. Kami diberikan tugas untuk melakukan simulasi dan pasang marker untuk persedian event TGMT pada 26 September 2019. 

Daripada semua dalam gambar ni, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan untuk recee keselurah trek. Satu lagi kumpulan lagi pasang marker, menebas dan recee trek (tak turun Janda Baik).

Log pendakian
0720 Mula (KGB Kem Kemensah)
0830 Bukit Paw
1112 Lubuk Tedung
1300 Pondok Reping (solat,lunch)
1410 Sambung
1620 Bukit Reping
1710 Sambung
1850 Lentang Legong
1920 Sambung
0030 Junction Nuang
0040 Sambung
0130 Nuang
0140 Sambung
0300 Kem Pacat (nap)
0330 Sambung
0430 Kem Lolo
0500 Sambung
0600 Pangsung

Hampir 24 jam... zzzz


Tuesday, July 28, 2020

YONG BELAR 3 BOUNDARIES DAYPACK (YB3B REVERSE)


Pendakian mendaki 4 gunung secara daypack. Trip ni aku dah buat 2 kali sebelum ini, kedua-dua aku buat 2 hari 1 malam. Untuk trip kali ini aku buat secara daypack dan secara terbalik, bermakna kami start di blue valley dan akan tamat di Kebun Joe.

BTW. Kalau nak buat full circle, pendaki akan bermula di jalan paip, trail head dia depan sikit dari starting point blue valley, cuma jarak dia lebih jauh.

Wednesday, July 22, 2020

TRANS JELAWANG 3 HARI 2 MALAM


Trans Jelawang misi mendaki 9 puncak yang teletak pada Banjaran Titiwangsa di Dabong Kelantan. Tempat berkumpul atau meeting point untuk mendaki gunung ini ialah di R&R Jelawang, di depan R&R Jelawang juga terdapat masjid, boleh jadi kemudahan kepada pendaki untuk solat dan bersihkan diri.



25 JAN 2020 - HARI PERTAMA (GUNUNG KOP, GUNUNG STONG, GUNUNG AYAM)
0930 - Start at kebun getah
1230 - Kem Bogor, lunch & rest. Tunggu ramai line up kat siji sebab ada yang salah jalan
1430 - Gerak
1615 - GUNUNG KOP
1830 - GUNUNG STONG, rest sejam kat atas ni
1930 - Gerak
2140 - GUNUNG AYAM, camping kat sini untuk 2 malam.

Saturday, June 6, 2020

YADING HABA, CHINA EPISODE 5 : DAY 8 & 9 HABA XUESHAN + DAY 10,11 & 12. END


PERSIAPAN
Sebelum tidur malam tadi kami dah siap kemas barang untuk mendaki, asingkan siap-siap mana nak kena bawa mana nak kena tinggal. Barang yang nak kena tinggal kami letakkan di rumah gogo. Pukul 0900 gogo dah ambil kami agak jauh dari hostel yang kami tidur malam tu, sebab tak nak owner hostel tu nampak, ye lah kami kan tak jadi ambil pakej dia nak naik Haba ni. Senyap-senyap tinggalkan hostel tak bagi dia nampak. 

Gogo akan pegang kami punya passport, katanya nak daftar untuk national  park fees. Dalam pukul 0930 gogo bawa kami jumpa guide yang telah sedia dengan dua ekor kuda. Trail head dia betul-betul sebelah masjid Haba. Sebelum start pendakian kami dibekalkan dengan crampon, harness dan ice axe, 3 barang ini akan diguna pakai dan penting masa nak summit esok. Semua boleh sewa dari gogo, kalau memang dah ada lebih baik bawa sendiri. 

Wednesday, May 6, 2020

YADING HABA, CHINA EPISODE 4 : DAY 7 DAOCHENG TO HABA VILLAGE

DAY 7 - Daocheng - Shangri-la, Yunnan - Haba Village
Awal pagi dah check out meninggalkan hostel, pukul 0600 dah ada dalam bus untuk ke Shangri-la Yunnan. Nama tempat yang sama semasa di Yading tapi dua tempat yang berbeza.


Kami naik bas ting-tong, bas ting-tong ni bas loceng yang akan selalu berhenti untuk penumpang naik dan turun. Bas kali ini melalui jalan zigzag tepi gaung, celah gunung, tepi sungai, lalu tanah tinggi aku rasa jalan paling bahaya aku pernah lalu. Kau bayangkan je lah kalau ada batu besar jatuh dari atas tu, banyak kot batu jatuh tepi jalan tu dah kena tolak tepi. Baleer. Cantik tapi menyeramkan

375KM dari Daocheng to Shangri-La Yunnan



Monday, April 27, 2020

YADING HABA, CHINA EPISODE 3 : YADING NATURE RESERVE



DAY 5 - YADING NATURE RESERVE Day 1
Aku masih WFH (work from home) sejak 18 Mac 2020, sekarang PKP dah masuk fasa ke-3 dan hari ke -39. Dah aku dengar apa akan jadi akibat COVID-19 ni, gaji akan kena potong, masa luch hour dipendekkan, kerja kemungkinan 4 hari di office 1 hari di rumah, elaun itu ini akan dipotong dan banyak lagi lah kalau boleh cut cost mereka akan cut.

OK! Balik pada kisah China aku....

Seperti biasa, bangun kesejukan, solat pun atas katil sebab atas lantai tu sejuk sangat. Atas katil ok sikit sebab ada heater bawah tilam. Kalau  term solat atas katil di kalangan orang kita mesti terus ingat tak solat dan terus tidur.... Betul kan?

Azri dah dapatkan transport untuk ke Yading Nature Reserve (selepas ini ditulis sebagai YNR). Pemilik hotel yang bagi malam tadi. Dia cakap pukul 0900 dia akan datang ambil depan hotel. Tunggu punya tunggu dah pukul 0930 pun masih belum muncul. Pemilik hotel pula tak dapat dikesan. Dari Daocheg ke YNR bukannya dekat, ada makan masa dalam 2 jam. 

Kami pun cuba lah pusing-pusing sekitar hotel tu, tiba-tiba ada satu taxi berhenti tanya nak ke mana. Kami cakap nak ke Yading, dia kata ok kami terus naik, kemudian dia duk tunggu tak jalan-jalan, aku syak dia nak penuhkan taxi dia baru nak jalan agaknya. Kami terus keluar taxi, dia bagi harga agak tinggi kalau nak bawa kami berdua. Kami tolak. Kemudian datang pula satu SUV dia kata boleh bawa pergi Yading dan harga lebih murah daripada taxi.

Wednesday, April 22, 2020

YADING HABA, CHINA EPISODE 2 : KANGDING & DAOCHENG




DAY 3 Chengdu - Kangding
Pukul 0930 kami check out Mrs Panda Hostel, tinggalkan dulu beg di hostel, sebab nak cari tilek bus, solat jumaat dan lai-lain,lagipun bus pukul 1600. Station bus berhampiran dengan hostel, terus beli tiket bus harga  140yuan.

Selepas beli tiket bus, kami cari breakfast di kawasan masjid semalam. Setiap pagi jumaat memang meriah dengan jualan makanan di bawah masjid, dah macam bazar ramadhan dan semua gerai jual makanan halal. Kalau nak beli ayam segar pun ada jual kat sini.

Pukul 1030 lepas selesai makan, kai ambil bus 2yuan untuk pergi ke kedai oudoor, tak beli apa pun saja tengok tengok cuci mata. Pukul 1300 kembali semula ke masjid untuk solat jumaat. Alhmdulillah merasa solat jumaat di negeri China. Khutbah ringkas dengan bahasa mandarin satu patah pun aku tak faham. Keluar masjid sempat aku beli buah dan sedikit biskut untuk makan dalam bus nanti. Dalam perjalanan ke metro station (nak balik hostel ambil beg) kami singgah dahulu di Tianfu Square beli barang sikit kat Miniso kemudian pulang ke hostel untuk ambil beg sebelum naik bus ke Kangding pada pukul 1600. 

Zaijian Chengdu......


Sunday, April 19, 2020

YADING HABA, CHINA EPISODE 1 : EXPLORE CHENGDU (DAY 1 & DAY 2) PANDA CHENGDU


Bismillah, penulisan ini mengenai trip Yading - Haba aku berdua dengan Azri selama 12 hari bermula dari Chengdu dan berakhir di Kunming, China. Misi utama untuk pergi ke Yading Nature Reserve dan Haba Snow Mountain (Haba Xueshan)

Selamat membaca........

DAY 1 KUL- CTU (Kuala Lumpur - Chengdu)

Rabu 11 Dec 2019
Sampai KLIA2 sebelum pukul 0600, lepas solat subuh terus print ticket dan terus beratur untuk check in beg. Selesai check in beg aku terus berjalan menuju ke gate yang telah ditetapkan. Flight pukul 0910 dari KL dan akan tiba di Chengdu pada pukul 1340.

Untuk ke China kita wajib buat visa harga RM100.00, kalau nak suruh runner buat tambah RM50.  Better download dulu borang dan isi siap-siap atau minta kat kawan-kawan yang pernah pergi China, mesti dia ada (kat aku pun ada)

Located in: Hampshire Place
Address: 157 Hampshire Place Office, Level 5 & 6, 157, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Masa nak hantar borang make sure kena kepilkan sekali
  • Passport 
  • Copy flight ticket
  • Reservation hotel detail sepanjang trip (aku buat dummy kat booking.com)
  • 2 keping gambar yang terkini background putih size 48mm x 33mm
Dalam masa seminggu visa kita akan lulus. Visa valid selama 6 bulan. Untuk info lebih lanjut click sini

p/s : Untuk hari pertama dan hari kedua aku solo.

Tiba di Chengdu agak awal tak seperi yang tertulis dalam flight ticket, sampai Chengdu pukul 1300. Hampir nak mendarat captain flight ada ada buat anouncement suhu di Chengdu ialah 13° aku terus sarung fleece sebelum keluar kapal. Sebelum keluar kapal, aku tangkas tukar sim card, sama seperti di Japan aku beli sim kad hello1010 dengan harga RM 65.00 dapat 7GB mobile data.

Kalau nak ke China better beli sim kad dari Malaysia hello1010, kalau nak harapkan wifi di hotel atau mana-mana free wifi tu memang ada tapi tak boleh buka Google, bila tak boleh buka Google automatik FB, Twitter, dan seangkatan dengannya tak boleh nak acess. whatapps boleh tapi slow. Dengan adanya sim kad hello1010 tu semunya menjadi mudah, Jangan lupa juga install wechat kalau di China, mostly diorang sini guna wechat. 

OK! 

Selesai aku kutip bag, aku terus cari metro station untuk menuju ke hostel yang Azri booking kan. Dari airport aku beli ticket menuju ke Xinamen. Disebabkan aku nak pecah duit, aku beli ticket terus ke kaunter. Kat machine tak terima duit besar. Inilah masalah money changer kita setiap kali nak tukar duit mesti tak ada duit kecil, susah bila nak terus beli ticket metro station. Selepas tukar lane 3, metro terus meuju ke Xinamen station dan tiba di Xinamen dalam pukul 1400. Sekarang masa untuk mencari Panda Hostel, hostel yang telah ditempah awal sebelum ke sini. Azri tolong tempahkan melalui booking.com. Tempah dulu dan bayar masa nak check in.

Untuk cari Panda Hostel aku pakai google maps jalan jalan jalan tengok maps, tiba tiba sampai, tak jauh pun dari station, kurang 10 minit berjalan. Cuaca dan persekitaran di Chengdu ketika itu sejuk dan berkabus, dah macam kat Gunung Yong Belar.

Check in di Mrs Panda Hostel untuk 2 malam, harga 65yuan untuk 2 malam, bilik no 215 dan katil no 2. Dalam bilik ni ada 4 katil. bilik mandi dan tandas di luar bilik. Sampai bilik aku rehat dan kemas barang sikit dan pukul 1600 aku keluar cari makan di Tianfu Square. Azri kata kat situ ada masjid dan ada kedai makan muslim, mee daging, satay, burger dan banyak lagi. Memang kawasan berdekatan masjid tu banyak kedai makan muslim.




Chengdu Shuangliu Internaional Airport

Monday, April 13, 2020

TRANS TITIWANGSA VERSI 2 (V2 TRAIL)


Assalamualaikum semua
V2 atau Version 2 ni merupakan satu trip yang agak hardcore sebenarnya, kebiasaan para pendaki akan merentasi banjaran titiwangsa yang bermula dari trek Yong Belar - Gayong - Korbu - Gayong - YongYap dan berakhir di Sg Rengil. Ini lah serba sedikit gunung-gunung yang akan dilalui oleh para pendaki.

75.91 km +-, jarak yang akan dilalui oleh pendaki V2, IG ajimrahman

V2 distance : 70-75km +-
Elevation gain : 6,000m +-

Trip ni seminggu selepas TMMT 100KM. Gila! Sepatutnya trip ni patut buat sebelum race TMMT, tapi memandangkan atas faktor masa dan lain-lain kenalah buat selepas TMMT. Besar kemungkinan trip ni aku nak lipak awal sebab malas, kan baru lepas 100km. walaupun V2 ni aku belum pernah buat.

Friday, April 3, 2020

GUNUNG NUANG via JANDA BAIK + BUKIT CINCIN GENTING HIGHLAND (HIDDEN MOSSY)


Trip ni plan last minit. Berdua je aku dengan Hamdan. Berdua lebih baik, tak leceh dan boleh je plan lagi last minit nak naik bukit lain. Mendaki Gunung Nuang via Janda Baik ni sebenarnya agak mudah kalau dibandingkan via Pangsun Hulu Langat sana. Lagi cepat. Lagipun masa ni trek via Pangsun masih lagi ditutup untuk semua selepas kes kematian yang berlaku dulu. Tutup untuk penambah baikkan trek. (sekarang dah ada tangga)

Friday, January 31, 2020

ROYAL BELUM. TASIK BANDING. GERIK PERAK. HOUSEBOAT


Sebenarnya trip ni pada 6-7 April 2019 yang lepas. Aku rasa content ni macam menarik itu yang aku rajin nak tulis pasal trip ni. 

JAPAN EPISODE 7 : KAMIKOCHI

Sedar tak sedar dah hari ke-10 aku berada di bumi Japan. Bangun pagi agak liat sikit, kawasan perkhemahan lebih aman, macam camping atas padang dan ramai orang.

OK! Hari ini sebelum balik ke Matsumoto kam akan explore all around Kamikochi. 2 hari sebelum ini kami sampai sini dan terus mendaki, memang tak sempat nak explore semua kawasan Kamikochi masa tu.

Kamikochi ini bukak untuk orang awam dari April sampai November sahaja. Time winter tutup.

sumber : http://www.kamikochi.org/plan/trekking


Hari ini, sebelum balik kami habiskan masa explore dari Tokusawa sampai ke Kamikochi Bus Terminal. Kamikochi ni macam hutan simpan yang terjaga. Sungai jernih, trail cantik dan well maintained. Sesuai untuk semua golongan kalau nak explore dari terminal bus tu hingga ke Tokusawa. Bila dah sampai Yokoo trek dah start pacak untuk naik ke gunung...

Myojin Bridge

Tuesday, January 14, 2020

JAPAN EPISODE 6 : SUMMIT MT OKU HOTAKADAKE + GANDERME + KARASAWADAKE

Jam 0800 kami mula mendaki menuju puncak, Pukul 8 pagi dah matahari dah naik. Bukak je pintu khemah, silau dengan matahari, awan karpet depan khemah. Simple breakfast je sebelum summit, makan nasi malam tadi.

Faiz tak follow kami naik puncak, penat mungkin, lagipun dia ada asthma. Faiz just lepak campsite dan berehat dalam khemah.




Pagi tersebut tak ramai sangat pendaki naik puncak, kurang 20 pendaki yang naik. Kami sampai di puncak pada jam 0840, dari campsite tu memang tak jauh, sekali pacak je terus sampai puncak. Tapi trek memnag pacak, kena panjat tangga 80 darjah.