Friday, February 10, 2017

TOK NENEK SINGLE HARI 1

Trip anjuran Topeng dan Cuk dari CORE ADVENTURE. Topeng ni rajin pm orang kalau ada trip, last last minute boleh pulak aku terjebat dengan trip ni. Lepas aku terjebak dengan trip ni aku tarik lagi 3 orang buat peneman. Warigh, Bulat, Bob. So, total line up semua ada 17 orang!! Aku tarik 3 oarng je bukan 10 orang, macam mana boleh 17 orang ni?  Haaa tu keja gogo lah ngek!!!



Topeng
Cuk
Epi
Warigh
Bulat
Bob
Azri
Fahmi
Motong Gotah (Cikgu)
Syukri
Azwa
Liza
Farhana (JAH)
Kak Ayu
Kak Ana
Afiq
Nurul

Gunung Tok Nenek ni terletak di Banjaran Titiwangsa, bukannya Gunung G7 pujaan ramai hikers. Trail head nak mendaki gunung ni sama denagn trail head YYBTN masuk kg orang asli. bezanya masa jumpa simpang YY nanti ada simpang ke Tok Nenek dan Yong Yap.

Macam biasa, Jumaat pukul 9.00pm - 10.00pm berkumpul di LRT Gombak. Sebab malam tu dah bertolak ke lokasi pendakian. Kg Raja Cameron Highland. Aku pelik sikit, kenapa kami nak ke Cameron Highland tapi kena meet up dekat LRT Gombak. Hmmm. Malas fikir.

Hari Pertama - Sabtu 21 JAN 2017
Kami sampai di Masjid Kg Raja pada jam 4.00am. OK. Semua terus tidur sampai Subuh walaupun semua dah tido sejak dari awal perjalanan kecuali driver. Siap kendiri lepas Subuh bahagikan ration dan sarapan dekat kedai depan masjid tu je, tak jauh mana.




Siap sarapan dan packing beg, kami ke lokasi seterusnya Sek Keb Kg Raja untuk parking kereta sebelum masuk ke Kg orang asli Kg Sg Regil. Semua naik van dengan powill. Satu van satu powil bersamaan dengan 17 orang. Aku dengan budimannya merelakan diri untuk naik belakang powil. Hujan dah mula turun masa ni. Dari Sek Kg Raja ke kg orang asli tu makan masa setengah jam. 

Jumpa Kak Intan kat Sek Kg Raja, kenal masa naik Rajah. Kali ni dia naik YB


Tepat Jam 9.30am kami tiba di trail head Kg Sg Regil. Hujan renyai masih belum berhenti.

Kulit tebal boleh la

Sepatah dua kata dari Topeng

Plastik ni sangat membantu

Sepatah dua kata lagi dari Topeng (banyak cakap pulak Topeng ni)
9.45am lebih kurang baru lah The Journey Begin. Yes! Hari masih hujan, semua keluarkan baju hujan masing-masing ada jugak yang tidak mungkin sebab malas mungkin jugak sebab tak ada! Lalu kg orang asli kemudian singgah sebentar di rumah Tok Batin minta kebenaran lebih kurang macam tu. Mula-mula kami akan lalui jalan powill dan ada paip sikit lebih kurang setengah jam. Lepastu tibalah di sungai pertama yang perlu diredah. Korang tengok gambar ni je lah...

Rumah Tok Batin

Sungai pertama

Nurul macam biasa posing dia yg lame

Selepas setengah jam perjalanan dari sungai yang pertama, ada satu simpang yang anda wajib ke kiri dan ada jambatan kayu kecil melintas sungai sekali lagi. Kawasan ni kalau korang masuk dalam sikit melawan arus anak sungai ada hidden waterfall, boleh tahan dia punya cantik kalau nak mandi dan bergambar. Aku dapat tau pun sebab Topeng yang tunjuk, sementara tunggu yang lain sampai, Aku, Warigh, Bulat dan Bob sempat bergambar kat hidden waterfall ni...




Masa perjalanan pergi air terjun ni cantik, air jernih boleh minum. Tapi masa balik air kat sini dah keruh sebab hujan lebat malah berlumpur.


40 minit berjalan dari hidden waterfall kami tiba di sungai ke tiga untuk diredah, air sungai tak besar boleh bergambar sambil menyeberang. Kemudian 10 minit selepas sungai ke tiga,tepat jam 12.00pm  kami tiba di Kem Y. Kem Y atau simpang Y ini bakal menghubungkan hala tuju samaada Yong Yap dan Tok Nenek. Kanan ke Yong Yap. Kiri ke Tok Nenek. Di Kem Y, Topeng, Kak Ana, Kak Ayu, Liza, Azwa, Afiq, Syukri dan Bob having lunch here. Yang lain masih belum lapar atau tahan lapar.

*Lupa nak kabo, lunch pack sudah di beri siap-siap masa lepas sarapan pagi tu.








Lepas pada simpang Y kat atas ni (gambar atas ni) perjalanan yang penuh berliku pun bermula...
Trek buloh yang yang menguji ketahan mental dan fizikal seseorang pendaki. Tapi sayang aku terlupa nak snap masa on trek buloh tu, mungkin sebab pewai sangat sampai nak keluar handphone pun malas. Trek buloh ni kau mungkin kena langkah buluoh, menyusup bawah buloh, merangkak bawah buloh, jalan itik bawah buloh. Kesian aku tengok Bob masa ni.

Siput ni aku nama kan dia siput merah

Lepas 3 jam perjalanan dari Kem Y maka tibalah kami di Kem Lengkuas tepat jam 2.51pm. Di Kem Lengkuas ada sungai boleh la re-fill air. Tiba di Kem Lengkuas, aku, Warigh, Nurul, Bulat, Cuk dan Fahmi makan lunch pack sebab dah lapar manakala yang lain semua perhati je kami makan. HAHAHA. Masa ni aku mula perasan tinggal sorang je lagi belum makan lunch pack. Aku syak mungkin lunch pack dia tertinggal atau tercicir. Ntah kenapa Jah tak lunch lagi, tak lapar ke Jah? Lupa pula nak bagitau, masa ni hujan renyai, makan dalam hujan. Siap makan, siap solat kami pun langkah kanan meneruskan perjalanan. 3.30pm kami tiba di Kem Kicap, kemudian jam 3.52pm kami tiba di Kem Asadi. Dari kem Asadi ke Kem Hari pula mengambil masa kurang 15 minit. Kami tiba di Kem Hari lebih kurang jam 4.00pm. Semua lega dah sampai campsite tempat bermalam. Perjalan hari pertama tamat di sini.




Kem Kicap

Kem Asadi

Campsite Kem Hari







Dah macam hisap bong


Sementara tunggu Topeng dan Cuk siap masak, kami mengopi sambil makan maggi hasil air tangan Syukri dan juga kek pisang. Apa yang ada dikongsi bersama. Tapi, Jah paling untung, banyak makan ruapnya dia ni, mula-mula makan lunch pack (patut la tak makan masa on trek, tunggu malam), lepastu makan meggi, kek pisang, biskut dan last sekali makan dinner malam tu lauk daging masak lemak cili padi dengan sayur campur. Siap makan malam, semua masuk tidur. Esok nak naik puncak awal pagi. Bersambung...

Log ringkas perjalanan hari pertama:
Kg Sungai Rengil (0945) - Simpang Tok Nenek (1200) - Kem Lengkuas (1445) - Kem Kicap (1530) - Kem Asadi (1532) - Kem Hari (1600)

No comments:

Post a Comment