Monday, November 15, 2021

CHERANDONG WATERFALL



Air Terjun Cherandong!
Lokasi :Jalan Kampung Buluh Telur, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor 
Cherandong waterfall trailhead : https://goo.gl/maps/53ALsqjxCt3LjT6H6 
Difficulty : 1/5

Macam biasa, last minit plan deal dengan Ajim untuk datang ke sini, sebab seminggu sebelumnya, Ajim Adi dan beberapa orang kawan dia baru lepas naik Bukit Batu Pahat kat kawasan berdekatan. Trip ni tak terlalu rushing, pukul 8 pagi aku baru gerak dari Sero Kembangan dengan Bob. Jumpa Ajim, Adi. Wan dan Azizi serta anaknya di kedai makan pekan KKB.

Pukul 10.15 am baru kami tiba di trailhead, perjalanan mengambil masa setengah jam dengan berjalan kaki sampai ke air terjun sejuah lebih kurang 3km. Trek laluan di tepi Sungai Selangor. Cantik air kat Sungai Selangor masa tu, masih ingat lagi masa rafting kat sungai ni lah.
Tapi kalau tak sayang kereta boleh je masuk dalam sikit masuk kebun sawit tu. 

Tuesday, July 13, 2021

AIR TERJUN ULU PERDIK

 


Air Terjun Ulu Perdik atau Latar Perdik terletak ni Hulu Langat Selangor. Trek amat mudah, sesuai dengan semua golonan umur. Setengah jam treking terus sampai ke hidden gem ni.

Tapak kem site kurang besar, aku rasa muat dalam 7-8 orang je kalau pasng fly. Kalau ramai nak bermalam boleh camping kat bawah sikit di kawasan parking, sebab kat situ ada sungai tapi bukan air terjun best macam ni. 

Kat sini juga jadi port untuk aktiviti air macam waterfall abseiling. Kat sini tak ada kolam besar nak terjun tiruk tapi ada lah tempat nak slide sikit-sikit. 

Jangan lupa mandi shower air terjun ni, rasa macam kena urut badan bila duduk bawah tu. 

Tempat ini perlukan permit ya, boleh apply di Jabatan Hutan Langat