Air Terjun Cherandong!
Lokasi :Jalan Kampung Buluh Telur, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor
Cherandong waterfall trailhead : https://goo.gl/maps/53ALsqjxCt3LjT6H6
Difficulty : 1/5
Macam biasa, last minit plan deal dengan Ajim untuk datang ke sini, sebab seminggu sebelumnya, Ajim Adi dan beberapa orang kawan dia baru lepas naik Bukit Batu Pahat kat kawasan berdekatan. Trip ni tak terlalu rushing, pukul 8 pagi aku baru gerak dari Sero Kembangan dengan Bob. Jumpa Ajim, Adi. Wan dan Azizi serta anaknya di kedai makan pekan KKB.
Pukul 10.15 am baru kami tiba di trailhead, perjalanan mengambil masa setengah jam dengan berjalan kaki sampai ke air terjun sejuah lebih kurang 3km. Trek laluan di tepi Sungai Selangor. Cantik air kat Sungai Selangor masa tu, masih ingat lagi masa rafting kat sungai ni lah.
Masa kami masuk ke sini, tiada caj dikenakan, tapi sekarang dah ramai masuk aku dengar ad caj RM2 dari tuan tanah. Tapi aku tak pasti.
Untuk sampai ke Air Terjun Cherandong, selepas jumpa mini waterfall then terus je naik ke kanan sampai la jumpa Air Terjun Cherandong
GPX Cherandong Waterfall : Cherandong Waterfall
Sepanjang trek untuk sampai ke Air Terjun Cherandong, kami lihat banyak kem site tepi sungai. kem site mostly besar -besar tepi sungai, rasa nak repeat lagi datang sini pikul kambing.
Jangan lupa subscribe!!
terbaik....
ReplyDelete