DAY 3 Chengdu - Kangding
Pukul 0930 kami check out Mrs Panda Hostel, tinggalkan dulu beg di hostel, sebab nak cari tilek bus, solat jumaat dan lai-lain,lagipun bus pukul 1600. Station bus berhampiran dengan hostel, terus beli tiket bus harga 140yuan.
Selepas beli tiket bus, kami cari breakfast di kawasan masjid semalam. Setiap pagi jumaat memang meriah dengan jualan makanan di bawah masjid, dah macam bazar ramadhan dan semua gerai jual makanan halal. Kalau nak beli ayam segar pun ada jual kat sini.
Pukul 1030 lepas selesai makan, kai ambil bus 2yuan untuk pergi ke kedai oudoor, tak beli apa pun saja tengok tengok cuci mata. Pukul 1300 kembali semula ke masjid untuk solat jumaat. Alhmdulillah merasa solat jumaat di negeri China. Khutbah ringkas dengan bahasa mandarin satu patah pun aku tak faham. Keluar masjid sempat aku beli buah dan sedikit biskut untuk makan dalam bus nanti. Dalam perjalanan ke metro station (nak balik hostel ambil beg) kami singgah dahulu di Tianfu Square beli barang sikit kat Miniso kemudian pulang ke hostel untuk ambil beg sebelum naik bus ke Kangding pada pukul 1600.
Zaijian Chengdu......
|
Tak habis... muak |
|
Suasana solat jumaat Masjid Huangcheng Chengdu |
Lepas 4 jam dalam bus, pukul 2000 kami sampai di Kangding, malam dan sejuk, altitude kat sini dalam 2500mdpl mengigil-gigil aku keluar bus. Cari hostel pun walk in je, nasib baik dekat dengan tempat bus stop tu. Cukup selesa lah hostel kali ini untuk satu malam je di bandar Kangding. Esok awal pagi nak ambik bus ke Doacheng pula.
Pukul 2100 kami jalan-jalan di bandar Kangding, sambil nak cari makan malam, semoga ada lah restoran muslim kat sini.
Terpegun aku dengan keindahan malam di Kangding, LED lighting kat bangunan dia cantik gila! Lampu berwarna-warni, pukul 2100 di Kangding pada masa itu agak tenang, sunyi macam lockdown. Kedai pun banyak dah tutup. Nasib baik kami jumpa satu kedai
Lan Zhou lamien (mee tarik) muslim lepas dalam 15 - 20 minit berjalan. Sedap mee tarik dia. Memang kalau di China kami akan aim kedai lamien sebab mostly yang buat lamien ialah muslim, asalnya muslim China yang buat. Kalau nampak kedai Lan Zhoe lamien tu boleh dikatakan 80% muslim.
Selepas makan, kami psuing-pusing bandar Kangding, agak bosan sebenarnya cuma aku tertarik dengan LED kat setiap bangunan dan reka bentuk bangunan dia, sangat cantik. Kalau sampai sini waktu siang mesti nampak gunung gunung kawasan sini.
|
Kangding |
|
Kangding |
|
Lamien |
|
Pemilik kedai bersama anak comel |
Day 4 Daocheng
Daocheng, pronounce dia "taucheng".
Seawal pukul 0500 kami dah bangun terus ambil bus menuju ke Daocheng. Bus pukul 0600, dari Kangding ke Daocheng memang ada satu bus je dalam sehari pada pukul 0600. Ya Allah punya lah sejuk waktu pagi kat sini, bersyukur sebab tak ada angin kuat je. Dah pakai glove pun jari-jari tangan aku masih kebas. Paling tak tahan kalau musim sejuk kat sini ialah kita punya jari-jemari dan muka lagi-lagi hidung. KEBAS! "aku rindu cuaca panas di Malaysia"
Azri pesan "kalau dalam bus kalau boleh jangan tidur sebab kita akan naik sampai 4000mdpl dalam bus ni"
"Apa lagi boleh buat dalam bus selain tidur?" kalau dalam bus aku tengok handphone atau baca buku aku cepat pening. Aku pun tidur laaaa......zzz
Makin lama kepala aku makin pening, pitam, jalan bus lalu jalan bersimpang siur lalu lereng lereng gunung kejap naik kejap turun jalan dia. Seram! Aku cuba muntah tapi tak keluar, aku tengok pak cik depan aku dah sedut oxygen guna portable oxygen tank dia bawa, macam sedap je. Aku dapat rasakan oxygen dalam bus ni makin lama makin kurang. Orang sini pun guna support oxygen dalam bus, aku yang first time ni selamba je tak bawa oxygen.
AMS! confirm aku kena AMS. Kena AMS dalam bus weehhhhh. Pewai nak mati! Buka mata pening, tutup mata pening, satu badan rasa macam cramp. Banyak kali juga lah bas stop, tapi aku tak larat nak keluar, sekali je masa nak makan aku keluar, lepas makan nasi aku terus makan penadol.
Pukul 1500 kai sampai Daocheng, aku dah macam zombie berjalan ke hotel. Aku duduk kat satu sudut, Azri yang pergi cari hotel tu. Aku tinggal nak rebah je kalau berjalan lagi ni. 9 jam perjalanan dari Kangding to Daocheng memang azab bagi aku. Lepas check in hotel kami keluar cari makan, yes kat sini masih ada restoran muslim. Setakat ni mana-mana kami pergi mesti ada orang muslim. Aku order nasi dengan lauk daging. Masinnnnn, tak selera tak habis, aku makan sikit je buat alas perut. Kalau tau lah lauk dia masin macam ni, baik aku order lamien jeeeee.
Kepala masih pening. Nak balik hotel tidur.............
|
Litang |
|
9 jam dalam bus ni. AMS for the first time |
|
Suasana dalam bus |
|
View dari dalam bus |
|
Salah satu tempat bus berhenti, Litang |
|
Reka bentuk bagunan Daocheng |
|
Hotel kami, bilik kami kiri bawah, Time 1990 Inn |
Malam kami just stay dalam bilik, makan pun masak instant food dalam bilik. Malas nak keluar sejuk sangat sampai negative, dah la heater kejap ok kejap tak ok.zzzzz
Heater kat tilam pun sama macam tu, bila heater kat tilam tak ok, rasa macam tidur atas katil basah sejuk dia
Bersambung.........
EPISODE 3 DAY 5 & DAY 6 YADING NATURE RESERVE, A HIDDEN GEM IN THE WORLD
No comments:
Post a Comment