Thursday, February 28, 2013

Berani


Dengan Penuh Keberanian
Di Darat
Di Udara
Di Air
Belum Cuba Belum Tahu

Saturday, February 23, 2013

Pulau Di Polaroid!


Photoshop  aku masih lagi CS3!
Banyak group! Banyak duplicate diperlukan untuk kerja kali ini!
Click sini untuk tutorial! aku malas nak tulis tutorial benda yang dah banyak!
Video tutorial pun bersepah kat youtube...
Selamat mencuba, kalau gagal cuba lagi! Tanya pakar!

Friday, February 22, 2013

Pendengar Rock Keras dan Metal.



Salam satu mental! Ada tak sesiapa yang peminat aliran muzik keras contoh Hard Rock, Heavy Metal, Thrash Metal, Power Metal, Black Metal. Memang banyak sangat genre metal ni, kalau korang selalu sangat dengar pasti korang dapat detect genre apa band tu bawak dalam muzik diorang. Aku start dengar metal start masa form 5. Masa tu indie terus naik, bosan dengan indie dan kenal dengan member kat tempat keje nama dia Awda, dia lah yang kenalkan aku denagn metal. Lepas tu kenal pulak dengan brother Moha dan U.e lagi banyak metal aku dengar. Sebab diorang 2 ni memperjuangkan lagu metal dalam karier mereka, mereka ada band sendiri, heavy metal.

Antara Band Yang Famous Dari Kategori Metal
  1. Black Sabbath(1968–1995)-Hard Rock-US
  2. Metallica(1981–skrg)-Thrash metal-US
  3. Iron Maiden(1975-skrg)-New Wave Britsih Heavy Metal-Britain
  4. Hammerfall(1997-2012)-Power Metal-Sweden
  5. Accept(1968-skrg)-Heavy Metal-Jerman
  6. Helloween(1985-skrg)Power Metal-Jerman
  7. Manowar(1980-skrg)Heavy Metal-US
  8. Loudness(1980-skrg)Heavy Metal-Jepun
  9. Dio(1982-2010)Heavy Metal-US
  10. U.D.O.(1987-skrg)Power Metal-Jerman
  11. Gamma Ray(1990-skrg)Power Metal-Jerman
  12. Megadeath(1983-skrg)Heavy Metal-US
  13. Axel Rudi Pell(1981-skrg)Heavy Metal-Jerman
  14. Blind Guardian(1984-skrg)Power Metal-Jerman
  15. Heavens Gate(1982-skrg)Heavy Metal-Jerman
  16. Impellitteri(1987-skrg)Heavy Metal-US
  17. Judas Priest(1969-skrg)NWBHM-Britain
  18. Slayer(1981-skrg)Thrash Metal-US
  19. Anthrax(1981-skrg)Heavy Metal-US
  20. Sepultura(1984-skrg)Death Metal-Brazil
  21. Tokyo Blade(1982-skrg)NWOBHM-Britain
  22. Virgin Steele(1981-skrg)Heavy Metal-US




Wednesday, February 20, 2013

HARIMAU MENGHAMBUR MANGSA


6 ORANG!


8 ORANG!


10 ORANG!


12 ORANG!


Dalam Silat Gayong, teknik ini dinamakan harimau menghambur mangsa. Syarat yang perlu dilalui kepada pemegang bengkung hijau dan ke atas. Teknik ini penting dipelajari oleh semua pesilat kerana amat diperluakan ketika berlawan dengan musuh.


Lompatan ini aku berpeluang lakukan di Balok tempoh hari. Aku rasa ramai anak gayong pernah cuba aksi ini dan mesti ada yang lebih hebat drpd ni sebab aku pernah tengok. Kenangan paling manis aku di sana. Syok bila fly atas tu. Pesilat terbang inilah ertinya. Nak lakukan aksi ini hati kena kering, tak boleh teragak-agak. Kalau orang tanya macam mana kau lompat macam tu? Aku akan jawab, dalam diri kena yakin, jangan takut, kena cuba jugak, tangan kena kuat untuk landing dengan selamat. Sebelum lompat tu baca Bismillah mesti jadi, niat pon kena betul.



RUN, JUMP, FLY AND ENJOY IT!!!

Monday, February 18, 2013

Kali Ke 4 (Perkhemahan PSSGM di Pantai Balok)


KALI KE 4! Dah 4 kali aku join perkhemahan PSSGM UiTM Johor di Pantai Balok ni. Aku juga pemegang rekod paling banyak kali join perkhemahan ni. Dah 4 kali. 9 - 12 Feb 2013, bersilat dalam hujan sampai mengigil masa ni. Kali ini ahli paling ramai 50 pesilat. Kem kali ni tak penat sangat sebab aku as a leader. Ketua kumpulan kepada kumpulan kumpulan yang ada yang telah dibahagikan. Lebih kurang fasilitator lah. Perkara paling aku suka join kem ni sebab semunya santai. No pressure. Perasaan marah atau sakit hati langsung tiada. 

Satu kejayaan bagi aku pada kem kali ini. Aku dapat cipta rekod peribadi mengambur 12 orang. Memang gian selami ni nak cuba mengambur ramai macam ni. Akhirnya kat sini juga terjadi. Puas! Seronok! Syukur! Mula dengan 5. Kemudian 6. Then 7. Lepas tu 8. After that 10. Finally 12 orang. Dekat 7 kali jugak aku mengambur siang tu! Lepas ni kena mengambur start dengan 8 terus baru boleh control stamina. Ucapan tahniah daripada Ustaz sentiasa kedengaran bila kembali ke detik itu.
Tengah tunggu video mengambur ni daripada Cikgu Din sebagai bukti.

I got something new from Ustaz Syazali. Thank you Ustaz.

Seronok dengan mereka! OUR FAMILY PSSGM.

Thursday, February 14, 2013

Pulau Kukup Taman Negara Negeri Johor

Sampai di jetty Pulau


Pemandangan dari menara pemerhati


Gambar dari bot


Tunggu bot sebelum ke Pulau


Hanya jalan ni disediakan untuk ditempuh hutan bakau

Percutian ketika tengkujuh pasti hujan,sudah dijangka. Hujan lebat, kilat sabung menyabung stelah sampai ke menara pemerhati Pulau. Pemandangan dari menara pemerhati amat cantik dan sangat tenang. Pulau Kukup tempat yang tenang. Tidak ada apa yang best sangat di sini cuma pemandangan hutan yang meghairahkan. 

Tambang Bot- RM5 (pegi balik)
Tiket masuk -  RM3 (student price) 

Lepas ni ke Kukup mungkin hendak ke Indonesia....