Thursday, April 2, 2026

Bukit Hulu Bakau & Gunung Rajah

1 Feb 2025

Bukit bukan sebarang bukit. Gabungan Bukit Hulu Bakau dan Gunung Rajah ini memang lain macam — trek sekitar 28km bermula dari Kg Orang Asli Pertak – Hulu Bakau – Gunung Rajah – dan kembali semula ke Pertak. Kami ambil hampir 20 jam untuk habiskan secara daypack… tapi jujur, rasa macam lebih panjang daripada angka tu 😅

Seawal jam 4 pagi, langkah pertama dimulakan dari Pertak. Suasana gelap, sunyi, hanya headlamp dan bunyi hutan jadi peneman. Sampai di Lata Peneleh, kami berhenti untuk Subuh — antara moment paling tenang sepanjang trip. Air mengalir, kabus nipis, memang rasa kecil sangat dengan alam.

Di Bukit Hulu Bakau

Sebelum sampai Hulu Bakau, kami jumpa terowong peninggalan British. Memang boleh masuk lagi, tapi gelap dan agak seram — hanya bertemankan titisan air dari atas yang bunyinya bergema dalam terowong. Kami masuk sikit untuk feel, tapi tak berani pergi jauh.

Masuk sahaja ke fasa Hulu Bakau (refer log), cabaran mula terasa. 

Dari Hulu Bakau ke Gunung Rajah… ini part paling “kejam”.

Botak 

Terowong peninggalan British


MGP Bari

Walaupun ada kawasan mossy forest yang sangat cantik — hijau, lembap, penuh lumut macam dalam dunia lain — tapi trek tak clear sangat sebab jarang orang lalu. Malah, kami boleh kata antara team pertama yang buka laluan untuk masa tu. Banyak kali kena cari arah sendiri. Sebelum sampai ke Rajah ada waterpoint di KM13, tapi nak turun ambil air bukan mudah — cerun curam, kena turun ke anak sungai dan panjat balik. Memang makan tenaga.

Waterpoint

Amin bergambar dengan mossy


Dan trek dia memang tak bagi muka — roller coaster tanpa henti, dengan banyak tebing tinggi. Ada yang ada tali, ada yang kena panjat guna tangan kosong. Setiap step kena fokus. Silap langkah, boleh jadi lain cerita. Sampai ke Gunung Rajah jam 1555, Botak sampai awal jam 1500.

1630 kami gerak turun dari Rajah, Sampai di Kem Asyur pada jam 1820, kami ambil masa untuk jamak Zuhur & Asar, rehat sekejap sebelum sambung perjalanan malam. Dari situ ke bawah pun bukan santai — kaki dah penat, mental pun diuji, tapi kena teruskan.

Akhirnya, selepas hampir sehari dalam hutan, kami selamat sampai semula di Pertak sekitar jam 0007.

Pendek kata, ini bukan hike biasa. Trek ni rare, liar, dan brutal — sesuai untuk yang betul-betul nak uji limit diri, bukan sekadar cari view.

Tapi itulah… dalam penat, ada puas. Dalam susah, ada cerita. 💪

Log pendakian kami :
0400 - Start (Pertak)
0536 - Kem BMW
0610 - Peneleh (Subuh)
0700 - Gerak
0720 - Kem Cangkul
1000 - Terowong
1020 - Gerak
1040 - Hulu Bakau
1130 - Gerak
1200 - Waterpoint KM13
1300 - Mossy Forest area
1555 - Rajah
1630 - Gerak
1820 - Kem Asyur
1845 - Gerak
2017 - Kem R&R
2033 - Gerak
2200 - Kem BMW
0007 - Tamat (Pertak)





Abang Ujang memang steady












Bukit Hulu Bakau
Bukit Hulu Bakau terletak di sempadan Selangor–Pahang berhampiran Kuala Kubu Bharu. Dengan ketinggian sekitar 1,347 meter, ia sesuai dikategorikan sebagai gunung. Laluan pendakian bertahap sederhana ke sukar dan mengambil masa sekitar 9 jam, jadi perlukan stamina yang baik.Daya Tarikan:
1. Terowong lama bekas aktiviti perlombongan
2. Pemandangan 180 darjah Banjaran sekitar di puncak

Vlog pendakian di YouTube :


No comments:

Post a Comment