Monday, October 2, 2017

LIANG TUMANG BATAK DAY PACK

Gunung Liang Barat
Ketinggian : 1933 m , 6341 ft
Lokasi : Behrang, Perak

Gunung Liang Timur
Ketinggian : 1934 m , 6345 ft
Lokasi : Behrang, Perak

*Lokasi kedua-dua gunung ini berdekatan dan berkongsi kaki gunung

Gunung Tumang Batak
Ketinggian : 2082 m , 6831 ft
Lokasi : Behrang, Perak

Distance : about 13km sehala

Trail head ketiga-tiga gunung di Kg Sg Dara di Hulu Behrang Perak.
Line up :
* Epi
* Warigh
* Bulat
* Iqbal
* Bari
* Amirul
* Bob




Saturday, May 13, 2017

GUNUNG GAP ULU SEMANGKUK + BUKIT KUTU. 2 HARI 1 MALAM

Trip ini dirancang oleh seorang gadis sebenarnya, tetapi gadis tersebut tiada dalam trip ini. Gadis itu merancang,kami yang melaksanakan.

Gunung Gap dan Ulu Semangkuk selepas ini dikenali sebagai "GUS" terletak di Fraser Hill, Pahang, trail head berada di tepi jalan masa otw ke Fraser Hill, setengah jam sebelum sampai Fraser Hill.

Bukit Kutu pula terletak di Kuala Kubu Baru (KKB), trail head di Kg Pertak. Trail head hampir sama jika anda hendak mendaki Gunung Rajah, Lata Makau dan Lada Medang.

Kekuatan trip kali ini seramai 7 orang, Aku, Warigh, Shah, Ikhram, Muiz, Johan dan Azri. Muiz katanya ada usrah, maka si Muiz ni follow trip ke Bt Kutu sahaja.

Kami berkumpul di Restoran Fazlina Maju pada jam 9.00 am, kami ber-5, aku, Warigh, Azri, Shah, Ikhram. Johan mana???  Johan katanya ada hal, nak join Bukit Kutu dgn camping kat Pertak sahaja. Di restoran kami sempat mendengar kisah seram Shah dan Ikhram semasa perjalanan ke KKB, mereka jumpa van tanpa pemandu, kisahnya telah ditulis di fiksyen shaha. clik link ni utk kisah seram tanpa pemandu tersebut.

Sebelum menuju ke trail head GUS, aku sempat beli ration tambahan untuk camping malam nanti. Beras, arang dan net untuk BBQ. Jam hampir menunjukkan pukul 12.00 pm baru kami tiba di trail head GUS. Siap-siap pakai kasut packing barang terus jalan.

Trail head ada kat depan tu belah kanan


Tuesday, March 7, 2017

TOK NENEK SINGLE HARI KE 2

Hari ke 2 ni merupakan perjalanan yang paling panjang, sebab pada hari yang sama kami akan naik ke puncak,patah balik campsite,packing barang, terus balik. Haa, macam tu lah.

Malam sebelum kejadian kami dah tido awal, lepas makan dan isyak masing-masing dah masuk tido. Ye lah, sebab nak naik puncak pukul 3.00am katanya. 😂
Ok, malam tadi dah janji pukul 3.00am kan. Tapi sebenarnya pukul 4.00am baru gerak dari campsite. Huhu.

Pendakian ke puncak Tok Nenek dari Kem Hari ambil masa dalam 4-5 jam juga kata Topeng. Hmmmmmm...



Friday, February 10, 2017

TOK NENEK SINGLE HARI 1

Trip anjuran Topeng dan Cuk dari CORE ADVENTURE. Topeng ni rajin pm orang kalau ada trip, last last minute boleh pulak aku terjebat dengan trip ni. Lepas aku terjebak dengan trip ni aku tarik lagi 3 orang buat peneman. Warigh, Bulat, Bob. So, total line up semua ada 17 orang!! Aku tarik 3 oarng je bukan 10 orang, macam mana boleh 17 orang ni?  Haaa tu keja gogo lah ngek!!!



Topeng
Cuk
Epi
Warigh
Bulat
Bob
Azri
Fahmi
Motong Gotah (Cikgu)
Syukri
Azwa
Liza
Farhana (JAH)
Kak Ayu
Kak Ana
Afiq
Nurul

Gunung Tok Nenek ni terletak di Banjaran Titiwangsa, bukannya Gunung G7 pujaan ramai hikers. Trail head nak mendaki gunung ni sama denagn trail head YYBTN masuk kg orang asli. bezanya masa jumpa simpang YY nanti ada simpang ke Tok Nenek dan Yong Yap.

Macam biasa, Jumaat pukul 9.00pm - 10.00pm berkumpul di LRT Gombak. Sebab malam tu dah bertolak ke lokasi pendakian. Kg Raja Cameron Highland. Aku pelik sikit, kenapa kami nak ke Cameron Highland tapi kena meet up dekat LRT Gombak. Hmmm. Malas fikir.

Hari Pertama - Sabtu 21 JAN 2017
Kami sampai di Masjid Kg Raja pada jam 4.00am. OK. Semua terus tidur sampai Subuh walaupun semua dah tido sejak dari awal perjalanan kecuali driver. Siap kendiri lepas Subuh bahagikan ration dan sarapan dekat kedai depan masjid tu je, tak jauh mana.



Friday, February 3, 2017

GUNUNG RAJAH VIA KKB 14-15 JAN 2017 (hari ke 2)

Ahad 15/1/2017
Jam 3.00am - Kalau nak diikutkan tentatif pukul 2.00am akan gerak ke puncak. Tapi kami sampai ke Kem BMW pun dah pukul 9.00pm, So jam 3.00am start gerak ke puncak. Guide kami masa ni nama dia Faizul Ang, aku rasa dia dah 3-4 kali naik Rajah via KKB. Boleh estimate masa dari kem ke kem. 



Wednesday, January 25, 2017

GUNUNG RAJAH VIA KKB 14-15 JAN 2017 (hari pertama)

Trip ni aku dapat tau masa aku tanya "pergi mana minggu ni?" dalam group whatapps YB3B Belalai. Group YB3B Belalai ni pun wujud masa trip ke YB3B yang dianggotai oleh semua lelaki masa Chritmas day. Tapi trip tu GAGAL atas sebab-sebab tertentu, KAH KAH! (Kalau aku rajin  nak tulis pasal trip YB3B tu nanti aku tulis).

Ok kembali semula trip ke RAJAH... 
(Nak naik Rajah ada dua trek satu ikut KKB satu lagi Bentong)

SABTU 14/1/2017
Mula-mula janji dengan Zuu dah nak naik dengan dia. Yang carpool sekali dengan Zuu kalau nak diikutkan cerita ZUU, AKU, BULAT & WARIGH. Janji dengan Zuu dia kata nak datang rumah lebih kurang jam 2.00pm, dah kena sangat masa tu sebab Bulat pun habis keje kul 1.00pm Sabtu tu.Warigh pun datang rumah aku dulu, so kitorang kumpul kat rumah aku sebelum gerak ke KKB.

Mula-mula Warigh sampai dulu dalam pukul 2.00pm lepastu Zuu sampai dalam pukul 3.00pm aku rasa. Zuu sampai denagn Isuzu D-Max nya.... Dah masuk semua barang dalam pikap Zuu dia cakap nak pergi ambik sorang lagi nak tumpang nama dia Hilman, Kitorang pick up dia kat Petronas Sri Kembangan.




Mula-mula cadang nak bawak beg 30 liter  tu fikir nak masak nasi goreng malam nanti terpaksa la bawak beg 60 liter ni. Beg penuh dengan cooking set dengan kuali jeeee.

Kalau nak cerita line up memang tak kenal sapa pun kecuali yang dalam satu kereta. Zuu je jadi orang tengah, dalam group whatapps pun aku takda. Trip ni just bayar RM10.00 untuk sapa nak BBQ malam nanti. Sebab ration, fly ground semua sdn bhd. Itu yang murah RM10.00 jeee. Line up untuk trip ni dalam 30 orang aku rasa. Dalam 30 orang, hanya 20 orang akan ke puncak.

Dari kanan Hilman Zuu, Bulat, Warigh. Janji kat Kg Pertak jam 5.30 ptg. Kami jam 6.00pm sampai tapi sorang pun takda lagi. hmmm


On trek Parking - Kem BMW

Tunggu punya tunggu lepas maghrib juga baru start jalan ke Kem BMW. Dari parking ke Kem BMW lebih kurang 1jam 30 minit pace biasa non-stop. Dia punya trek tak jahat sangat, landai jee. Layan! Parking - Kem BMW (5.6Km). 

Sampai Kem BMW dalam jam 9.00pm. 


Pasang khemah pasang fly bentang ground
 keluar ration cooking set.
 Tanak nasi.
 Buat Kopi. 
Masak nasi goreng untuk lunch & breakfast esok.
 Masak nasi impit 6 ketul size XL.
Tak mandi. Sejuk!

Dalam pada masa yang sama orang lain ber BBQ. Masa aku   tengah masak tu ada la sampai 2- 3 ketul ayam BBQ & sosej, jadilah buat dinner malam tu. Itupun Bulat denagn Zuu tolong ambikkan sebab aku denagn Warigh sibuk masak. Selesai semua tu kami pun try tido top up energy sikit sebab jam 3.00am nak naik puncak.

Kat dalam khemah ni lah Warigh cerita masa tio dia rasa macam seluar dia kena tarik dengan sesuatu. hihihi



Bersambung....