SELASA, 6 AUGUST 2019
Hari ke-7 di bumi Japan. Hari ni misi untuk sampai ke camp site terdekat sebelum menawan Oku-Hotakadake keesokan harinya nanti. Banyak pilihan camp site sepanjang jalur pendakian. Bergantung pada masa dan kos masing-masing. Summer merupakan musim mendaki di Japan.
Kami makan nasi goreng untuk sarapan pagi tu, terus treking menyusuri keindahan Kamikochi, trek agak landai dalam 2-3 jam pertama. Kiri kanan ada kolam yg jernih dan bersih. Jadi untuk 2 - 3 jam pertama banyak lalu tepi sungai. Jadi, untuk hari pertama inilah laluan setiap CP yang kami telah sampai :
Kamikouchi - Myojin - Tokusawa - Yokoo - Hondani-bashi - Karasawa - Hotaka-dake sanso
Kami bermula di Konashi daira camp ground pada jam 0830 dan tiba di Hotaka-dake sanso pada jam 1840. Suatu perjalanan yang amat panjang melebihi 10 jam. Pendakian kali ini lebih kepada "terjah je", ikutkan hati dan misi utama ialah menawan Mt Yaridake, tapi bila hitung balik masa hmmm memang tak sempat. Kalau nak nak Yardake via Kamikochi ni makanmasa 4 - 5 hari, takpa mungkin nex time.
Sepanjang pendakian kami akan singgah di setiap mountain hut yang kami lalu. Kemudahan yang ada sangat mesra pendaki, ada jual makanan, ada tandas, jual cenderahati, ada plain water, tempat berehat danbanyak lagi lah.
|
Kanashi-daira campground |
|
Trek agak landai 2 - 3 jam pertama |
|
Viewpoint sebelum sampai Myojin |
Myojin
|
Tokusawa campground |
|
Tokusawa mountain hut |
|
500 yen vanilla ice cream |
|
Japanese macaque monkey atau diekenali sebagai snow monkey
Hati-hati dengan snow monkey, jangan bagi dia makan, sila patuhi arahan di signborad. Monyet ni boleh dijumpai selepas trek Tokusawa. Dia tak kacau orang, tapi kalau kau bagi dia makanan dia akan follow. Just dont!
|
Satu lagi hut, YOKOO, kat sini macam kaki gunung. Trek selepas YOKOO trek agak pacak. Kami sampai sini dalam jam 1230, makan dan solat di sini. YOKOO boleh dikatakan kaki gunung antara gunung-gunung di sini. Kat sini boleh nampak ada hut renjer dan polis. Mereka akan stand by kat sini kalau ada kes berlaku.
|
daily report
Ada kes pendaki hilang masa ni, ada juga yang cedera. Kat atas ni report kalau ada kes di kawasan gunung ni. Semoga mangsa selamat.
Cuaca semakin mendung, awan gelap pertanda nak hujan. Lepas sejam berjalan dari Yokoo, hujan lebat. Bersarunglah kami baju hujan yang ada, lepas setengah jam hujan pun berhenti, panas semula, nampak matahari.
Trek makin lama makin pacak, macam naik Tabur West pun ada, terseksa naik pacak tu dengan bag besar tu lagi, memang bahaya sikit lah. Kalau nak diikutkan kami patut kem site kat Hondani-Bashi je, tapi macam awal lagi, tu yang terus lajak sampai Karasawa Hut.
Sampai Karasawa Hut dalam jam 1900, alhamdulillah masih sempat tengok sunset
|
|
Alhamdulillah, selepas hampir 11 - 12 jam hiking sampai juga ke basecamp. |
|
Mt Oku-Hotakadake with golden sunset
Kami pacak khemah bila waktu dah hampir gelap, sejuk gila sebab angin kuat, menyelit mana-mana kosong sebab campsite dah mostly penuh. Momment nak masak malam tu paling aku ingat, bapak sejuk sebab angin kuat. Tak boleh lepak luar, walaupun Japan musim summer masa ni, tapi atas gunung jangan buat pasal dia punya sejuk. Kami tidur awal malam tu, esok pagi akan summit di puncak kiri kanan kami.
|
Distance : 17.68km
Time : 10jam 18 minit
No comments:
Post a Comment