Anjuram Kelab Sukan Dan Kebajikan TPM (KSK) (2019-2020).
Telah menjadi aktiviti bermusim bagi KSK beridah mendaki gunung sejak dimulakan oleh AJK pada musim 2017-2018. Aktiviti yang pertama ialah mendaki Gunung Datuk pada awal 2018. Kemudian dituruti dengan mendaki Gunung Angsi dan Gunung Gap & Ulu Semankuk.
Bagi tahun ini Bukit Kutu menjadi pilihan mereka. I am not in the AJK this season, tapi ditugaskan dan dimnta tolong oleh Agus (AJK) untuk bawa mereka ke sana. My first time sampai di Bukit Kutu ada dalam penulisan sebelum ini BUKIT KUTU & GAP ULU SEMANGKUK .
Bertolak dari TPM menaiki bus seawal 0730 (awal ke?), sampai di parking KKB lebih kurang jam 0830. Breakfast dan makan tengah hari dah siap semua letak dalam bus. Bagi melancarkan perjalanan, kami breakfast dalam bus, tapi kurang lancar juga ada yang dah sampi KKB baru nak breakfast.
Kami semua menerima sehelai baju hijau PAS. design agak sempoi. Kalau orang nampak mesti akan cakap dalam hati "Eleh pergi Kutu pun nak buat baju bagai". hmm itu tanda orang dengki sebenarnya.