DAY 7 - Daocheng - Shangri-la, Yunnan - Haba Village
HABA VILLAGE
Selepas 3-4 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di Haba Village.
Awal pagi dah check out meninggalkan hostel, pukul 0600 dah ada dalam bus untuk ke Shangri-la Yunnan. Nama tempat yang sama semasa di Yading tapi dua tempat yang berbeza.
Kami naik bas ting-tong, bas ting-tong ni bas loceng yang akan selalu berhenti untuk penumpang naik dan turun. Bas kali ini melalui jalan zigzag tepi gaung, celah gunung, tepi sungai, lalu tanah tinggi aku rasa jalan paling bahaya aku pernah lalu. Kau bayangkan je lah kalau ada batu besar jatuh dari atas tu, banyak kot batu jatuh tepi jalan tu dah kena tolak tepi. Baleer. Cantik tapi menyeramkan
375KM dari Daocheng to Shangri-La Yunnan |
Pit stop |
Sampai Shangri-La pukul 1330 dan kami terus ambil taxi ke Haba Village, penat juga main tawar menawar dengan taxi ni, sebelum bergerak ke Haba Village kami singgah makan mee tarik dulu macam biasa, cakap je dengan driver tu dia boleh bawa, dia siap bawa geng tunjukkan pakej naik Haba Xueshan. kakakakakkakakakkak wkwkkwkw.
HABA VILLAGE
Selepas 3-4 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di Haba Village.
Anggaran ketinggian Haba Village dalam 2800m asl, kampung yang agak kecil, rumah rumah tepi lereng bukit dan merupakan titik permulaan untuk mendaki Haba Xueshan atau dikenali sebagai Haba Snow Mountain. Kami ambil International Haba Hostel untuk malam tersebut. Pemilik hostel tu tu juga merupakan gogo untuk ke Haba Xueshan. Tapi harga dia bagi tak ngam ahhh! Agak mahal, lari budget. Inilah risiko trip main terjah je ni. recce trip orang kataaaa...
"kena cari gogo lain malam ni juga!"
"kena cari gogo lain malam ni juga!"
Malam tu kami pergi makan di satu restoran muslim, di sini ada sebilangan penduduk muslim, jadi nak cari makan tak susah. Malam tu kami makan nasi dengan lauk yak serta sup sayur. Sedap juga makan panas-panas. Dia tak smipan dalam freezer pun daging yak tu, letak luar je pun boleh beku sebab cuaca sejuk. Sambil tu kami cari gogo lain untuk hiking esok. Syukur Alhamdulillah, sebelum trip ke China ni aku ada follow IG orang kita @nurhisyam88 yang baru balik dari Haba, ada lah tanya dia dm kat IG. Malam tu hampir buntu juga cari gogo, setaip satu bangunan kami masuk tanya dah macam masuk tempat kongsi gelap china dalam movie dah aku rasa. Finally kami dapat contact gogo yang diberi oleh Hisyam, dia bagi id wechat. Lepas tu terus contact gogo tu, dia terus datang kepada kami.
Kami bincang terus pasal harga, walaupun duduk depan depan tapi Azri guna wechat bincang dengan dia, sebab wechat ni auto translate mandarin to english, jadi mudah.Ration kat sini 1 guide = 1 pendaki, tapi kami berjaya pujuk dia 1 guide = 2 pendaki, kemudian kami cuba nak kurangkan harga, tak nak ambil kuda. tapi kat sini wajib ambil kuda, sebab pakej guide sekali dengan kuda, jadi kuda akan bawa barang kita sampai ke Base Camp Haba.
Harga ngam, get set, esok on!
Kami bincang terus pasal harga, walaupun duduk depan depan tapi Azri guna wechat bincang dengan dia, sebab wechat ni auto translate mandarin to english, jadi mudah.Ration kat sini 1 guide = 1 pendaki, tapi kami berjaya pujuk dia 1 guide = 2 pendaki, kemudian kami cuba nak kurangkan harga, tak nak ambil kuda. tapi kat sini wajib ambil kuda, sebab pakej guide sekali dengan kuda, jadi kuda akan bawa barang kita sampai ke Base Camp Haba.
Harga ngam, get set, esok on!
Makan malam kami, yak dan sup sayur |
Yak |
Bersambung...
Kisah seterusnya log pendakian mendaki Haba Snow Mountain.
No comments:
Post a Comment