Friday, April 3, 2020

GUNUNG NUANG via JANDA BAIK + BUKIT CINCIN GENTING HIGHLAND (HIDDEN MOSSY)


Trip ni plan last minit. Berdua je aku dengan Hamdan. Berdua lebih baik, tak leceh dan boleh je plan lagi last minit nak naik bukit lain. Mendaki Gunung Nuang via Janda Baik ni sebenarnya agak mudah kalau dibandingkan via Pangsun Hulu Langat sana. Lagi cepat. Lagipun masa ni trek via Pangsun masih lagi ditutup untuk semua selepas kes kematian yang berlaku dulu. Tutup untuk penambah baikkan trek. (sekarang dah ada tangga)


Untuk ke trail head Nuang Janda Baik, senang je search je kat Google Maps atau Waze Starting Point Gunung Nuang via Janda Baik . Mudah bukan? Sebelum start nak hiking tu, korang singgah lah breakfast yang ada sekitar kampung Janda Baik tu, sedap-sedap makanan diorang.

Parking lah mana-mana kosong, kalau tuan tanah minta bayaran parking tu bayar je lah, itu tanah dia bukan tanah kerajaan ok.

Starting trek ni akan lalu jalan kebun, ada kebun durian, kebun sayur dan banyak lagi. Kalau musim durian time ni ada lah nampak banyak buah durian tepi trek. Kurang sejam akan sampai pintu rimba, pintu rimba ni boleh dikatakan pintu untuk masuk hutan tu lah.

Nuang ni gunung popular, tiap minggu ramai orang naik macam ada open house kat puncak tu dan  untuk masuk boleh dapatkan permit dibawah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang RM10 satu kepala. Tekan sini untuk mohon permit online. Tapi still kena buat wang pos apa bagai tu.  Sebaik-baiknya call dulu sebelum nak apply permit tu. Call dulu sebelum apply dan rajin   up. 09-2221039, kalau nak cepat upah runner. 



Masa ni musim durian, sebelum sampai pintu rimba ada sebatang dua pokok durian, buah dia rendah je boleh petik guna tangan. Kalau nak makan mintalah kebenaran dari tuan tanah (itu pun kalau tuan tanah dia ada kat situ) Nak sampai ke pintu rimba pun berpeluh juga sebenarnya, tak jauh tak dekat dalam setengah jam juga lah kami sampai pintu rimba tu. Lalu jalan kebun, ada juga masuk kebun orang, jangan duk gatal petik tanaman orang tau. 


Air Terjun Chemperoh

Start pun dah lewat sebenarnya dari parking tu, dalam kul 10.00 pagi, tapi bila masuk je denai trek Nuang ni cuaca masih berkabus dan lembab. Lepas setengah jam dari pintu rimba, kami tiba di Air Terjun Chemperoh nak ke air terjun kena off trek sikit je, jumpa lah air terjun ni. Air terjun ni biasanya jadi check point para runner yang selalu training kat sini. Runner akan ulang alik dari puncak - air terjun berulang kali sampai ikut suka diorang lah berapa kali. Air terjun ni selamat di minum, pastikan ambil air yang mengalir laju untuk minum. 

Masa kami berdua tengah layan pacak, tiba-tiba ada seekor ular tengah menyusur ke bawah. Tapi kecik je lah, anak ular je, tolak tolak dengan ranting kayu dia lari keluar off trek. Sempat juga ambil gambar ular tu.....



Trek Nuang Janda Baik ni tak jauh pun sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan Nuang Pangsun. Suka kau nak petik, ingat tak masa kes ada orang meninggal jatuh kat cerun sebelum snak sampai puncak (trek Pangsun), sebaiknya better SAR dan ahli bomba bawa turun arwah melalui trek Janda Baik, ikut trek Pangsun jauh gila kot. Tapi dah SOP dapat call dari Bomba Selangor, kenal lah bawa turun Pangsun. hmmmm.

Kami sampai puncak lebih kurang pukul 1300, kurang 3 jam boleh sampai puncak dari Janda Baik ni. Itu pun santai-santai sambil bergambar, rajin betul Hamdan ambil gambar aku, siap buat video lagi. huhuhuhuhu. 

Inilah Hamdan

Jumpa Pak Said kat puncak, gogo Everest Base Camp & Anapurnam Base Camp.
Sampai puncak memang meriah, ramai betul orang kat puncak, segala jenis pendaki ada. Makanan pun banyak, kenayng aku kat atas tu. Kat peak masa ni aku jumpa Arif, ni blog Ariff http://si-kerdil-bersuara.blogspot.com/ . Boleh melawat, Ariff ni kaki rintis dan guide juga. Sekarang dia kerja Jabatan Hutan tak silap aku. Jaga-jaga lah sapa naik gunung tak ada permit nanti dia bebel. Dia ni kuat bebel juga. hahahahahaha....

Masa ni Arif bawa line up naik Nuang, ramai juga line up dia bawa, siap masak-masak lagi atas tu. Masak air dengan masak maggie je lah. Dapatlah aku merasa sebungkus maggie, kat puncak ni aku dituduh kuat kuat makan oleh Hamdan. Memang masa hiking aku akan makan banyak, itu semua sebab tenaga. hahaha orang hulur aku makan jeeeeee..






Warga puncak

Ariff (masih single)

Selesai dalam sejam dua kat puncak, aku dan Hamdan pun bergegas turun, sebab ada satu destinasi kami nak pergi di Genting Highland. Kami turun gak laju masa ni,nak kejar masa, panas juga lah lutut aku sebab kena cucuk dengan Hamdan. Sampai semula parking jam 3 lebih rasanya dan terus naik saga Hamdan menuju ke Genting Highland.

Dalam pukul 4 lebih kami sampai di Genting Highland, lokasi yang lebih tepat ialah di menara TM Genting Highland dekt belakang Amber Court Kat situ ada hidden mossy. 

OK, tempat ni popular dengan nama Bukit Cincin, tak tau aku di mana lokasi sebenar bukit Cincin ni, adalah signboard orang letak tepi jalan, tapi tak kan lah kat tepi jalan .Mungkin ada kat atas sikit kena masuk trek dalam sikit.




bergambar dari bawah
Amber Court di belakang sana

bergambar dari atas








Signboard Bukit Cincin

Kalau nak camping kat puncak, mungkin boleh training camping kat sini. Kalau sejuk sangat masuk kereta lah
Hidden mossy sini sangat cantik, sebab apa? sebab mossy forest ni kalau tak ramai orang masuk, kurang kena pijak, cantik lah kawasan mossy tu. Dari parking nak sampai kat hidden mossy ni dekat je, dalam 5-10 minit jalan dah sampai. Kawasan parking je dah berkabus teruk, bila masuk je trek ni confirm lambab, tanah, pokok mossy semua basah. Kalau perah mossy tu boleh keluar air.

Actually, hidden mossy ni betul betul tepi belakang Amber Court yang berhantu tu. Boleh nampak Amber Court masa nak sampai sini. Tapi masa kami sampai sini, Amber Court tak jelas kelihatan sebab kabus tebal sangat. Nampak bayang-bayang je. Menurut Hamdan kalau nak naik ke sini ikut Amber Court mungkin ada trek dia. Tapi tak pasti orang pernah lalu atau tidak.

Kalau dapat lihat, masa aku dan Hamdan menuju ke signboard Bukit Cincin kat tepi jalan (ada orang letak kat tepi jalan, tak betul kot, ntahhhh) ada some group camping kat tepi jalan ni, bercamping dalam sejuk, berkhabus dan angin kuat. 

Sejujurnya memang best tempat ni, Hamdan ada ajak nak pergi tengok periuk kera lah, nak masuk bukit satu lagi kat depan tempat orang khemah tu lah... tapi aku dah tak sedap hati nak pergi, tak tau kenapa. hahahaha...

Sehari dapat cover banyak tempat macam ni memang best. Spend time very well.

Instagram highlight click here

1 comment: