Friday, January 31, 2020

JAPAN EPISODE 7 : KAMIKOCHI

Sedar tak sedar dah hari ke-10 aku berada di bumi Japan. Bangun pagi agak liat sikit, kawasan perkhemahan lebih aman, macam camping atas padang dan ramai orang.

OK! Hari ini sebelum balik ke Matsumoto kam akan explore all around Kamikochi. 2 hari sebelum ini kami sampai sini dan terus mendaki, memang tak sempat nak explore semua kawasan Kamikochi masa tu.

Kamikochi ini bukak untuk orang awam dari April sampai November sahaja. Time winter tutup.

sumber : http://www.kamikochi.org/plan/trekking


Hari ini, sebelum balik kami habiskan masa explore dari Tokusawa sampai ke Kamikochi Bus Terminal. Kamikochi ni macam hutan simpan yang terjaga. Sungai jernih, trail cantik dan well maintained. Sesuai untuk semua golongan kalau nak explore dari terminal bus tu hingga ke Tokusawa. Bila dah sampai Yokoo trek dah start pacak untuk naik ke gunung...

Myojin Bridge





Myojin Bridge kalau dari terminal bus makan masa 1 jam - 2 jam berjalan dan dalam 200 meter dari jambatan ni ada Myojin pond, tapi nak masuk ada fee. Kami tak masuk sebab tengok gambar kat IG Myojin pond masa summer ni macam biasa-biasa je. Kalau musim bunga lagi cantik. So, datanglah masa musim luruh.



Nature trail, sangat cantik dan terjaga. Sesuai untuk semua.

Kappa Bridge
Kappa Bridge, antara tempat tumpuan pelancong yang utama sebab tempat ni dekat, dan permandangan yang sangat cantik serta air sungai Azusa yang jernih. Lebar jambatan 3.1m dan panjang 36.6m menyeberangi Sungai Azusa. Dari sini kami dapat lihat beberapa gunung dari Kita Alps. Suka aku nak ingatkan Kamikochi ni tutup pada untuk pelancong November hingga akhir April (winter season). Pada musim panas, kawasan ini sangat meriah. Ramai sangat orang kawasan Kappa Bridge ni. Kemudahan semua serba lengkap dari hotel,tandas, kedai cenderahati, dan information centre.

Kappa Bridge





Sangat seronok. sangat cantik. Nature view kalau treking dari Kappa Bridge sampai ke Myojin Bridge sangat cantik. Penuh galery phone dengan gambar cantik. Kalau jenis yang tak mendaki gunung tapi suka nature, di sini adalah tempat terbaik. Ambik hotel di Kamikochi dan enjoy the trek.

Hampir 3 jam kami explore dari Tokusawa hingga ke Kappa Bridge kemudian kami naik bas pada jam 1240 menuju ke Shinshima then ambil train menuju ke Matsumoto. Dalam pukul 2 petang kami tiba di Station Matsumoto, ambil beg yang ditinggalkan di backpackers hostel kemudian pukul 4 petang kami naik train menuju ke Tokyo, 4 - 5 jam jugaklah baru sampai Tokyo di Asakusa Station. Saja aku nak bagitahu, sampah dari gunung masa hiking aku bawa sampai ke Tokyo sebab apa? sebab susah nak jumpa tong sampah kat Japan ni. Pikul lah aku sampah tu dalam beg. 

Tiket bas dari Kamikochi - Shinshima
 

Kami tiba di Asakusa Station, Tokyo dalam jam 2030, penat, lapar, tak mandi pula tu, dah la semua tak dapat proper lunch siang tadi. Dalam train kami plan nak makan nasi kebab, sebab tu stop kat Asakusa, Azri bawa lah kami semua ke kedai nasi kebab made in Turkey. Owner nasi kebab tu pandai cakap melayu beb. Terkejut aku. Aku agaklah semua orang Malaysia yang datang Tokyo ni semua pernah makan sini. Halal dan sedap. Setel makan,kami pun check in hotel. Esok kami plan akan jalan-jalan dan shopping di Tokyo.



No comments:

Post a Comment