Gunung Sarut. (1229m)
Lokasi : Masjid Kg Payung, Terengganu.
Difficulty : Easy je
16 MAC 2019
0800 Start, Latar Payung
0845 Blue Pool
0900 Gerak
0945 Kem Nokia
1000 Gerak
1040 Kem Bonzai
1110 Gerak
1200 View Point
1215 Puncak Sarut
1340 Gerak
1410 Kem Bonzai
1430 Kem Nokia
1510 Blue Pool
1555 Gerak
1630 End.Latar Payung
Paling malas aku nak pergi trip jauh jauh ni sampai ke Terengganu. Tapi sebab member baik ajak aku pun ok lah! Dalam pukul 12.00am gerak dari KL sampai masjid Kg Payung dalam pukul 5.00am. Tidur dulu sebelum subuh, boleh masuk tidur dalam masjid, tak ada orang marah. Masjid pun besar lagipun starting point ke Sarut tak jauh dari masjid ni dekat je dalam 10 minit masuk jalan kg depan masjid tu. Trail head dia nama Latar Payung.
Trail Head
Start treking dalam 10 minit lepas tu kau akan sampai terus Latar Payung, kat situ ada air terjun, cantik jugaklah air pun bersih dan sejuk, lintas sungai lepastu teruskan perjalanan melalui denai yang agak flat, sikit je naik lepas tu flat balik.
Lepas tu, dalam 45 minit treking,kami pun sampai Blue Pool yang viral kat Sarut ni. Air dia takda lah biru sangat, airnya agak gelap sikit sebenarnya. Tapi bila nampak dalam gambar dia jadi biru kot. Aku ingatkan biru macam laut. hmmm. Kami pun restlah situ dan bergambar. Kalau nak bergambar kat Blue Pool ni better time pergi dan waktu pagi, cuaca cantik. Kalau bergambar waktu turun, Blue pool tu dah ramai orang datang mandi.
Dari Blue Pool ke Kem Nokia trek mula memacak dan turun naik. Selepas Kem Nokia berjalan dalam setengah jam ke satu jam kami tiba di Kem Bonzai, Kem Bonzai ni cantik macam kat CBL. Di Kem Bonzai ada simpang ke kanan terdapat Kem Site yang luas, aku rasa muat dalam 50 orang kat situ. Kat kem site tu ada sungai kecik sesuai jadi water point kalau nak camping. Kem site cantik bangat.
Selain di Blue Pool, hot spot untuk bergambar ialah di View Point, yang cantik situ ada open view. Nak gambar cantik kena panjat sikit pokok tepi batu tu dapatlah bergambar berpemandangankan gunung ganang Terengganu. Dari view point nak ke puncak dah tak jauh, cuma makan masa 10-15 minit sahaja. Kat puncak tak ada view, cuma ada signboard menandakan puncak di ketinggian (1229m).
Di puncak kami lepak lebih sejam, lunch, bergambar dan tunggu semua orang sampai sebab nak ambik gambar group. Pukul 1.40pm kami pun bergerak turun dari puncak, pergerakan turun agak laju sebab kami berlari turun, acah acah nak training lah kononnya. Target nanti sampai Blue Pool nak tiruk. Masa bergerak turun, kami selisih 1- 2 group tengah mendaki naik, team tu nampak gaya masing masing akan bermalam di kem site. Dalam pukul 3.00pm kami sampai di Blue Pool, mandi dan bergambar. Air situ sejuk, tak sampai sejam mandi kami pun gerak balik.
Ada sedikit kejadian aneh bila Bob nampak kelibat aku melencong ke kanan, padahal aku dah follow trek ke kiri dan aku dah jauh kat depan. Ntah la, mungkin halusinansi dalam hutan.
*gambar yg cantik dari Amirul dan Bob

Blue pool
Dalam Blue pool

Kem site
View point
Botaks
Water point kem site
Wajib bergambar di signboard
Hasil tangkapan dari Amirul
Di puncak kami lepak lebih sejam, lunch, bergambar dan tunggu semua orang sampai sebab nak ambik gambar group. Pukul 1.40pm kami pun bergerak turun dari puncak, pergerakan turun agak laju sebab kami berlari turun, acah acah nak training lah kononnya. Target nanti sampai Blue Pool nak tiruk. Masa bergerak turun, kami selisih 1- 2 group tengah mendaki naik, team tu nampak gaya masing masing akan bermalam di kem site. Dalam pukul 3.00pm kami sampai di Blue Pool, mandi dan bergambar. Air situ sejuk, tak sampai sejam mandi kami pun gerak balik.
Ada sedikit kejadian aneh bila Bob nampak kelibat aku melencong ke kanan, padahal aku dah follow trek ke kiri dan aku dah jauh kat depan. Ntah la, mungkin halusinansi dalam hutan.
*gambar yg cantik dari Amirul dan Bob
Good info
ReplyDelete