Assalamualaikum
Koniciwa!!
Day 1
Jam 1500, kami semua menaiki bus menuju ke Kofu. Kami sampai ke Kofu selepas 2 jam 30 minit duduk dalam bus. Bus parking betu-betul sebelah Takeda Shingan punya tugu. Bila sampai ada yang mencari toilet, ada yang terus bergambar, ada yang update FB dan ada yang terduduk tak tau nak buat apa. Dengan menggunakan teknologi google maps, kami terus search lokasi guest house kami yang merupakan tempat bermalam kami selama 2 malam di Kofu ni. Sonomama Guest House, di sinilah tempat berteduh kami selama berada di sini. Harga satu malam agak mahal sidikit dari Tokyo tempat bermalam aku tempoh hari. Untuk makan malam, kami cuba cari halal food kawasan terdekat tetapi agak jauh, malas nak menapak sebab masing-masing dah penat. Jadi malam tu kami masak nasi dan masak telur dada dan terung bakar serta sambal bilis segera untuk makan malam. Telur dan terung boleh dibeli di 7e berdekatan. Convenience store seperti Family Mart, 7E, Lawson dan lain lain memang senang nak jumpa sekitar Japan. Bersepah.
Koniciwa!!
Day 1
7 jam dalam flight MAS sebenarnya tak adalah membosankan dan memenatkan kalau nak dibandingkan naik Air Asia. Dalam MAS ada hiburan touch screen monitor yang dipenuhi movie movie yang best, sempat lah aku layan Movie Made In India sebelum mendarat. Makan dalam MAS jangan cakap lah, kalau tak kenyang keluar dari pesawat MAS tu tak taulah nak cakap apa, aku dihidangi dengan 3 kali makan, pertama light food kacang. kedua solid food lunch, ice cream dan ketiga sebelum mendarat aku diberikan Salmon Ebiko Onigiri.
BTW trip ni kami berlima, aku fly solo, Azri memang dah standby di Japan manakala Ben, Along dan Faiz akan tiba keesokan harinya.
Aku selamat mendarat lebih kurang pukul 1830, lalu tembok Emigresyen, ambik beg apa bagai, jam 1930 baru dapat beli tiket train ke Ueno. Agak jauh jugak dari Narita ke Ueno makan masa sejam lebih. Aku tiba di Ueno lebih kurang pukul 2100, 15 minit kemudian Azri tiba dengan membawa ayam dang daging yang dibeli di kedai India yang halal. Ayam dan daging ni untuk ration nanti masa hiking. Masa ni malam pun rasa panas kat Jepun ni, tak tau lah esok siang macam mana bahang cuaca.
Kemudian kami ambik train menuju ke Asakusa dan menapak ke hotel, dari station Asakusa tu ke hotel kami berjalan lebih kurang 10 -15 minit. Di Tokyo ni harga hotel akan lebih mahal kalau lagi dekat dengan station. Nama hostel tempat kami bermalam ialah Hostel &and, satu malam 1900 yen. Macam capsule hotel. Ok lah untuk team bujang...
Untuk makan malam kami beli nasi dan telur di 7e, panaskan nasi di pantry hostel. Telur tadi dimasak dardar serta sambal sotong segera dan sambal crunch. Setel makan malam, kami rebus ayam dan daging untuk ration hiking nanti. Hampir jam 0100 baru setel semua. Yelah, bukan kejap nak rebus ayam daging tu semua, nak tunggu sejuk kering dulu baru boleh wrap. Nak pakai 5 - 6 hari akan datang ration ni.
Day 2 Tokyo - Kofu
Lebih kurang 1000 - 1100 kami check out dari &and Hostel, punggah segala barang dan menuju ke Shinjuku dimana Ben, Along dan Faiz dah tunggu kami di sana. Malam tadi diorang tidur airport. Diorang tunggu di depan Keio Mall. Aku dan Azri tiba di stesen train Shinjuku selepas kurang sejam perjalanan dari Asakusa, aku belum pernah jumpa Along dan Faiz, Ben aku kenalah, dialah penulis blog akukahtuah, setahun 2-3 kali dia ke luar negara.

Sampai je depan Keio Mall aku terus menyapa Ben dan berdialog selamba dengan Ben "pisang!!" ini menandakan diorang bosan dan penat menunggu aku dan Azri tiba, mana tak nya diorang bertiga ni dari 0930 dah sampai, aku dan Azri 1130 baru cek out hotel. Selepas aku menyapa Ben aku terlihat seorang lelaki sedang tidur duduk bersandarkan tiang dikelilingi beg beg yang besar, "Along Along bangun" Azri mengejut. Ok itu Along. Tapi aku belum nampak kelibat Faiz, di mana Faiz? Kurang 5 minit Faiz pun tiba, katanya dia dari tandas serta mencari WiFi percuma sekitar station. Ok ngam! Line up dah cukup 5 orang. Btw, Along dan Faiz ni anak buah Azri, sengaja Azri ajak buat peneman, adalah sikit hiburan dan pertolongan lagi pun Along dan Faiz dah lebih 2 kali sampai Japan. Aku dan Ben baru pertama kali ni.
Jam pun hampir pukul 1400, waktu untuk lunch sepatutnya, kami juga perlu segera cari bus ke Kofu petang ni juga. Jadi kami merancang semua akan ke Station Bus Shinjuku dahulu, tiba kami di station bus Shinjuku, Azri terus membeli 5 tiket bus ke Kofu menggunakan khidmat dalam talian, padahal boleh je walk in beli, tapi saja beli dalam talian. Selesai beli tiket bus, Faiz ditugaskan menjaga beg kenakalan aku, Azri, Ben dan Along pergi beli gas dan lunch. Kami membeli 3 gas di kedai outdoor artsport untuk kegunaan masa camping nanti, untuk lunch kami makan Soba dan Nasi with Tampura. That was my first Japan meal in Japan. Not bad at all. Sedap! Harga 650yen kalau tak silap. Kami ber 4 makan di kedai dan bungkus satu untuk Faiz yang sedang menjaga beg di station.
Shinjuku bus station |
Soba & Tempura with rice, order pakai vending machine, dapat kertas dari vending machine tu baru bagi kat staff |
Soba and Tempura |
Jam 1500, kami semua menaiki bus menuju ke Kofu. Kami sampai ke Kofu selepas 2 jam 30 minit duduk dalam bus. Bus parking betu-betul sebelah Takeda Shingan punya tugu. Bila sampai ada yang mencari toilet, ada yang terus bergambar, ada yang update FB dan ada yang terduduk tak tau nak buat apa. Dengan menggunakan teknologi google maps, kami terus search lokasi guest house kami yang merupakan tempat bermalam kami selama 2 malam di Kofu ni. Sonomama Guest House, di sinilah tempat berteduh kami selama berada di sini. Harga satu malam agak mahal sidikit dari Tokyo tempat bermalam aku tempoh hari. Untuk makan malam, kami cuba cari halal food kawasan terdekat tetapi agak jauh, malas nak menapak sebab masing-masing dah penat. Jadi malam tu kami masak nasi dan masak telur dada dan terung bakar serta sambal bilis segera untuk makan malam. Telur dan terung boleh dibeli di 7e berdekatan. Convenience store seperti Family Mart, 7E, Lawson dan lain lain memang senang nak jumpa sekitar Japan. Bersepah.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
ReplyDelete