Friday, January 31, 2020

ROYAL BELUM. TASIK BANDING. GERIK PERAK. HOUSEBOAT


Sebenarnya trip ni pada 6-7 April 2019 yang lepas. Aku rasa content ni macam menarik itu yang aku rajin nak tulis pasal trip ni. 

JAPAN EPISODE 7 : KAMIKOCHI

Sedar tak sedar dah hari ke-10 aku berada di bumi Japan. Bangun pagi agak liat sikit, kawasan perkhemahan lebih aman, macam camping atas padang dan ramai orang.

OK! Hari ini sebelum balik ke Matsumoto kam akan explore all around Kamikochi. 2 hari sebelum ini kami sampai sini dan terus mendaki, memang tak sempat nak explore semua kawasan Kamikochi masa tu.

Kamikochi ini bukak untuk orang awam dari April sampai November sahaja. Time winter tutup.

sumber : http://www.kamikochi.org/plan/trekking


Hari ini, sebelum balik kami habiskan masa explore dari Tokusawa sampai ke Kamikochi Bus Terminal. Kamikochi ni macam hutan simpan yang terjaga. Sungai jernih, trail cantik dan well maintained. Sesuai untuk semua golongan kalau nak explore dari terminal bus tu hingga ke Tokusawa. Bila dah sampai Yokoo trek dah start pacak untuk naik ke gunung...

Myojin Bridge

Tuesday, January 14, 2020

JAPAN EPISODE 6 : SUMMIT MT OKU HOTAKADAKE + GANDERME + KARASAWADAKE

Jam 0800 kami mula mendaki menuju puncak, Pukul 8 pagi dah matahari dah naik. Bukak je pintu khemah, silau dengan matahari, awan karpet depan khemah. Simple breakfast je sebelum summit, makan nasi malam tadi.

Faiz tak follow kami naik puncak, penat mungkin, lagipun dia ada asthma. Faiz just lepak campsite dan berehat dalam khemah.




Pagi tersebut tak ramai sangat pendaki naik puncak, kurang 20 pendaki yang naik. Kami sampai di puncak pada jam 0840, dari campsite tu memang tak jauh, sekali pacak je terus sampai puncak. Tapi trek memnag pacak, kena panjat tangga 80 darjah.