Tuesday, July 23, 2019

GUNUNG YONG BELAR DAN GUNUNG 3 NEGERI YB3B

YB3B 18 MAC - 19 MAC 2017
  1. Gunung Yong belar - 2181 M
  2. Gunung Challi - 1923 M
  3. Gunung 3 Boundaries - 1805 M
  4. Gunung 6040 - 1840 M 
Ayat Koya

Aktivi pendakian YB3B ini pendaki akan menawan 4 puncak gunung yang berbeza seperti di atas. Trial head bermula di Kebun sayur Lojing (naik powil 45 minit) dan berakhir di blue valley. Trip 2 hari 1 malam sepatutnya compress trip bertukar menjadi compress santai 2 hari 1 malam sebab banyak sangat rehat. Ok, ini percubaan ke-2 aku untuk buat YB3B. Percubaan pertama kantoi tak ada permit dengan jab hutan, nasib baik kena amaran je. Kali ni percubaan ke-2 dan berjaya, aku tau trip ni dari Zu dan Zu tau trip ni dari Zami rasanya, Zami lah guide kami untuk trip ni. Trek dari Kebun ke Yong Belar macam biasalah berselut parok, masa banyak dihabiskan di Kem Kasut, kami bukak dapur dan  menggoreng keropok lekor sambil bersembang pasal Kem Gurkha. Katanya seram! Sampai puncak YB dalam jam 6.00 pm, cuaca baik, open view! yeay! sebenarnya susah nak dapat view kat YB ni, kalau nak confirm dapat view korang kena bermalam di puncak. #tipsYB.

Tuesday, July 16, 2019

BUKIT KLUANG, BESUT


Bukit Kluang (396m)
Lokasi : 2-3 km dari Kuala Besut
Tahap kesukaran : Easy giler, bolehlah buat 2 - 3 loop

Bukit Kluang terletak di Kuala Besut, nersebelahan atau sama tempat dengan Pantai Bukit Kluang. Tempat ni merupakan kawasan yang popular untuk orang beriadah, boleh hiking, boleh joging dan boleh mandi pantai. Alang-alang kalau korang pergi Pantai Bukit Kluang rugi kalau tak hiking di Bukit Kluang. Acess point kalau nak ke sini korang waze je Pantai Bukit Kluang atau Bukit Kluang.

Trip ke Bukit Kluang ni sehari selepas kami naik Gunung Sarut, turun dari Sarut kami check in homestay di Besut sebab memang dah plan nak naik Bukit Kluang.

Trail head ada 2 tempat, yang pertama dari jalan besar nak ke pantai (belok kiri) betul-betul kat tepi pantai depan kawasan orang berniaga keropok dan goreng pisang, starting dia kalau lalu trail head yang pertama agak memacak mula-mula naik tangga kemudian layan trek tanah penuh dengan akar pokok, kurang setengah jam korang akan sampai puncak. Trail head yang kedua dari jalan besar sebelum sampai pantai tu ambik simpang kanan, trail head yang ke-2 ni agak mudah, trek kurang pacak tapi panjang sikit dari trail head pertama.

Digalakkan untuk naik ke Bukit Kluang ni better sebelum matahari terbit, dapat tengok sunrise tepi laut. Sumpah lawa, lagipun kalau naik sebelum terang ni tak ramai orang. Mudahlah nak bergambar. Bila weekend dan masuk jam 8.00 pagi memang ramai lah naik Bukit Kluang ni, hari tu kami naik adalah dalam 2 bus kat atas tu, masa nak turun pula ada lagi bus student baru sampai nak naik.

Turun dari Bukit Kluang, kami singgah pula pusing-pusing di kawasan pantai, pantai kat bawah tu je. Pantai tu boleh mandi, tapi kami malas nak mandi, singgah bersia-sia dan bergambar je. Menarik minat kawasan pantai tu ialah batu batu besar yang membentuk gua, batu semulajadi dengan rekaan yang unik menjadi hotspot untuk pelancong bergambar. Jangan lupa juga, belilah keropok lekor kat kawasan situ, sedap lain macam tak sama dengan kat KL.

Monday, July 15, 2019

GUNUNG SARUT, AIR TERJUN BLUE LAGOON, LATAR PAYUNG.



Gunung Sarut. (1229m)
Lokasi : Masjid Kg Payung, Terengganu.
Difficulty : Easy je
16 MAC 2019
0800 Start, Latar Payung
0845 Blue Pool
0900 Gerak
0945 Kem Nokia
1000 Gerak
1040 Kem Bonzai
1110 Gerak
1200 View Point
1215 Puncak Sarut
1340 Gerak
1410 Kem Bonzai
1430 Kem Nokia
1510 Blue Pool
1555 Gerak
1630 End.Latar Payung

Wednesday, July 10, 2019

GUNUNG CHAMAH & ULU SEPAT CUS 3 HARI 2 MALAM

  • Gunung Chamah 2,171 m / 71,23 ft
  • Gunung Ulu Sepat 2,161 m /7,090 ft
*kepada yang tak sudi membaca kisah kami semasa di CUS ni, anda boleh skip ke bawah tengok Log dari hari pertama hingga hari ketiga*