Wednesday, September 18, 2019

JAPAN EPISODE 4 : MATSUMOTO (松本)



ISNIN 5 AUGUST 2019
Hari ke 6 kami di bumi Japan, selepas selamat mendaki di Minami Alps, dari Kofu kami terus mabik train ke Matsumoto. Matsumoto di bawah naungan Nagano lebih kurang sejam tiga puluh minit dari Kofu jika naik train. Semua first time sampai Matsumoto, kami ke Matsumoto ini merupakan tempat persinggahan sebelum kami pergi ke Kamikochi untuk mendaki Kita Alps.

2000: Kami sampai di Station Matsumoto, terus bukak google maps search Hostel Backpackers. Tak sampai 2km dari station dan 15 minit berjalan kaki dengan muatan berat yang dipikul dan dijinjing. Serius lemau, dari Kofu lepas turun gunung tak sempat kemas apa-apa, ada yang tak mandi lagi, makan pun belum kami terus ke Matsumoto. Masa itu penting, makan dulu apa yang ada kita beli kat store buat alas perut.




Backpackers hostel. sebuah rumah 2 tingkat dijadikan hostel dengan sistem sharing room & bathroom, macam duduk satu rumah lah senang cerita. Malam tersebut dapatlah buat pengurusan diri serba sikit, charge camera, phone, powerbank, pergi dobi basuh baju dan buang sampah. Dari Hirogawara aku bawak sampah masa hiking kat Minami Alps sebab tak jumpa tong sampah sejak perjalana dari Kofu ke Matsumoto, sampai hostel baru buang sampah, itupun aku kena asingkan sampah ikut jenis. Untuk makan malam, kami malas nak pergi cari kedai halal, aku masak nasi dengan ration yang ada, sedap jugak ada sambal bilis segera, serunding, sambal sotong tapi sayur je tak ada.


Feeling macam bilik Nobita dalam cerita Doraemon


BackPackers Hostel, book from booking.com



SELASA 6 AUGUTS 2019
Misi hari ni kami akan jalan-jalan sekitar Matsumoto, nak pergi Matsumoto Castle sebelum pergi menuju ke Kamikochi.

Morning glory, selepas 2 malam tidur atas gunung akhirnya terbuai mimpi indah tidur atas tilam. Musim panas kat Japan is ni jokes, dia punya panas bahang lagi teruk dari Malaysia. Masa atas gunung sejuk sangat, bila kat bawah panas sangat. Matsumoto ni bandar yang tenang macam kat Kofu juga. Biasa kalau orang nak ke Kamikochi better bermalam di sini dulu jalan-jalan.

Jarak dari hostel kami ke Mtsumoto Castle dalam 1km dan 15 minit berjalan kaki. Kami melawat istana Matusmoto  sekitar jam 1100 - 1300, gila tak? tengah tengah panas pergi kawasan macam ni? Istana ni rare sikit sebab dia warna hitam, aku rasa ada satu je dalam Japan. Kami tak masukpun dalam istana tu, sebab fee agak tinggi dan satu lagi macam tak best je, tapi castle dia memang cantik. Dengan pantulan dari tasik keliling castle ni boleh dapat gambar yang amat cantik.  Dalam tasik banyak ikan. Aku perasan mostly castle kat Japan mesti dibina di tengah-tengah tasik. Mungkin untuk bertahan dari musuh jika diserang.


Matsumto Castle Nagano Prefacture


Istana tercantik di Japan, bukan di bina semula.


Selesai main panas sekitar istana, ambil gambar dari segenap sudut. Kami pun lapar.Bila lapar kena cari makan. Masa ni kami rajin google cari restoran halal di Matsumto. Kami makan di Indian Restaurant, Doon Shokudo Indoyama. Jarak dari Matsumoto Castle dalam 1km dan 15 minit berjalan. Kami makan nasi dan kari ayam + capati. Sangat sedap, lain rasa kalau nak bandingkan dengan mamak kat Malaysia. Kos dalam 500 - 800 yen.

Doon Shokudo Indoyama




Indian food


Selesai makan tengah hari, dalam perjalanan pulang ke hostel kami singgah ada satu shrine di sekitar street Matsumoto, besar jugak shrine tu, ye lah Japan kan terkenal dengan kepercayaan macam ni, lepastu aku, Ben dan Along decide nak pergi kedai outdoor. Azri dan Faiz terus balik hostel. Petang ni kami akan berangkat pergi ke Kamikochi, akan naik train petang. Sampai kedai outdoor bukan ada barang penting pun nak kena cari, saja nak tengok apa yang ada. Kedai outdoor kat Matsumoto bila kami masuk macam lebih to ski, owner dia pun memang suka main ski. Sempat berbual dengan owner kedai, siap tunjuk gambar dia main ski tengah salji. 



Bunrin

Kami pulang semula ke hostel dan packing untuk ke gunung seterusnya di Kita Alps. Untuk ke Kita Alps dari Matsumoto kami akan menaiki train ke Shinshima-shima kemudian akan menaiki bus menuju ke Kamikochi. Dal 3 jam jarak perjalanan semua sekali. Dengan menggunakan satu tiket masa beli di Station Matsumoto dan merupakan waktu terakhir untuk public transport bergerak ke Kamikochi. Malam tak ada. 

Kami sampai di Kamikochi sebelum maghrib dalam jam 1815, semua information centre dah tutup. Lucky us! Ada seorang staff lagi belum balik. Kami diarahkan untuk isi borang sebelum masuk ke Kamikochi untuk mendaki. Kami tak dibekalkan dengan maps, sebab kena beli maps tu. Nak jimat kami capture gambar by phone sahaja. Kami juga di beri ingatan di sini kawasan aktif beruang, perlu pakai loceng bagi menakutkan beruang. That's why la ramai Japan hiker gantung loceng kat beg mereka, itu cara nak menakutkan beruang lah tu.

Dari information centre, kami berjalan lebih kurang setengah jam untuk sampai ke Kem Site Kanshidaira Camground. Set up kem site sebelah sungai dan berdepan dengan tempat masak, tapi tempat masak tu boleh guna sampai pukul 2100 sahaja. Lepas jam 2100 lampu akan tertutup secara automatik.


 
Bersambung...





No comments:

Post a Comment