Monday, April 27, 2020

YADING HABA, CHINA EPISODE 3 : YADING NATURE RESERVE



DAY 5 - YADING NATURE RESERVE Day 1
Aku masih WFH (work from home) sejak 18 Mac 2020, sekarang PKP dah masuk fasa ke-3 dan hari ke -39. Dah aku dengar apa akan jadi akibat COVID-19 ni, gaji akan kena potong, masa luch hour dipendekkan, kerja kemungkinan 4 hari di office 1 hari di rumah, elaun itu ini akan dipotong dan banyak lagi lah kalau boleh cut cost mereka akan cut.

OK! Balik pada kisah China aku....

Seperti biasa, bangun kesejukan, solat pun atas katil sebab atas lantai tu sejuk sangat. Atas katil ok sikit sebab ada heater bawah tilam. Kalau  term solat atas katil di kalangan orang kita mesti terus ingat tak solat dan terus tidur.... Betul kan?

Azri dah dapatkan transport untuk ke Yading Nature Reserve (selepas ini ditulis sebagai YNR). Pemilik hotel yang bagi malam tadi. Dia cakap pukul 0900 dia akan datang ambil depan hotel. Tunggu punya tunggu dah pukul 0930 pun masih belum muncul. Pemilik hotel pula tak dapat dikesan. Dari Daocheg ke YNR bukannya dekat, ada makan masa dalam 2 jam. 

Kami pun cuba lah pusing-pusing sekitar hotel tu, tiba-tiba ada satu taxi berhenti tanya nak ke mana. Kami cakap nak ke Yading, dia kata ok kami terus naik, kemudian dia duk tunggu tak jalan-jalan, aku syak dia nak penuhkan taxi dia baru nak jalan agaknya. Kami terus keluar taxi, dia bagi harga agak tinggi kalau nak bawa kami berdua. Kami tolak. Kemudian datang pula satu SUV dia kata boleh bawa pergi Yading dan harga lebih murah daripada taxi.

Sebelum ke YNR kami akan Shangri-la Town dulu. 0930 kami pun mula menuju ke Shangri-la Town, pemandu agak ramah dan kami agak terhibur dengan lagu-lagu yang dia pasang dalam SUV milik beliau. Best juga tempo lagu China ni, kalaulah aku komposer lagu, dah lama aku ambil tempo lagu China ni rembat buat lagu. Sepanjang perjalanan agak cantik dengan view gunung dan tanah lapang, kebanyakan sini ramai warga tibet dapatlah lihat sikit binatang bernama yak,selain itu banyak kelihatan orang sana menjemur rumput bagi kering, mungkin makanan untuk yak. 

Pukul 1130 kami sampai di Shangri-la Town, beli tiket masuk di tourist centre kemudian naik bus menuju ke YNR. Bilangan pelancong pada masa ni sangat sedikit, terpaksa tunggu bagi cukup 1 bus dulu baru bus akan jalan ada dalam setengah jam juga kami tunggu. 

Dah tengahari pukul 1215 baru kami sampai YNR. Dengan average ketinggian 4000mdpl, dah boleh agak confirm suhu sampai negative. Dalam bulan Nov - March kat sini memang off season dan tak ramai pelancong masa ni mungkin sebab faktor cuaca. BTW YNR ni buka sentiasa tak pernah tutup. Mungkin masa COVID sekarang ni je tutup.

Pearl Lake
Bas dari bawah tadi stop di information centre YNR, kami mulakan perjalan nak explore tempat ni. Aku follow je Azri, dia ni macam dah plan nak pergi mana dulu, walaupun dua-dua first time sampai sini. Cantik gila tempat ni, ada sungai,ada tasik, tanah lapang, temple semua dikelilingi dengan gunung salji. Tasik dan sungai kat sini semua beku. Aku siap boleh berjalan atas tasik beku tu. YNR ni sangat terjaga, footpath dia cantik, mostly kita follow je footpath disediakan. Signboard pun banyak.

Kawasan sini lagi tinggi dari Gunung Kinabalu, digalakkan bawa portable oxygen dan sunscreen cosmetic macam sun block, lip balm, aloe vera dan lain-lain.  Kawasan high altitude oxygen kurang, kalau tak biasa kena gerak slow, jangan laju-laju nanti cepat penat dan mudah mual. Dinasihatkan juga kalau pertama kali sampai tempat-tempat tinggi macam ni digalakkan untuk stay satu malam dulu di Shangri-la Town untuk proses acclimatization. Sebenarnya di YNR ni proses acclimatization kami sebelum nak naik Haba Snow Mountain 2 hari lag.

Untuk hari pertama di sini, kami explore kawasan terdekat je dulu, Pearl Lake atau nama dalam chinese dia Zhuomalacuo selain itu kami explore kawasan sekitar berdekatan, ada padang dan temple. Dari information center ke Pearl Lake dalam 5km, trek agak mendaki sikit, sambil lalu temple. Kami banyak habiskan masa di Pearl Lake untuk hari ni, sampai Pearl Lake makan kejap lepastu jalan atas tasik beku tu, ambil gambar banyak-banyak. Untuk hari pertama ni agak mudah sebab trek pun kiri kanan ada pokok lagi, tupai jinak macam kat Nuang dan burung pun banyak kacau makanan kami. Tak banyak drama sangat masa ni, cuma banyak kena kacau dengan tupai dan burung tu je, jinak sangat.

Entrance di Shangri-la Town
View dari dalam bus menuju ke YNR

The map

Chonggu Temple


Pearl Lake/ Zhoma La Lake

Boleh berjalan atas tasik





 

Tepat pukul 1700 kami dah sampai information centre tempat nak naik bus tu, tunggu bus penuh terus jalan. Azri dah plan esok nam sambung explore lagi, nak pergi lagi dua tasik di ketinggian 4500mdpl, so esok lagi mencabar dia punya perjalan. Kami stay satu malam di Yading Village 10 minit naik bus dari YNR. Kami stay satu malam di hotel yang agak murah, 1 malam 50yuan, murah sebab low season. Tapi hotel ni takda elektrik masa kami sampai, dah pukul 1800 baru ada elektrik.

Nak explore YNR ni rugi kalau sehari, bayar tiket masuk mahal-mahal sampai 240 yuan kena lah habiskan semua tempat yang boleh. Sebenarnya stay satu malam di Yading Village ni plan last minit sebab ingatkan sempat explore satu hari je, tapi tak sempat. 

Sebelum tidur aku dah risau satu hal, heater tilam kat hotel Daocheng aku tak switch off! Kalau terbakar macam mana? "Ahhh.... biarlah, mungkin orang hotel tu ada kunci spare."


 DAY 6 - YADING NATURE RESERVE Day 2

Pukul 0900 kami dah tunggu bus yang sama semalam untuk naik semula ke YNR. 0920 bas sampai...

Sampai di YNR kami terus treking ke Five Color Lake dan Milk Lake. Kalau tengok kat signboard 11km tau one way, maknanya pergi balik ada sama jarak dengan half marathon dalam kesejukan ni.
Sebenarnya ada je disediakan sighseeing bus sampai Luorong Service Centre, tapi kami pilih untuk berjalan. Saja jalan kaki, kata hiker...................

OK, untuk 5km pertama cuaca sedap, walaupun sejuk tapi aku masih boleh layan ambil gambar, buat stories apa bagai. Line phone pun kat YNR ni steady je kat semua tempat. Bila dah masuk bridle path, trek makin pacak angin makin kuat. Seumur hidup aku tu lah angin paling kuat kau pernah rasa, badan aku boleh berganjak ke belakang kena tolak dengan angin, muka seolah-olah kena tampar dengan cikgu disiplin. Sering kali aku jalan mengundur sebab nak elak angin kena muka. Azri dah biasa, dia dah jauh di depan, aku kat belakang ni azab.............. hmmmm

Perlahan-lahan berjalan akhirnya aku sampai Five Color Lake, aku dah kurang tertarik, sama je beku juga ketinggian tasik ni pun dalam 4300mdpl. Aku sampai sorang, Azri aku nampak sayup-sayup macam kuman kat trek atas sana. Trek memang open habis bila dah sampai atas-atas ni,pokok tak ada langsung. Sebab tu lah angin menghempas pulas pukul aku. Aku ambil gambar sekeping dua terus gerak ke Milk Lake. 

Trek agak pacak nak naik ke Milk Lake,  pacak memanjang dan tak pangok sangat. Makin tinggi, angin makin kuat. Perlahan-lahan aku jalan sampai juga Milk Lake, tak best kat atas ni angin kuat sangat suhu pun tahap beku kat atas ni. Milk Lake pada ketinggian 4500mdpl kalau pergi masa macam ni memang tak enjoy, view lawa tapi keadaan tu menyeksakan bagi aku.

0900 tunggu bas















Dalam pukul 1445 sampai kat Milk lake, makan biskut, minum air sekejap terus patah patah balik sampai Lauorong Service Centre kami ambil sighseeing bus 50 yuan. Lega boleh rehat dalam bus tak payah berjalan sampai information centre tu. Sampai information centre terus naik shuttle bus untuk turun ke Shangri-la Town dan pulang semula ke Daocheng naik taxi. Tamat sudah menjelajah tanah YADING NATURE RESERVE. Kalau ada peluang aku akan pergi lagi tapi bukan musim sejuk.

Bersambung.....
Hari ketujuh kami menuju ke Yunnan untuk pendakian Haba Snow Mountain



Nota kaki :
Situasi semasa penularan jangkitan #COVID19 di Malaysia 26 April.
1. 100 pesakit telah pulih dan discaj atau dua kali ganda dari kes baharu.
2.  Kadar kesembuhan 66.8% antara tertinggi di dunia.
3. 38 kes baru
4. Tiada kematian dlm tempoh 24  jam.

Syukuuurrrrrr
 

No comments:

Post a Comment