Day 3
Kofu ni under Yamanashi Prefecture, tempat yang dikelilingi dengan banjaran-banjaran gunung. Tenang sangat bandar Kofu ni. Tenang dan bersih. Hari ni hari Jumaat, jadi kami dah plan akan melawat ke Kofu Castle sebelum ke Masjid Kofu untuk solat Jumaat.
Aku bangun seawal jam 0400, sebab subuh awal sebelum pukul 0400. Ingat lepas Subuh nak tengok sunrise kat luar guesthouse, lebih setengah jam tunggu sunrise tapi takda. Kecewa terus sambung tidur. Zzz. Ben je tunggu lama, lepastu dia keluar pergi 7E rasanya, lepastu nak masuk bilik tak boleh sebab pintu auto lock dari dalam. hahahaha. Tunggu la semua bangun.
Selesai sarapan pagi kat guesthouse, dalam jam 1000 kami mula berjalan menuju ke Kofu Castle. Aku ambik satu payung kat guesthouse buat peneduh masa berjalan. Panas bahang bak anggg!!
Dekat pintu masuk ada volunteer yang wiling nak jadi tour guide without tips. Dia akan explain pasal istana kawasan istana kofu ni. Ramai actually orang Jepun volunteer jadi tour guide kat istana ni. Ok! Berdasarkan apa yang tour guide cerita, sebenarnya istana asal kofu ni dah lama dimusnahkan, telah menjadi kontroversi ramai yang beranggapan istana ni tak pernah wujud. Tujuan istana dimusnahkan sebab nak diambil batu yang mungkin amat berharga pada ketika dulu. Lebih kurang macam tu lah cerita dia. Orang Jepun yang volunteer ni cerita lagi dia pernah keje kat kilang aircond kereta di Johor.
Lebih kurang sejam kami melawat sekitar istana, kami mula menapak menuju ke Masjid Kofu. Kalau tengok maps dalam 2km dari istana. Sampai Masjid Kofu, terlihat ramai jemaah dari Pakistan dalam masjid serta 3 orang warga Indonesia. Khutbah di sampaikan dalam bahasa arab dan hanya mengambil masa kurang 10 minit berkhutbah. Mungkin buat yang wajib je agaknya. Selesai solat jumaat, kami sempat berbual dengan warga Indonesia yang bekerja di Kofu, katanya bekerja di hospital. Kami bertanyakan halal food di Kofu, balasnya kedai makan yang halal di sekitar Kofu ni agak jauh untuk berjalan kaki lebih kurang 10-15 km dari tempat kami menginap. Kalau naik kereta mungkin munasabah lagi.
MASJID KOFU
Shosenkyo Gorge
Mitake Shosenkyo (御嶽昇仙峡, Mitake Shōsenkyō), just north of central Kofu, is one of Japan's most beautiful gorges. It is part of the Chichibu Tama Kai National Park, which covers more than 1250 square kilometers of forested mountains, valleys and some rural towns in the prefectures of Yamanashi, Saitama, Nagano and Tokyo - japanguide.com
Pada mulanya selepas solat Jumaat kami tak ada plan apa-apa, just pergi je mana-mana tempat menarik sekitar Kofu. Main terjah je. Nampak macam bandar Kofu ni macam hambar atau kami tak tahu nak ke mana. Lantas kami pergi ke Information Centre di sebelah station bus. Pada mulanya nak cari info pasal perjalanan ke Hirogawara keesokan harinya, dah dapat info untuk esok kami pun terus tanya any place to close to nature here, pekerja information centre terus bagi pamplet Shosenkyo Gorge, serius aku cakap, Japan people is very helpful, sungguh-sungguh diorang explain, nampak dari riak muka masing-masing.
Bila dah cukup info, Azri pun berpakat dan bercadang bersama kami semua macam ni....
Kami akan naik bus menuju ke Shosenkyo, kemudian akan berjalan kaki (patah balik) ikut trail tepi sungai sampai ke jambatan Nagatoro. Kemudian dari Nagatoro tu kami akan ambik bus menuju semula ke Kofu.
Dari Kofu menuju ke Shosenkyo mengambil masa dalam sejam. Jalan bus menuju ke Shosenkyo agak menaik sikit macam naik Fraser Hill. Cuaca di luar hujan lebat, plan nak treking balik jalan kaki macam mana ni? hmmm. Pada puku 1545 kami tiba di Shosenkyo, turun bus terus cari tandas, hujan gerimis je masa ni. Alhamdulillah, boleh lah treking turun ke Nagatoro Bridge tanpa basah kuyup. Dari tempat drop bus kami melintas jambatan menuju ke hiking road yang disediakan, trek dia sebelah menyebelah je dengan jalan raya tempat laluan bus dan kereta, sebelah hiking road tu pula ada sungai.
Dalam 5 minit treking, kami tiba di Senga Waterfall, bila tengok gambar kat Google bukan main cantik lagi dengan pokok color color, tapi depan mata biasa je, air pun maca air teh. Mungkin cantik masa musim bunga. CONFIRM!
Actually hiking road dia menurun sebab kita dah menaik masa naik bus sampai ke Shosenkyo Taki Ue tu. Trek dari tempat kami turun bus sampai ke Nagatoro Bridge dalam 5km sahaja. 5km downhill, best tak penat sangat dengan kiri kanan ada view sungai dan bukit berbatu kiri kanan. Sila perhatikan kat map atas tu, hiking road tu betul betul sebelah jalan raya laluan bas kereta. So, kiranya kami berpatah balik lah guna jalan sebelah.
Sepanjang road ni ada kedai jual souvenir macam batu batu jed, aku tak tau batu apa tu, tapi cantik lah diorang ukir, macam-macam size, dari kecil hingga besar.
Sepanjang road ni ada kedai jual souvenir macam batu batu jed, aku tak tau batu apa tu, tapi cantik lah diorang ukir, macam-macam size, dari kecil hingga besar.
Senga Waterfall |
Sungai di tepi laluan |
Hiking road. |
Batu ni menarik, lebih menarik lagi di celah celah batu ni orang selit syiling yen |
Bus stop |
Depan bus stop ada ladang anggur |
No comments:
Post a Comment