Tuesday, July 16, 2019

BUKIT KLUANG, BESUT


Bukit Kluang (396m)
Lokasi : 2-3 km dari Kuala Besut
Tahap kesukaran : Easy giler, bolehlah buat 2 - 3 loop

Bukit Kluang terletak di Kuala Besut, nersebelahan atau sama tempat dengan Pantai Bukit Kluang. Tempat ni merupakan kawasan yang popular untuk orang beriadah, boleh hiking, boleh joging dan boleh mandi pantai. Alang-alang kalau korang pergi Pantai Bukit Kluang rugi kalau tak hiking di Bukit Kluang. Acess point kalau nak ke sini korang waze je Pantai Bukit Kluang atau Bukit Kluang.

Trip ke Bukit Kluang ni sehari selepas kami naik Gunung Sarut, turun dari Sarut kami check in homestay di Besut sebab memang dah plan nak naik Bukit Kluang.

Trail head ada 2 tempat, yang pertama dari jalan besar nak ke pantai (belok kiri) betul-betul kat tepi pantai depan kawasan orang berniaga keropok dan goreng pisang, starting dia kalau lalu trail head yang pertama agak memacak mula-mula naik tangga kemudian layan trek tanah penuh dengan akar pokok, kurang setengah jam korang akan sampai puncak. Trail head yang kedua dari jalan besar sebelum sampai pantai tu ambik simpang kanan, trail head yang ke-2 ni agak mudah, trek kurang pacak tapi panjang sikit dari trail head pertama.

Digalakkan untuk naik ke Bukit Kluang ni better sebelum matahari terbit, dapat tengok sunrise tepi laut. Sumpah lawa, lagipun kalau naik sebelum terang ni tak ramai orang. Mudahlah nak bergambar. Bila weekend dan masuk jam 8.00 pagi memang ramai lah naik Bukit Kluang ni, hari tu kami naik adalah dalam 2 bus kat atas tu, masa nak turun pula ada lagi bus student baru sampai nak naik.

Turun dari Bukit Kluang, kami singgah pula pusing-pusing di kawasan pantai, pantai kat bawah tu je. Pantai tu boleh mandi, tapi kami malas nak mandi, singgah bersia-sia dan bergambar je. Menarik minat kawasan pantai tu ialah batu batu besar yang membentuk gua, batu semulajadi dengan rekaan yang unik menjadi hotspot untuk pelancong bergambar. Jangan lupa juga, belilah keropok lekor kat kawasan situ, sedap lain macam tak sama dengan kat KL.
















No comments:

Post a Comment