Saturday, June 6, 2020

YADING HABA, CHINA EPISODE 5 : DAY 8 & 9 HABA XUESHAN + DAY 10,11 & 12. END


PERSIAPAN
Sebelum tidur malam tadi kami dah siap kemas barang untuk mendaki, asingkan siap-siap mana nak kena bawa mana nak kena tinggal. Barang yang nak kena tinggal kami letakkan di rumah gogo. Pukul 0900 gogo dah ambil kami agak jauh dari hostel yang kami tidur malam tu, sebab tak nak owner hostel tu nampak, ye lah kami kan tak jadi ambil pakej dia nak naik Haba ni. Senyap-senyap tinggalkan hostel tak bagi dia nampak. 

Gogo akan pegang kami punya passport, katanya nak daftar untuk national  park fees. Dalam pukul 0930 gogo bawa kami jumpa guide yang telah sedia dengan dua ekor kuda. Trail head dia betul-betul sebelah masjid Haba. Sebelum start pendakian kami dibekalkan dengan crampon, harness dan ice axe, 3 barang ini akan diguna pakai dan penting masa nak summit esok. Semua boleh sewa dari gogo, kalau memang dah ada lebih baik bawa sendiri. 


Sekor kuda buat angkat beg, sekor lagi guide yang naik

HABA VILLAGE - HABA BASECAMP
Bermulalah pendakian kami, pendakian ini makan masa selama 2 hari 1 malam. Untuk hari pertama pendakian kami akan menuju ke Haba Basecamp pada ketinggian 4000m asl. Tinggi betul elevation untuk hari pertama ni dari 2900m asl naikke 4000m asl. Trek ke Haba Basecamp untuk hari pertama ni agak santai, masih ada pokok-pokok besar, berpeluh juga la masa pacak walaupun sejuk. Trek agak besar sebab muat untuk kuda naik turun dari Haba Village ke Haba Basecamp. 

Untuk 1 - 2 jam pertama rasa macam hari-hari biasa mendaki di Malaysia. Setelah tiba di satu pondok untuk kami lunch, suhu makin sejuk sungai-sungai kecil dan lopak air kebanyakan dah membeku. Kami lunch di pondok,makan nasi dan daging dendeng. Untuk pengetahuan semua, dari segi ration kami bawa semua jenis MRE (meal, ready-to-eat) Hampir sejam kami rehat kat sini, kami decide nak jalan dulu sebab guide kami sibuk bersembang dengan kawan-kawan dia. Takpa, guide boleh kejar kami semula naik kuda.

1500, kami sampai di Haba Base Camp. Haba Base Camp merupakan camp persinggahan untuk pendaki sebelum mereka bergerak ke Haba Xueshan, kebiasaanya pendaki akan bermalam satu atau dua malam disini sebelum naik ke puncak. Di sini terdapat bayak shelter untuk pendaki berehat dan tidur. Dalam shelter kami terdapat 4 katil double decker, atas katil dilengkapi dengan tilam bantal dan toto yang tebal. Keadaan di sini amat sejuk sekali tambahan dengan angin yang kadang-kadang bertiup kencang. Kebas jari jemari aku masa ni.

Untuk mendapatkan sedikit haba panas, sering juga kami lepak di shelter guide, di situ mereka ada buat unggun api bertujuan untuk memanaskan badan, sempat juga la kami paw segelas dua air teh-o halia mereka. Dengar mereka berbual dan gelak sakan walaupun kami tak faham sangat apa diorang bualkan, tapi kami buat-buat faham.

Selesai makan malam, selesai juga solat jama maghrib dan isyak kami terus tidur. Tidur awal selepas maghrib, wajib untuk kami dapatkan tidur sekurang-kurangnya 2 - 3 jam sebelum summit attack esok pukul 0300.

Feel bila tidur dengan suhu negative memang lain, aku dah pakai stokin tebal pakai warmer tetap rasa macam tidur atas tilam yang basah. Tilam kat base camp ni takda heater itu yg rasa sejuk lain macam ni.



Pondok tempat kami berhenti untuk makan

Sikit lagi nak sampai basecamp.

Haba Basecamp, 4,100m asl


Shelter di basecamp



SUMMIT ATTACK HABA XEUSHAN
Sebelum tidur tadi kami dah siap kemas barang letak dalam bag. Barang penting nak naik gunung bersalji wajib bawa crampon, ice axe & harness serta keperluan lain macam biasa. Untuk dari segi pakaian baju aku pakai 3 lapis, lapisan pertama  base layer sebagai termal layer, lapisan kedua dawn jacket dan lapisan ketiga satu lagi dawn layer yang lagi tebal dan satu raincoat dilteakkan dalam bag. Untuk seluar juga 3 lapis, lapisan pertama seluar base layer, lapisan kedua, seluar hiking biasa dan lapisan ketiga seluar hiking water proof.

0315 sebelum start we had early breakfast, hari masih gelap dan perlu guna head lamp dan penglihatan agak gelap. Untuk permulaan trek banyak berbatu besar macam kat peak Kinabalu, agak mudah dan angin pun tak berapa nak ada masa ni. Makin lama angin makin kuat membuatkan pendakian kami amat mencabar, kadangkala kami terpaksa berhenti sekejap untuk cengkamkan tapak sebab risau akan jatuh. Selepas 2 jam melalui batu granit akhirnya kami tiba di kawasan bersalji dan ada juga serba sedikit kawasan ber-ice, kami masih boleh lalu tanpa pakai crampon. Sampai di satu cerun aku lihat guide naik macam biasa, Azri dah keluarkan kapak ice atau ice axe dia masa ni. Azri mengorek salji untuk jadikan tempat berpijak, aku yang belakang sekali hanya follow tapak Azri. Ada satu ketika tu aku tergelincir jatuh kerana terpijak ice yang amat licin, nasib aku baik tak tergolek sampai ke bawah,aku tersangkut di ruangan salji yang dah dikorek tadi. Tapi malang aku punya thermos terjatuh terus hilang dari pandangan, memang mustahil aku nak pergi turun ambil. 

Pengajaran : aku sepatutnya keluarkan ice axe terus  masa nak naik cerun bersalji + ice ni walaupun baru sedikit laluan bersalji masa ni.

Kemudian kami masuk semula di laluan batu granit hinggalah samapi di batu besar di pada ketinggian 5,000m. Di sebalik batu besar tu kami berehat untuk solat subuh, mengucap panjang aku masa berehat belakang batu besar ni dengan suhu negatif dan angin kuat membuatkan aku rasa nak mati dahhhhh... Selepas matahari naik, kami pakai crampon dan keluarkan ice axe untuk teruskan pendakian dan bermulalah laluan di cerun salji sehingga ke puncak. Jarak hampir 1km untuk membawa kami ke puncak melalui cerun salji dengan  purata 45 darjah. Di sinilah aku hampir tewas.

Semasa mendaki aku sering terganggu dengan tiupan angin ke muka, aku rasa kebas dan rasa muka macam nak lumpuh. Hidung sentiasa berair. Menyukarkan lagi pendakian ini bila aku susah nak bernafas dengan oxygen yang nipis di sini. Aku sering tutup hidung dan mulut dengan buff dan neck warmer aku, tapi makin susah nak bernafas. Tapi bila aku turunkan buff dan neck warmer aku ke leher, anign pula kuat meniup ke arah muka. Aku terseksa, langkah aku makin perlahan, Azri dan guide  kulihat jauh di depan macam semut. Aku pusingkan badan ke belakang termenung jauh seketika, "boleh ke aku sampai puncak ni? dekat dah ni" pandangan aku masa ni putih satu dunia dengan salji, hatiku berbisik 

"biasa orang kita seronok jumpa salji, siap baring baring atas salji, main baling-baling salji, tapi aku sekarang ni tengah menghadapi tempoh-tempoh sukar atas salji dah macam nyawa di hujung tanduk"

Angin makin kuat, langkah aku makin perlahan, aku berhenti setiap 10 langkah, kadang-kadang aku bagi bonus sampai 12 langkah. Setiap kali berhenti aku akan tutup mata sambil berselawat dan mengucap hingga sampai ke satu puncak tipu di mana aku berhenti untuk makan epal, aku bukak glove letak atas beg kemudian mula menggigit epal sikit demi sikit. Sejuk betul epal tu rasa macam gigit ice. Tengah sedap aku makan epal, angin bertiup kencang dan menerbangkan glove aku. Tak boleh nak pergi kejar kutip sebab dah terbang di lurah-lurah gunung.

*sepatutnya aku sarungkan tali glove tu kat lengan, kalu dah bukak glove ia masih tergantung kat lengan. hmmmm

sekarang tangan aku hanya bersarungkan glove cotton untuk ke puncak, tangan aku makinkebas, jari jemari macam nak beku. 

9.30 pagi waktu China akhirnya aku berjaya sampai ke Haba Xueshan. Gunung tertinggi pernah aku daki, satu kejayaan untuk diri sendiri. Sayang betul gorpo tak boleh nak on masa ni walaupun dah tukar bateri, mungkin sebab suhu terlalu extreme. 10 - 15 minit bergambar di puncak dan kami terus turun semula ke Haba Base Camp. Masa di puncak Azri bagi pinjam glove spare dia, nasib baik lahh ada spare. Walupun bukan waterproof glove dengan 2 lapis glove ni dapat la juga membantu menaikkan haba di tangan. Kesejukan masa ni masih dapat aku bayangkan sampai sekarang, mata kiri kabur teruk masa ni mungkin sebab aku lambat pakai sun glass. Mata rasa pedih,mungkin air kat mata makin cepat  kering.



Peak! Haba Xueshan,. 5,396m asl




TURUN KE BASECAMP - HABA VILLAGE
Downhill ke basecamp memang banyak daya dari lutut, downhill terukkk, mula mula slope salji, kemudian hamparan batu sampai la ke basecamp. Lebih kurang 1300 kami sampai di basecamp, kami berehat dan makan lunch dan kemas barang untuk turun ke Haba Village. 

Detik di mana kami turun dari Haba basecamp ke Haba Village, salji dengan tidak berapa lebat telah turun. Masa nilah aku baru tau bentuk salji ni bentuk snowflake, aku ingatkan bentuk bulat-bulat je. 
Kami tiba di Haba Village lebih kurang jam enam petang, satu SUV dah menunggu kami ntuk bawa ke tempat penginapan di hostel kepunyaan gogo kami. Sebelum kami pergi ke hostel, kami request dibawa di bawa ke restoran untuk makan. 

Satu perkara yang amat penting daripendakian ini ialah "fully acclimatisation". Berbeza sikit aku dengan Azri, dia lebih berpengalaman dari segi gunung beriklim sejuk dan bersalji ni. 
Sebelum pendakian ini aku dah beraklimatasi di Yading Nature Reserve dengan ketinggian anggaran 4,000m. Itupun aku masih susah nak bernafas dengan betul masa mendaki cerun salji sebelum sampai ke peak Haba Xueshan. Azri pula sebelum pendakian ini dia sudah 3 kali ke Punncak Dafeng, 5,025m di Gunung Siguniang dalam masa sebulan sebelum bertemu aku di Chengdu.

Start downhill

Snow slope

Tiba di trek batu




* Hari ke 10 & 11 - LIJIANG :  kami berangkat menuju ke Lijiang, berhajat ingin singgah di Tiger Leaping Gorge tapi badan terlalu penat untuk ke sana, jadi kami terus check in di Hostel Old Town Lijiang selama 2 malam. Explore Old Town Lijiang, cantik gila. Hari ke 11 kami pergi Black Dragon Pool.


Old Town Lijiang



Old Town Lijiang

Masjid Lijiang

Black Dragon Pool 

 
 
12 hours train Lijiang to Kunming





* Hari ke 12 KUNMING - Naik train dari Lijiang to Kunming, tak ada apa sempat kami explore di sini selain pusing-pusing bandar Kunming, hanya untuk keja flight ke KL pada jam 1500.

No comments:

Post a Comment