Thursday, October 17, 2019

BUKIT KUTU. KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN TECHNOLOGY PARK MALAYSIA (KSK TPM)


Anjuram Kelab Sukan Dan Kebajikan TPM (KSK) (2019-2020).

Telah menjadi aktiviti bermusim bagi KSK beridah mendaki gunung sejak dimulakan oleh AJK pada musim 2017-2018. Aktiviti yang pertama ialah mendaki Gunung Datuk pada awal 2018. Kemudian dituruti dengan mendaki Gunung Angsi dan Gunung Gap & Ulu Semankuk.

Bagi tahun ini Bukit Kutu menjadi pilihan mereka. I am not in the AJK this season, tapi ditugaskan dan dimnta tolong oleh Agus (AJK) untuk bawa mereka ke sana. My first time sampai di Bukit Kutu ada dalam penulisan sebelum ini BUKIT KUTU & GAP ULU SEMANGKUK .

Bertolak dari TPM menaiki bus seawal 0730 (awal ke?), sampai di parking KKB lebih kurang jam 0830. Breakfast dan makan tengah hari dah siap semua letak dalam bus. Bagi melancarkan perjalanan, kami breakfast dalam bus, tapi kurang lancar juga ada yang dah sampi KKB baru nak breakfast.

Kami semua menerima sehelai baju hijau PAS. design agak sempoi. Kalau orang nampak mesti akan cakap dalam hati "Eleh pergi Kutu pun nak buat baju bagai". hmm itu tanda orang dengki sebenarnya.




Jumlah line up kali ini agak kurang dibandingkan dengan trip sebelum ni, ramai ada hal masing-masing barangkali. Agus dapat 11 orang yang join aktiviti ni. 9 lelaki, 2 wanita. Kebetulan date kami hiking ni sehari sebelum event HSUT, banyak marker HSUT sepanjang perjalanan. Melepasi semua sungai, kelihatan line masih steady. Selepas sungai, trek akan mula pacak, yes, the elevation gain! Dalam 500m sebelum sampai Batu Tedung, Abang Ramli nampak macam dah give up. Dia decide nak patah balik. Dia sorang nak patah balik, tak boleh teruskan lagi pendakian. 

Nak paksa pun tak boleh, aku hormat keputusan dia. "Going summit is optional, going down is mandatory"  Aku buat kata putus, aku akan hantar Abang Ramli turun ke bawah at least sampai sungai, yang lain aku suruh teruskan pendakian. Aku kejar mereka kemudian. Aku lepaskan Abang Ramli sampai anak sungai kecik, aku bagi kunci bas, nanti sampai bus aku suruh dia whatapps to group kata dah selamat. Kemudian aku teruskan kejar line up kat depan, jumpa mereka tengah berehat di Batu Tedung.

Sepanjang perjalanan, hidung diancam dengan bau durian, ramai orang asli keluar masuk bawak durian. Banyak durian tepi trek ni, kami tengok kan aje. Nantilah masa turun kita bedal (kata dalam hati). 1305, kami terima text whatapps dari din beserta gambar puncak Bukit Kutu "sampai". Din orang pertama sampai puncak. Bila dah nak sampai puncak ni, aku ni mulalah gatal kaki nak laju, tapi mengenangkan tengah bawa line up ni sukarelalah aku pastikan semua selanat sampai puncak dahulu.

Sebelum whatapps Din masuk, whatapps text dari Abang Ramli kata dah sampai bas juga melegakan diri aku. Oklah dia selamat sampai parking bas. 1400 semua line up sampai puncak. Di puncak aku wajibkan semua makan, bekalan sarapan tadi pun ada aku bawak banyak nak back up orang yang tak cukup makanan. Aku terkilan sikit sebab mereka bawak air sikit sangat, selalu berlaku masa mendaki, team TPM ni malas bawa air lebih, air tu penting guys masa mendaki. Lepas ni aku suruh diorang minum air sungai, biar lantak. hahaha.

Tahniah Abang Ramli




Atok

AA (AHMAD & AMER)

From top of Bukit Kutu, the dam view
Perjalanan untuk turun agak lancar walaupun agak perlahan, yang boleh laju aku suruh pergi turun dulu, biar aku setelkan yang belakang. Kak Zana dan Juriah agak perlahan, dua -dua mengadu sakit lutut masa turun. Takpa perlahan-lahan pun sampai juga, jangan terus tak boleh jalan, selagi boleh bergerak kita gerak. Sebelum sampai sungai, kami sempat makan durian tepi trek bila dapay keizinan dari orang asli, orang asli kata ni durian hutan rasa macam durian kampung bila makan. Kak Zana siap beli durian dari dia, tapi yang tukang bawak aku & dan ada sorang budak intern tu. Nasib baik deuter tahan lasak! 

lebih kurang 1730 sebelum jam 1800, semua selamat sampai parking bus. Makan nasi depan bas baru bergerak pulang ke TPM. Alhamdulillah semua selamat. Sampai TPM sempat sebelum isyak dan semua bersurai. 

See u next adventure TPM!




No comments:

Post a Comment