Tuesday, December 31, 2019

JAPAN EPISODE 5 : KAMIKOCHI TO HOTAKA SANSO

SELASA, 6 AUGUST 2019



Hari ke-7 di bumi Japan. Hari ni misi untuk sampai ke camp site terdekat sebelum menawan Oku-Hotakadake keesokan harinya nanti. Banyak pilihan camp site sepanjang jalur pendakian. Bergantung pada masa dan kos masing-masing. Summer merupakan musim mendaki di Japan.


Kami makan nasi goreng untuk sarapan pagi tu, terus treking menyusuri keindahan Kamikochi, trek agak landai dalam 2-3 jam pertama. Kiri kanan ada kolam yg jernih dan bersih. Jadi untuk 2 - 3 jam pertama banyak lalu tepi sungai. Jadi, untuk hari pertama inilah laluan setiap CP yang kami telah sampai :

Kamikouchi - Myojin - Tokusawa - Yokoo - Hondani-bashi - Karasawa - Hotaka-dake sanso


Thursday, October 17, 2019

BUKIT KUTU. KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN TECHNOLOGY PARK MALAYSIA (KSK TPM)


Anjuram Kelab Sukan Dan Kebajikan TPM (KSK) (2019-2020).

Telah menjadi aktiviti bermusim bagi KSK beridah mendaki gunung sejak dimulakan oleh AJK pada musim 2017-2018. Aktiviti yang pertama ialah mendaki Gunung Datuk pada awal 2018. Kemudian dituruti dengan mendaki Gunung Angsi dan Gunung Gap & Ulu Semankuk.

Bagi tahun ini Bukit Kutu menjadi pilihan mereka. I am not in the AJK this season, tapi ditugaskan dan dimnta tolong oleh Agus (AJK) untuk bawa mereka ke sana. My first time sampai di Bukit Kutu ada dalam penulisan sebelum ini BUKIT KUTU & GAP ULU SEMANGKUK .

Bertolak dari TPM menaiki bus seawal 0730 (awal ke?), sampai di parking KKB lebih kurang jam 0830. Breakfast dan makan tengah hari dah siap semua letak dalam bus. Bagi melancarkan perjalanan, kami breakfast dalam bus, tapi kurang lancar juga ada yang dah sampi KKB baru nak breakfast.

Kami semua menerima sehelai baju hijau PAS. design agak sempoi. Kalau orang nampak mesti akan cakap dalam hati "Eleh pergi Kutu pun nak buat baju bagai". hmm itu tanda orang dengki sebenarnya.



Wednesday, October 16, 2019

Gunung Yong Yap via Gepeh Hilir, Kuala Mu





YY Gepeh Hilir, Kuala Mu 28/9/2019 Day 1 1030 Start Gepeh Hilir (0km, 710m dpl) 1130 Pintu Rimba 3km 1430 Kem Sg Cinak campsite (10km, 1100m dpl) 29/9/2019 Day 2 0330 Gerak 0630 Yong Yap (14km,2168m dpl) 0830 Gerak 1000 Kem Sg Cinak 1300 Gerak 1500 Pintu Rimba (25.9km) 1600 Gepeh Hilir (29.09km)

Tuesday, October 15, 2019

GUNUNG YONG YAP via GEPEH HILIR, KUALA MU




Salah satu trek untuk mendaki Gunung Yong Yap selain melalui Sg Rengil di Lojing ialah melalui Gepeh Hilir, Kuala Mu di Sg Siput Perak.

Meeting point para pendaki ialah di Masjid Kg Bawong, di sebealh masjid ni ada kedai makan untuk pendaki sarapan pagi dan tapau untuk lunch. Kuih karipap dia sedap! satu 40 sen. Aku beli 4 ketul makan masa on trek.

Trip kami kali ini sebenarnya permintaan dari Zahrin, teringin nak naik Yong Yap. Jadi, Zahrin request lah pada Hamdan atau Amy kalau tak silap. Kemudian Amy ajak aku, aku ajak Azri dan Raja. Akhirnya lepas tumbuk sepak terajang dapatlah 9 line up.

Hamdan (gogo), Zahrin, Ted, Chimoy (chef), Azri, Ben, Raja, dan Ayat Koya


Amy yang ajak aku tak dapat pergi, ada lah sebab tu. Cian Amy

Kami berkumpul di Masjid Bawong, masjid ni mesra pendaki, selain nak naik Yong Yap, pendaki yang datang sini buat persiapan untuk mendaki GBB dan Berekeh. CUS jugak kot. hmmm diorang keluar sini dari POS kemar.

Pukul 0800 kami berkonvoi 3 kereta menuju ke Gepeh Hilir dan tiba pada jam 1000 lebih kurang. Jarak dalam 30km - 35km, jalan cantik tarmac. Gepeh Hilir ketinggian dalam 710m dpl. Bahagi sama rata ration, dalam jam 1030 kami mula angkat kaki. Oh ye! Total dalam 4 group masuk Yong Yap Gepeh Hilir masa ni, jumlah dalam 70 orang semuanya. Muat ke kem site? ada satu je kemsite.

Wednesday, September 18, 2019

JAPAN EPISODE 4 : MATSUMOTO (松本)



ISNIN 5 AUGUST 2019
Hari ke 6 kami di bumi Japan, selepas selamat mendaki di Minami Alps, dari Kofu kami terus mabik train ke Matsumoto. Matsumoto di bawah naungan Nagano lebih kurang sejam tiga puluh minit dari Kofu jika naik train. Semua first time sampai Matsumoto, kami ke Matsumoto ini merupakan tempat persinggahan sebelum kami pergi ke Kamikochi untuk mendaki Kita Alps.

2000: Kami sampai di Station Matsumoto, terus bukak google maps search Hostel Backpackers. Tak sampai 2km dari station dan 15 minit berjalan kaki dengan muatan berat yang dipikul dan dijinjing. Serius lemau, dari Kofu lepas turun gunung tak sempat kemas apa-apa, ada yang tak mandi lagi, makan pun belum kami terus ke Matsumoto. Masa itu penting, makan dulu apa yang ada kita beli kat store buat alas perut.

Friday, September 13, 2019

JAPAN EPISODE 3. MINAMI ALPS. MT KITADAKE (北岳) - MT NAKASHIRANE - MT AINODAKE (間ノ岳) - MT MIBUDAKE


Minami Alps di bawah region Yamanashi, 2 jam naik bus dari Kofu. Tiada kenderaan persendirian dibenarkan naik sampai ke Hirogawara. Hanya public transport bus dan van boleh sampai ke Information Centre Hirogawara. This alps cover by so many mountain, one of teh famous mountain is Kitadake & Ainodake. Not like Fuji yang mainstream tu. huhu

Kami dah get ready pada malam tu sebelum tidur, barang semua dah siap packing. Nak ambik first bus pada jam 0430. Barang yang tak perlu kami tinggalkan di guest house. Nasib baik ada cover planner Quecha size 80 liter, boleh sumbat semua barang aku dan Ben dalam satu beg tu. Bawak barang untuk mendaki sahaja menuju ke Hirogawara.

Tuesday, August 27, 2019

JAPAN EPISODE 2 : SIGHTSEEING KOFU + SHOSENKYO GORGE

Day 3
Kofu ni under Yamanashi Prefecture, tempat yang dikelilingi dengan banjaran-banjaran gunung. Tenang sangat bandar Kofu ni. Tenang dan bersih. Hari ni hari Jumaat, jadi kami dah plan akan melawat ke Kofu Castle sebelum ke Masjid Kofu untuk solat Jumaat. 

Aku bangun seawal jam 0400, sebab subuh awal sebelum pukul 0400. Ingat lepas Subuh nak tengok sunrise kat luar guesthouse, lebih setengah jam tunggu sunrise tapi takda. Kecewa terus sambung tidur. Zzz. Ben je tunggu lama, lepastu dia keluar pergi 7E rasanya, lepastu nak masuk bilik tak boleh sebab pintu auto lock dari dalam. hahahaha. Tunggu la semua bangun.

Selesai sarapan pagi kat guesthouse, dalam jam 1000 kami mula berjalan menuju ke Kofu Castle. Aku ambik satu payung kat guesthouse buat peneduh masa berjalan. Panas bahang bak anggg!!


Tuesday, August 20, 2019

JAPAN EPISODE 1 KUL - NRT - UENO - ASAKUSA - SHINJUKU - KOFU

Assalamualaikum

Koniciwa!!


Day 1

7 jam dalam flight MAS sebenarnya tak adalah membosankan dan memenatkan kalau nak dibandingkan naik Air Asia. Dalam MAS ada hiburan touch screen monitor yang dipenuhi movie movie yang best, sempat lah aku layan Movie Made In India sebelum mendarat. Makan dalam MAS jangan cakap lah, kalau tak kenyang keluar dari pesawat MAS tu tak taulah nak cakap apa, aku dihidangi dengan 3 kali makan, pertama light food kacang. kedua solid food lunch, ice cream dan ketiga sebelum mendarat aku diberikan Salmon Ebiko Onigiri.

BTW trip ni kami berlima, aku fly solo, Azri memang dah standby di Japan manakala Ben, Along dan Faiz akan tiba keesokan harinya. 

Aku selamat mendarat lebih kurang pukul 1830, lalu tembok Emigresyen, ambik beg apa bagai, jam 1930 baru dapat beli tiket train ke Ueno. Agak jauh jugak dari Narita ke Ueno makan masa sejam lebih. Aku tiba di Ueno lebih kurang pukul 2100, 15 minit kemudian Azri tiba dengan membawa ayam dang daging yang dibeli di kedai India yang halal. Ayam dan daging ni untuk ration nanti masa hiking. Masa ni malam pun rasa panas kat Jepun ni, tak tau lah esok siang macam mana bahang cuaca.


Tuesday, July 23, 2019

GUNUNG YONG BELAR DAN GUNUNG 3 NEGERI YB3B

YB3B 18 MAC - 19 MAC 2017
  1. Gunung Yong belar - 2181 M
  2. Gunung Challi - 1923 M
  3. Gunung 3 Boundaries - 1805 M
  4. Gunung 6040 - 1840 M 
Ayat Koya

Aktivi pendakian YB3B ini pendaki akan menawan 4 puncak gunung yang berbeza seperti di atas. Trial head bermula di Kebun sayur Lojing (naik powil 45 minit) dan berakhir di blue valley. Trip 2 hari 1 malam sepatutnya compress trip bertukar menjadi compress santai 2 hari 1 malam sebab banyak sangat rehat. Ok, ini percubaan ke-2 aku untuk buat YB3B. Percubaan pertama kantoi tak ada permit dengan jab hutan, nasib baik kena amaran je. Kali ni percubaan ke-2 dan berjaya, aku tau trip ni dari Zu dan Zu tau trip ni dari Zami rasanya, Zami lah guide kami untuk trip ni. Trek dari Kebun ke Yong Belar macam biasalah berselut parok, masa banyak dihabiskan di Kem Kasut, kami bukak dapur dan  menggoreng keropok lekor sambil bersembang pasal Kem Gurkha. Katanya seram! Sampai puncak YB dalam jam 6.00 pm, cuaca baik, open view! yeay! sebenarnya susah nak dapat view kat YB ni, kalau nak confirm dapat view korang kena bermalam di puncak. #tipsYB.

Tuesday, July 16, 2019

BUKIT KLUANG, BESUT


Bukit Kluang (396m)
Lokasi : 2-3 km dari Kuala Besut
Tahap kesukaran : Easy giler, bolehlah buat 2 - 3 loop

Bukit Kluang terletak di Kuala Besut, nersebelahan atau sama tempat dengan Pantai Bukit Kluang. Tempat ni merupakan kawasan yang popular untuk orang beriadah, boleh hiking, boleh joging dan boleh mandi pantai. Alang-alang kalau korang pergi Pantai Bukit Kluang rugi kalau tak hiking di Bukit Kluang. Acess point kalau nak ke sini korang waze je Pantai Bukit Kluang atau Bukit Kluang.

Trip ke Bukit Kluang ni sehari selepas kami naik Gunung Sarut, turun dari Sarut kami check in homestay di Besut sebab memang dah plan nak naik Bukit Kluang.

Trail head ada 2 tempat, yang pertama dari jalan besar nak ke pantai (belok kiri) betul-betul kat tepi pantai depan kawasan orang berniaga keropok dan goreng pisang, starting dia kalau lalu trail head yang pertama agak memacak mula-mula naik tangga kemudian layan trek tanah penuh dengan akar pokok, kurang setengah jam korang akan sampai puncak. Trail head yang kedua dari jalan besar sebelum sampai pantai tu ambik simpang kanan, trail head yang ke-2 ni agak mudah, trek kurang pacak tapi panjang sikit dari trail head pertama.

Digalakkan untuk naik ke Bukit Kluang ni better sebelum matahari terbit, dapat tengok sunrise tepi laut. Sumpah lawa, lagipun kalau naik sebelum terang ni tak ramai orang. Mudahlah nak bergambar. Bila weekend dan masuk jam 8.00 pagi memang ramai lah naik Bukit Kluang ni, hari tu kami naik adalah dalam 2 bus kat atas tu, masa nak turun pula ada lagi bus student baru sampai nak naik.

Turun dari Bukit Kluang, kami singgah pula pusing-pusing di kawasan pantai, pantai kat bawah tu je. Pantai tu boleh mandi, tapi kami malas nak mandi, singgah bersia-sia dan bergambar je. Menarik minat kawasan pantai tu ialah batu batu besar yang membentuk gua, batu semulajadi dengan rekaan yang unik menjadi hotspot untuk pelancong bergambar. Jangan lupa juga, belilah keropok lekor kat kawasan situ, sedap lain macam tak sama dengan kat KL.

Monday, July 15, 2019

GUNUNG SARUT, AIR TERJUN BLUE LAGOON, LATAR PAYUNG.



Gunung Sarut. (1229m)
Lokasi : Masjid Kg Payung, Terengganu.
Difficulty : Easy je
16 MAC 2019
0800 Start, Latar Payung
0845 Blue Pool
0900 Gerak
0945 Kem Nokia
1000 Gerak
1040 Kem Bonzai
1110 Gerak
1200 View Point
1215 Puncak Sarut
1340 Gerak
1410 Kem Bonzai
1430 Kem Nokia
1510 Blue Pool
1555 Gerak
1630 End.Latar Payung

Wednesday, July 10, 2019

GUNUNG CHAMAH & ULU SEPAT CUS 3 HARI 2 MALAM

  • Gunung Chamah 2,171 m / 71,23 ft
  • Gunung Ulu Sepat 2,161 m /7,090 ft
*kepada yang tak sudi membaca kisah kami semasa di CUS ni, anda boleh skip ke bawah tengok Log dari hari pertama hingga hari ketiga*

Monday, April 1, 2019

KASHMIR EPISODE 4 : Day 3 KGL. Vishnusar to Gadsar via Kishansar lake and Gadsar Pass

Perjalanan hari ini dikatakan agak panjang dan memakan masa yang agak lama, itulah pesanan guide pada hari ini. Macam biasa breakfast jam 7:00 am dan mula bergerak pada jam 8:00 am. Guide yang bernama Mansor kata perjalanan hari ni akan makan masa lebih kurang 8 jam. Hmmm we see!

Siap packing! Beg besar bagi kat horse man, beg daypack kami pikul. Hari ke-3 confirm la tak mandi pagi, sejuk gila bak hang! Gosok gigi je! Nak berak tandas dah penuh tahi, malas nak gali! Tahan berak sampai next campsite. Trek hari ni kami akan dapat lihat tasik berkembar Vishnusar & Kishansar, sebenarnya semalam boleh je explore 2 tasik ni tapi guide kata pergi hari ni je, so semalamnya banyak habiskan masa kat Visgnusar Lake je. Tapi, tapikan guide tu bawak Kak Long, Yessa dan Ibunya pergi explore dulu semalam, diam diam diorang pergi. Cis. Mansor pilih client!

Nampak langit dah mendung. Ini tandanya....
Ok untuk bekalan air, sebelum start treking hari ni, kami refill air dari spring water kat atas campsite sikit, trek yang akan korang lalu masa hari ke 3 ni, dalam 5 minit je jalan ke atas, water point kat bawah batu.

Di awal pendakian trek agak pacak dari tepi permatang akan naik dan melistas ke permatang, macam lalu lereng bukit yang ada open view. View twin lake tu sebelah kiri. Dalam sejam ke 2 jam perjalana baru akan dapat full view twin lake Vishnusar & Kishansar. Aku Azri dan Hanif (Sweper kesayangan Azri) berada di kelompok belakang. Anas dan Abang Jay di kelompok paling depan manakala team Sabah di kelompok tengah bersama Yessa dan ibunya.

We really hope sebelum awan kabus datang biasanya pagi-pagi sebelum jam 10:00 confirm boleh dapat open view 2 tasik berkembar tu, tapi awan makin lama makin gelap dah nak mendung, pertanda yang tidak baik.

apa yang kami bayangkan (sumber India Hikers)

Friday, March 29, 2019

TRANS SEMANGKUK (BUKIT HULU SEMPAM)

Pine Tree Hill(1448m) - Twin Peak(1505m) - Gunung Semangkok(1824m) - Bukit Hulu Sempam(1320m) - Air Terjun Jeriau


Line up 13 orang👥





Wednesday, March 27, 2019

TRANS SLIM 2.0 DAYPACK

Trans Slim 2.0
2/3/2019
0307 Start (Sg Dara)
0414 Kem Lubok Antu
0422 gerak
0600 Kem 7e
0745 gerak
0842 Liang East
0905 gerak
0912 Liang West
0917 gerak
0958 Kem Duit
1040 LWP Tumang Batak
1140 gerak
1215 Tumang Batak
1245 gerak
1347 Kem Dengkur
1500 gerak
1620 Condong Geliting
1635 gerak🏃
1820 Kem Sg Durian
1845 gerak🏃
2024 River crossing🏞
2047 🔚(Loji Sg Geliting)


Trip kali ni berjaya seperti yang dirancang terutama dari segi timing, plan start jam 3am dan keluar pada jam 9pm menjadi realiti. Trek Trans Slim kekal  cantik seperti dulu, tak ada masalah dengan air sebab banyak water point, paling susah sebenarnya nak cari Kem Sg Durian, trek confuse teruk, no wonder lah team Eric dulu sampai lost puluhan jam nak cari trek ke Kem Sg Durian. Salute pada guide padu nak mati ni!