Friday, February 10, 2017

TOK NENEK SINGLE HARI 1

Trip anjuran Topeng dan Cuk dari CORE ADVENTURE. Topeng ni rajin pm orang kalau ada trip, last last minute boleh pulak aku terjebat dengan trip ni. Lepas aku terjebak dengan trip ni aku tarik lagi 3 orang buat peneman. Warigh, Bulat, Bob. So, total line up semua ada 17 orang!! Aku tarik 3 oarng je bukan 10 orang, macam mana boleh 17 orang ni?  Haaa tu keja gogo lah ngek!!!



Topeng
Cuk
Epi
Warigh
Bulat
Bob
Azri
Fahmi
Motong Gotah (Cikgu)
Syukri
Azwa
Liza
Farhana (JAH)
Kak Ayu
Kak Ana
Afiq
Nurul

Gunung Tok Nenek ni terletak di Banjaran Titiwangsa, bukannya Gunung G7 pujaan ramai hikers. Trail head nak mendaki gunung ni sama denagn trail head YYBTN masuk kg orang asli. bezanya masa jumpa simpang YY nanti ada simpang ke Tok Nenek dan Yong Yap.

Macam biasa, Jumaat pukul 9.00pm - 10.00pm berkumpul di LRT Gombak. Sebab malam tu dah bertolak ke lokasi pendakian. Kg Raja Cameron Highland. Aku pelik sikit, kenapa kami nak ke Cameron Highland tapi kena meet up dekat LRT Gombak. Hmmm. Malas fikir.

Hari Pertama - Sabtu 21 JAN 2017
Kami sampai di Masjid Kg Raja pada jam 4.00am. OK. Semua terus tidur sampai Subuh walaupun semua dah tido sejak dari awal perjalanan kecuali driver. Siap kendiri lepas Subuh bahagikan ration dan sarapan dekat kedai depan masjid tu je, tak jauh mana.



Friday, February 3, 2017

GUNUNG RAJAH VIA KKB 14-15 JAN 2017 (hari ke 2)

Ahad 15/1/2017
Jam 3.00am - Kalau nak diikutkan tentatif pukul 2.00am akan gerak ke puncak. Tapi kami sampai ke Kem BMW pun dah pukul 9.00pm, So jam 3.00am start gerak ke puncak. Guide kami masa ni nama dia Faizul Ang, aku rasa dia dah 3-4 kali naik Rajah via KKB. Boleh estimate masa dari kem ke kem.