Tuesday, August 27, 2019

JAPAN EPISODE 2 : SIGHTSEEING KOFU + SHOSENKYO GORGE

Day 3
Kofu ni under Yamanashi Prefecture, tempat yang dikelilingi dengan banjaran-banjaran gunung. Tenang sangat bandar Kofu ni. Tenang dan bersih. Hari ni hari Jumaat, jadi kami dah plan akan melawat ke Kofu Castle sebelum ke Masjid Kofu untuk solat Jumaat. 

Aku bangun seawal jam 0400, sebab subuh awal sebelum pukul 0400. Ingat lepas Subuh nak tengok sunrise kat luar guesthouse, lebih setengah jam tunggu sunrise tapi takda. Kecewa terus sambung tidur. Zzz. Ben je tunggu lama, lepastu dia keluar pergi 7E rasanya, lepastu nak masuk bilik tak boleh sebab pintu auto lock dari dalam. hahahaha. Tunggu la semua bangun.

Selesai sarapan pagi kat guesthouse, dalam jam 1000 kami mula berjalan menuju ke Kofu Castle. Aku ambik satu payung kat guesthouse buat peneduh masa berjalan. Panas bahang bak anggg!!


Tuesday, August 20, 2019

JAPAN EPISODE 1 KUL - NRT - UENO - ASAKUSA - SHINJUKU - KOFU

Assalamualaikum

Koniciwa!!


Day 1

7 jam dalam flight MAS sebenarnya tak adalah membosankan dan memenatkan kalau nak dibandingkan naik Air Asia. Dalam MAS ada hiburan touch screen monitor yang dipenuhi movie movie yang best, sempat lah aku layan Movie Made In India sebelum mendarat. Makan dalam MAS jangan cakap lah, kalau tak kenyang keluar dari pesawat MAS tu tak taulah nak cakap apa, aku dihidangi dengan 3 kali makan, pertama light food kacang. kedua solid food lunch, ice cream dan ketiga sebelum mendarat aku diberikan Salmon Ebiko Onigiri.

BTW trip ni kami berlima, aku fly solo, Azri memang dah standby di Japan manakala Ben, Along dan Faiz akan tiba keesokan harinya. 

Aku selamat mendarat lebih kurang pukul 1830, lalu tembok Emigresyen, ambik beg apa bagai, jam 1930 baru dapat beli tiket train ke Ueno. Agak jauh jugak dari Narita ke Ueno makan masa sejam lebih. Aku tiba di Ueno lebih kurang pukul 2100, 15 minit kemudian Azri tiba dengan membawa ayam dang daging yang dibeli di kedai India yang halal. Ayam dan daging ni untuk ration nanti masa hiking. Masa ni malam pun rasa panas kat Jepun ni, tak tau lah esok siang macam mana bahang cuaca.