Lokasi & Akses
Gunung Bunga Buah terletak dalam negeri Selangor tapi untuk akses ke sini akan mengikut kawasan Goh Tong, Genting Highlands, Pahang, Malaysia. Gunung ini agak terpinggir daripada kawasan pelancongan utama Genting, namun ia masih berada tidak jauh dari kawasan kemudahan seperti jalan raya utama yang menghubungkan Genting Highlands.
Akses ke gunung ini adalah melalui jalan yang mudah diakses menggunakan kereta, boleh parking berdekatan dengan trail head - lokasi parking/trail head
| Trail Head |
Laluan & Cabaran Pendakian
Pendakian bermula di trail head area parking Your Hotel Genting Highland, trail head betul-betul sebelah topekong. Mula mula je terus pacak, kena guna tali. Kalau malam semalamnya hujan first 1km -2 km memang berselut. Untuk 1km - 2km memang teknikal sikit sebab main dengan selut dan licin.
Kemudian tibalah kami di jalan lama Genting seakan jalan balak. Bertar dan dikelilingi batu-batu besar dan hutan. Kamudian masuk laluan hutan membawa ke Rocl Garden. Vew di Rock Garden lebih cantik berbanding di puncak.
Ketinggian & Jarak
- Ketinggian: ± 1,430 meter
- Anggaran jarak pergi balik: 12–14 km
- Masa pendakian: 6–8 jam (bergantung stamina & cuaca)
Trek GBB terkenal dengan laluannya yang panjang, berakar, berbatu dan ada beberapa bahagian “roller coaster” (naik turun berulang).
Apa Yang Menarik di Gunung Bunga Buah?
Pemandangan Banjaran & Awan Karpet - Di beberapa ‘viewpoint’, anda boleh melihat pemandangan bukit dan lembah yang sangat cantik — diiringi kabus pagi jika cuaca baik.
Hutan Berlumut & Pokok Berakar Besar - Bahagian hutan di pertengahan trek sangat cantik untuk bergambar — suasana sunyi, hijau dan sejuk.
Puncak Yang Ada pokok Limau - Ada satu pokok limau di puncak, mungkin sebab itu nama gunung ni Bunga Buah
Laluan Pendakian (Ringkas)
Trailhead Gohtong Jaya - Masuk dari tepi kedai/restoran. Permulaan landai tapi panjang.
Old Road / Jalan Lama - Bahagian paling membosankan bagi ramai pendaki; trek panjang dan banyak akar.
Checkpoint Bukit 800 - Kawasan redup dan selesa untuk berhenti.
Laluan Naik Turun “Roller Coaster” - Bahagian yang akan guna banyak tenaga—jaga pacing.
Rock Garden - Kawasan taman bongsai yang cantik. View open kiri kanan trail
Puncak Gunung Bunga Buah - Kawasan lapang dengan angin sejuk. Masa untuk makan & gambar cantik.
p/s : Mendaki ke Gunung ini sebenarnya tiada permit yang dikeluarkan, risiko ditanggung sendiri.













No comments:
Post a Comment