Bismillah, penulisan ini mengenai trip Yading - Haba aku berdua dengan Azri selama 12 hari bermula dari Chengdu dan berakhir di Kunming, China. Misi utama untuk pergi ke Yading Nature Reserve dan Haba Snow Mountain (Haba Xueshan)
Selamat membaca........
DAY 1 KUL- CTU (Kuala Lumpur - Chengdu)
Rabu 11 Dec 2019
Sampai KLIA2 sebelum pukul 0600, lepas solat subuh terus print ticket dan terus beratur untuk check in beg. Selesai check in beg aku terus berjalan menuju ke gate yang telah ditetapkan. Flight pukul 0910 dari KL dan akan tiba di Chengdu pada pukul 1340.
Untuk ke China kita wajib buat visa harga RM100.00, kalau nak suruh runner buat tambah RM50. Better download dulu borang dan isi siap-siap atau minta kat kawan-kawan yang pernah pergi China, mesti dia ada (kat aku pun ada)
Located in: Hampshire Place
Address: 157 Hampshire Place Office, Level 5 & 6, 157, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa nak hantar borang make sure kena kepilkan sekali
- Passport
- Copy flight ticket
- Reservation hotel detail sepanjang trip (aku buat dummy kat booking.com)
- 2 keping gambar yang terkini background putih size 48mm x 33mm
Dalam masa seminggu visa kita akan lulus. Visa valid selama 6 bulan. Untuk info lebih lanjut
click sini
p/s : Untuk hari pertama dan hari kedua aku solo.
Tiba di Chengdu agak awal tak seperi yang tertulis dalam flight ticket, sampai Chengdu pukul 1300. Hampir nak mendarat captain flight ada ada buat anouncement suhu di Chengdu ialah 13° aku terus sarung fleece sebelum keluar kapal. Sebelum keluar kapal, aku tangkas tukar sim card, sama seperti di Japan aku beli sim kad hello1010 dengan harga RM 65.00 dapat 7GB mobile data.
Kalau nak ke China better beli sim kad dari Malaysia hello1010, kalau nak harapkan wifi di hotel atau mana-mana free wifi tu memang ada tapi tak boleh buka Google, bila tak boleh buka Google automatik FB, Twitter, dan seangkatan dengannya tak boleh nak acess. whatapps boleh tapi slow. Dengan adanya sim kad hello1010 tu semunya menjadi mudah, Jangan lupa juga install wechat kalau di China, mostly diorang sini guna wechat.
OK!
Selesai aku kutip bag, aku terus cari metro station untuk menuju ke hostel yang Azri booking kan. Dari airport aku beli ticket menuju ke Xinamen. Disebabkan aku nak pecah duit, aku beli ticket terus ke kaunter. Kat machine tak terima duit besar. Inilah masalah money changer kita setiap kali nak tukar duit mesti tak ada duit kecil, susah bila nak terus beli ticket metro station. Selepas tukar lane 3, metro terus meuju ke Xinamen station dan tiba di Xinamen dalam pukul 1400. Sekarang masa untuk mencari Panda Hostel, hostel yang telah ditempah awal sebelum ke sini. Azri tolong tempahkan melalui booking.com. Tempah dulu dan bayar masa nak check in.
Untuk cari Panda Hostel aku pakai google maps jalan jalan jalan tengok maps, tiba tiba sampai, tak jauh pun dari station, kurang 10 minit berjalan. Cuaca dan persekitaran di Chengdu ketika itu sejuk dan berkabus, dah macam kat Gunung Yong Belar.
Check in di Mrs Panda Hostel untuk 2 malam, harga 65yuan untuk 2 malam, bilik no 215 dan katil no 2. Dalam bilik ni ada 4 katil. bilik mandi dan tandas di luar bilik. Sampai bilik aku rehat dan kemas barang sikit dan pukul 1600 aku keluar cari makan di Tianfu Square. Azri kata kat situ ada masjid dan ada kedai makan muslim, mee daging, satay, burger dan banyak lagi. Memang kawasan berdekatan masjid tu banyak kedai makan muslim.
|
Chengdu Shuangliu Internaional Airport |
|