Friday, September 13, 2019

JAPAN EPISODE 3. MINAMI ALPS. MT KITADAKE (北岳) - MT NAKASHIRANE - MT AINODAKE (間ノ岳) - MT MIBUDAKE


Minami Alps di bawah region Yamanashi, 2 jam naik bus dari Kofu. Tiada kenderaan persendirian dibenarkan naik sampai ke Hirogawara. Hanya public transport bus dan van boleh sampai ke Information Centre Hirogawara. This alps cover by so many mountain, one of teh famous mountain is Kitadake & Ainodake. Not like Fuji yang mainstream tu. huhu

Kami dah get ready pada malam tu sebelum tidur, barang semua dah siap packing. Nak ambik first bus pada jam 0430. Barang yang tak perlu kami tinggalkan di guest house. Nasib baik ada cover planner Quecha size 80 liter, boleh sumbat semua barang aku dan Ben dalam satu beg tu. Bawak barang untuk mendaki sahaja menuju ke Hirogawara.



SABTU, 3 AUGUST 2019
Jam 0410 kami semua mula menapak menuju ke Station Bus Kofu, sampai station aku lihat ramai pendaki menunggu bus, jelas pada jam ini semua pendaki ni akan naik bus  menuju ke Hirogawara. Perjalanan dari Kofu ke Hirogawara makan masa selama 2 jam, lebih kurang 0635 kami sampai di Hirogawara. Sedikit persediaan perlu dilakukan sebelum mula mendaki. Pendaki perlu isi borang seperti nama, kumpulan darah, alamat, dan color baju yang dipakai pada ketika itu. Lebih kurang macam report polis sebelum nak hiking. Tiada bayaran dikenakan, permit free, tiket masuk hutan simpan free dan tiada guide tiada lah bayaran. Selepas mendaftar, kami dibekalkan dengan peta Minami Alps. Peta yang disediakan amat membantu kami.

Bergambar depan Informtaion Centre Hirogawara selepas selesai isi borang mendaki, bus stop depan ni je.

Jam 0800 kami mula mendaki, ketinggian di sini ialah 1502m dpl, cuaca sejuk kat sini walaupun sekarang di Japan ni musim panas. Kami akan menuju ke 3000dpl bermula dari sini dan merupakan tapak camp site kami selama 2 malam seterusnya. Baru 10 - 15 minit jalan, aku dah mula excited dengan permandangan dari sini. Tengok phone, line sim card yang aku beli sempena di Jepun ni masih 4G. Sempat upload satu gambar di IG dan FB untuk tatapan umum di socmed. Sambil-sambil tu up caption minta doakan selamat pergi dan balik. 




Cabaran awal, melalui jambatan gantung. 100 - 200 meter dari Information Centre


Selepas jambatan gantung ni kami akan lalui satu kem site. Kalau kat sini sini setiap kem site dia sangat besar, aku rasa lebih enak kalau aku gelarkan hut atau launge. Hut di sini menyediakan pelbagai kemudahan, macam hotel dalam hutan. Boleh bermalam dalam hut siap pakej dengan makanan lagi. Setiap 4-5 jam perjalanan ada hut, serius selesa dalam hut tu, bila tengah kesejukan kau boleh hangatkanbadan dalam hut, ada toilet, disediakan sleeping bed dan sleeping pad. Bila nak bermalam dalam hut, load boleh dikurangkan, ration boleh kurangkan, sleeping bag tak payah bawak, bawa beg 30 liter dah cukup.

Minami alps ni terlalu banyak gunung boleh didaki, macam Banjaran Titiwangsa lah senang cerita. Boleh buat trans, boleh return trek, masuk tempat lain keluar tempat lain. Kemudahan untuk mendaki di Minami Alps ni sangat bagus dari segi trek yang mesra pendaki. Ada signboard siap tulis jarak dan tempoh masa perjalanan dan kemudahan hut setiap 10 km pendakian. Tapi perancangan yang teliti perlu dibuat dari anggaran masa dan jadual perjalanan dengan betul. 

Ok, masuk balik cerita semasa kami mendaki, selepas semua selamat menyeberangi jambatan gantung, Along dan Faiz semakin ke depan manakala kami bertiga di belakang masih sibuk bergambar. Azri nak reccee first hut/kemsite yang pertama tu, agak makan masa sikit bila nak recee nak collect info dari segi gambar dan maklumat penting. Dalam pada masa yang sama, Along dan Faiz makin jauh meninggalkan kami, Azri menyahut nama mereka, tapi tiada jawapan. Risau kalau dia ikut jalan lain, sebab tengok depan ni ada banyak cabang. Azri terus call tapi tak dapat, hantar whatsapp but not delivered. Seingat Azri mereka berdua ada beli simcard tapi mungking belum diaktifkan lagi. Azri makin resah, aku dan Ben cuba menenangkan keadaan. 

Ok, aku decide nak kejar mereka berdua. Lepas setengah jam aku akan report kat Azri dengan Ben by phone, sebab kat sini line masih kuat, 4G. Aku pun mula melangkah laju, shit, trek pacak dengan load hampir 15kg aku pikul ni. Lepas 10 minit ada simpang Y, aku bukak maps terus cari aku kat mana sekarang dalam maps, aku keliru. 😕 Aku terus bertanya kepada hiker Japan on trek, arghhh susah diorang tak faham English. Aku terus cakap Kitadake, ada sorang tunjuk kiri sorang tunjuk kanan. Aku bukak maps semula, ngam! Trek lain tapi akan menuju lokasi yang sama. Maknanya dua dua jalan ni boleh pakai. Ok, aku ambik kiri. Tak lama lepas tu Ben pun sampai, dia follow aku ikut kiri juga. Azri masih kat belakang sedang cuba call anak buah dia dua orang tu dengan nada marah. hahahahahaha!

Jadi, ada banyak trek nak naik Kitadake ni jadi silalah pilih jalan yang betul. Azri text kata nak meet up kat Shirane Hut. Sebenarnya kami ber-5 dah terpecah kepada 3. Along & Faiz, Aku & Ben manakala Azri sorang. Aku dan Ben sampai di Futumata lebih kurang jam 1110. Futumata ni port best kalau nak lunch, tandas pun ada disediakan kat sini, macam tandas toi-toi. 


Futumata

Futumata
Sebenarnya dari Futumata boleh terus je naik ke Kitadake Senso (camp site), lagi dekat, tapi sebab dah janji dengan Azri nak meet up dekat Shirane Hut so aku dan Ben terpaksa masuk simpang ke Shirane Hut, trek macampatah balik sikit. Sikit je tak banyak, landai je pun dalam 20 minit je dari Futumata. 

5 minit sebelum pukul 1200,aku dan Ben sampai Shiraneoike Hut, di sini macam guest house dalam hutan, ada kedai, ada tempat menginap, tandas dan banyak lagi. You should try ice cream vanilaa dia, sedap! Sini juga ada campsite untuk pacak khemah, cuaca jam 1200 kat sini walaupun panas terik tapi bila angin tiup tu sejuk jugak lah. Btw, kat sini pun kami tak nampak kelibat Along dan Faiz. Setengah jam kemudian Azri pun tiba. Makan dan rest kat situ, jam 1300 kami gerak dari situ.


Shiraneoike Hut


The Shiraneoike Pond

From the Shiraneoike the trail split again, lalu Futumata atau lalu Okabasawa. Kami pilih untuk lalu trail Okabasawa, mungkin nanti masa balik akan ikut trail lain. Dari Shiraneoike ke Okabasawa the trail is really taugh guys! Pack nak mati, dah lah tengah panas terik, aku rasa pacak dalam 70-80 darjah jugak lah. Menyesal pun ada lalu trail ni. Lepas 2 jam pacak,kami melaui jalan gravel sikit, pokok-pokok besar masih banyak danbanyak bunga mekar di tepi-tepi trek. Masa ni cuaca dah gelap macam nak ribut pun ada, guruh kedengaran. 








Lebih kurang jam 1600 kami tiba ke dstinasi kami pada hari tersebut, Kita-dake-Kata-no-koya Hut.
Terlihat Faiz dan Along melambai-lambai gembira kepada kami, ok kami lega mereka selamat tak hilang ke mana. Azri dari marah terus tak jadi marah sebab kepenatan. Along dan Faiz dan pacak khemah awal- awal. Jadi kami yang lain pacak khemah berdekatan dengan mereka. Walaupun kem site kurang rata tapi kami ok, buang batu-batu besar dan benda tak sepatutnya, cek arah angin dari mana then macam dah selamat baru kami pacak khemah. Sebelum sunset, angin bertiup kencang, terus kau sarung dawn, capai glove, bukak kasut, ambik wudu siap siap pakai water spray, tukar stokin dan sarung sandal ni semua nak elak kesejukan dan AMS. Ketinggian kat kem site ni 3000m dpl, jari-jari tangan mencucuk-cucuk macam dalam ice. Kena rest, minum air dan makan sikit bagi badan biasa denga cuaca sejuk macam ni. 

Sebenarnya kat sini ada banyak pilihan, sperti hut gunung lain, kat sini ada fasiliti dia agak mantap, ada warm place to sleep, hot water, hot food, fresh water. Tapi ini semua disediakan dalam huts, satu malam dalam 8000 yen sekali meals. Dalam RM300++ lah satu malam kalau convert duit RM. Tapi tapak kemsite juga ada disediakan, ramai yang tidur dalam tent, satu kepala hanya 700 yen untuk satu malam. 



Our campsite view

Kitadake Katanokoya camp site
Gunung Fuji boleh jelas kelihatan dari permatang ni.
Kitadake Katanokoya Hut. 8000 yen per night

Menu untuk malam tu, nasi, tom yam ayam dan telur dada. Malam pertama kami gagal masak nasi dengan betul, jelantah beb! aduuhh! macam mana nak makan ni? tom yam, telur dah siap. Adjust semla nasi dengan pelbagai cara, ambil sikit buat bubur, yang lebih adjust sampai boleh makan nasi tu walaupun tak sempurna. Tapi selamatlah, tak sakit perut. Dah jadi peraturan kat sini, lepas jam 2100 kena silent, waktu untuk tidur. Jadi kebanyakan kat sini lepas pukul 2100 dah senyap sunyi. Bila musim summer kat Japan, waktu malam kat sini kejap je, pukul 0400 dah subuh, 0430 dah cerah macam pukul 0700 kat Malaysia. no wonder lah! Ramai yang sunrise attack ke puncak Kitadake pukul 0300 - 0400 dah gerak. Itu merekalah,kami pukul 0700 baru summit attack. 

AHAD, 4 AUGUST 2019
Misi hari ialah menawan seberapa puncak yang boleh, selagi tak barai lah! Rugilah datang jauh-jauh pergi satu puncak je. Perjalanan kami macam daypack trip dan akan kembali semula ke kem site Katanokoya ni. We get ready all the food untuk sepanjang hari perjalanan dan apa yang patutlah, dah biasa hiking kan tak kan tak tau macam first aid, baju hujan, wind breaker, kudap kudapan, energy food dan lain-lain. Kena get ready any situation yang akan terjadi macam ribut, petir, hujan lebat dan panas terik. Kami punya breakfast pagi tu simple je, makan lauk malam tadi yang tak habis. Simple tak?

0537 in the morning


Our breakfast for today

0700 kami mulakan langkah menuju gunung yang pertama, Kitadake. Kat kem site ni dah 3000m dpl, Kitadake 3193m, so nak naik 193m je pun. Kurang sejam kami dah sampai peak Kitadake. Sepanjang perjalanan kiri kanan depan belakang open view, cantik gila babi!
Ramai gila umat manusia kat atas peak ni, macam kau naik Nuang hujung minggu. So take turn lah nak bergambar dengan signboard. Dekat sejam jugaklah kami atas peak tu. Kat atas ni ada shrine kecil tau, macam kepercayaan orang Japan lah, terlihat banyak duit syiling di kelilingi shrine tu. 

Jam 0900 kami bergerak menuju gunung seterusnya, Ainodake. Agak jauh dari Kitadake ke Ainodake ni, trek macam dragon back, trek berbatu saja sepanjang trail. Hiker Japan ramai guna kasut boots kalis air mendaki sini. Jarang nampak yang pakai trail shoes, kecuali ada segelintir geng ultra runner Japan kelihatan training sini. 
Along and the view


Mt Kitadake, 3193m





*gambar di sekitar Puncak Kitadake, puncak agak luas untuk bersantai dan bergambar.


Target seterusnya ialah Mt Ainodake, gunung ke 4 tertinggi di Japan, kami start menurun ke permatang dalam 50 meter jarak dan akan sampai di Tsurione Junction, lepas tu akanmenurun lagi sampai ke elavation 2880m, makan masa dalam 45 minit dari Mt Kitadake untuk sampai Kitadake Sanso Hut (another nice option to stay at night). Kami semua regroup di Kitadake Sanso Hut sebelum meneruskan perjalanan. Cuaca masih cantik, tak panas, tak sejuk, mungkin badan tengah sedap tengah panas. Tapi bila duduk menunggu mereka tiba, OK! dah rasa sejuk terus sarung wind breaker. Sebelum yang lain sampai, sempat aku beli satu tin air coke yang berharga 500yen! 500yen kat Japan ni dalam bentuk syiling je tau! Tapi 500yen = RM19.00. Air coke RM19 apa ada hal, rasa macam nak bawak balik buat souvenir. hohoho

Dari KItadake Sanso Hut, kami akan melalui Mt Nakashirane, 3055m selepas kurang sejam perjalanan. Mt. Nakashirane ni kurang popular dalam kalangan gunung yang ada kat Minami Alps, tapi view dari sini semestinya hebat dan fastastik. Aku dan Azri pass by je gunung ni, malas tunggu semua sebab nak ke Mt. Ainodake masih jauh.

1120 aku sampai Mt Ainodake, gunung ke-4 tertinggi di Japan, view dari sini agak berkabus tapi tak ada ribut macam kabus ribut. Sementara tunggu semua sampai, benda wajib aku perlu buat atas peak ialah makan. Ya, makan itu penting ya untuk terus hidup lagi-lagi masa mendaki ni.


Kitadake Sanso Hut

The view from Nakashirane

Mt Nakashirane

Mt Ainodake 3190m
Angan-angan nak tapau gunung Notori Dake sekali, tapi bila tengak jam....

"Kalau pergi Notori Dake ni mesti pukul 11-12 malam baru sampai kem site semula"

Notori Dake was cancelled!

Pusing-pusing sekitar Mt Ainodake kiorang nampak signboard Mt Mibudake tertulis di signboard dengan 1km jarak dengan 30 minit masa yang akan diambil sebagai anggaran. Jadi kami berbincang semula, akhirnya aku, Azri dan Ben akan teruskan pendakian ke MIbudake manakala Faiz dan Along akan patah balik terus ke kem site atau jumpa di Kitadake Senso Hut. Masa di peak Ainodake kami sempat berbual dengan seorang uncle ni, beg besar nak mati,katanya dia buat trans dan akan turun di satu yempat yang lain, anggaran masa dalam 6 hari. Best juga macam tu akau kata kat dia, tapi degan kekangan masa kami simpan impian itu dalam hati,maybe one fine day. Insyaallah. 

Jadi bermulalah perjalanan kami ke Mt. Mibudake, sampai Mt. Mibudake kurang 30 minit, kosong, tak ada orang kat Mt Mibudake, tak ramai kot suka gunung ni, yang buat trans je akan lalu sini. Kemudian masa sibuk bergambar, datang seorang wanita Japan, aku tak tau dia datang dari mana, kalau dari Ainodake mesti kami jumpa, arghhh biarlah dia, Kemudian uncle tadi pula sampai, meriah lah sikit Mt Mibudake dengan kewujudan kami semua. 


Uncle ni buat Trans 6 hari



Mt Mibudake 2999m

Senjakala
Puas bergambar semua, maka berpatah balik lah kami semula menuju ke kem site. Lalu semula lah gunung-gunung yang telah kami tawan tadi Mibudake - Ainodake - Nakashirane dan Kitadake. Kami makan lunch di Kitadake Sanso Hut, Along dan Faiz tunggu kami di sana, kemudian kami semua sampai ke kem site setengah jam sebelam sun set. Maknanya sebelum gelap kami sampai semula ke kem site.

We enjoy our last night at the kem site  (Kitadake Katanokoya) dengan masak-masak, gelak-gelak dan post mortem sepanjang pendakian kami dan rancang perjalanan balik untuk keesokan harinya.

ISNIN, 5 AUGUST 2019
Perjalanan balik agak lancar dan cepat, kami bertolak dari kem site pada jam 0750, untuk perjalanan balik ni kami ikut trek lain, tak sama dengan trek lain. Boleh skip banyak check point. Selepas 4 jam, kami sampai di kemsite Hirogawara Sanso. Sampai sini, kami masak for lunch dan buat persiapan diri untuk pulang ke Kofu. Sempat lah mandi sungai dan solat di sini. AIr sungai kat sini jernih dan sangat sejuk, boleh lah recovery badan lepas penat hiking ni, rasa macammandi ice. Badan segar!

Kami ambik bus dalam jam 1500 untuk pulang ke guest house di Kofu. Just beli bus di Information centre, bus akan sampai depan Information centre, rujuk no bas masa beli tiket. Jangan salah naik bus, dan jangan malu bertanya. 

SELAMAT TINGGAL MINAMI ALPS, panjang umur jumpa lagi.

Sampai Kofu kami ambik beg yang kami tinggalkan di guest house dan kembali semula ke station. Azri terus dapatkan tiket train menuju ke destinas kami yang seterusnya MATSUMOTO. Kami sampai di Matsumoto pada jam 2000 dan bermalam di bacpackers hostel.

Pulang marilah pulang



HIROGAWARA SANSO



Episode seterusnya, sight seeing MATSUMOTO, & misi menawan gunung di KAMIKOCHI (KITA ALPS).







Instagram stories highlight click here

No comments:

Post a Comment