Monday, January 21, 2013

Susah nak tidur walaupun memang nak tidur..

Kenapa korang tak tido lagi?

  1. Esok tak keje/ tak ada kelas??
  2. Memang dah tabiat suka tido lambat??
  3. Kerja malam?
  4. Susah nak tidur walaupun memang nak tidur?

Kenapa korang semua susah nak tido walaupun memang nak tido?? Aku pon selalu tulis blog bila aku tak boleh tido, time lewat pagi.
Aku tengok time time pukul 2, 3, 4 pagi masih ramai tak tido lagi, budak kolej/student jangan cakap la memang ramai burung hantu. Ramai orang tak tido lagi masih ber online... Ni huh aku kongsi pasal apa yang terjadi pada kesihatan bila kita selalu tido lambat atau tak cukup tido ni...
  • Sistem imun lemah: Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun
  • Kencing manis: Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.
  • Kegemukan: Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.
  • Susut berat badan: Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya, mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.
  • Kanser Payudara: Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.
  • Stres: Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut
  • Cepat Tua: Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka.. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jjika anda kurang tidur, golongan akan lebih cepat kelihatan tua
  • Murung dan enggan bergaul: Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.
  • Letih: Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih
  • Tidak selesa: Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Kurang tidur juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.
  • Usia menjadi singkat: Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.
  • 70% risiko mati muda: Golongan yang tidak cukup tidur lebih berisiko mati muda berbanding mereka yang tidur sempurna.

Nasihat aku kalau dah pukul 5 pagi masih tak boleh tido tu, baik tunggu Subuh terus, Lepas subuh la kalo nak tido pon. Kalo dah ngantuk sangat masa pukul 5 tu cuba tahan mata sampai masuk waktu subuh, nak lagi cun pergi lah berjemaah kat masjid time subuh kalo dah x boleh tido sangat.

Click here to overcome insomnia.

Friday, January 18, 2013

Siapa Sangka 5 Manusia Lembab ni Boleh Berjaya

Abraham Lincoln

Kisah Lincoln merupakan contoh klasik bagi orang-orang yang 
benar-benar gagal. Antara kegagalan beliau ialah 

* Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
* Dikalahkan oleh Badan Legislatif pada tahun 1832.
* Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun 1833.
* Sudah berputus asa dalam hidupnya pada tahun 1836.
* Gagal memenangi pertandingan pidato pada tahun 1838.
* Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
* Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.

Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.





Adam Khoo

Dia merupakan seorang rakyat Singapura. Sewaktu kecil, beliau merupakan seorang pengemar tegar permainan video. Dan masanya banyak dihabiskan untuk GAMES. Adam Khoo juga dikenali sebagai seorang budak Vodoh. Ketika darjah empat, dia dibuang dari sekolah. Ketika masuk ke alam Sekolah Menengah, permohonan beliau untuk bersekolah ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, dia belajar di Sek Men paling teruk di Singapura. Prestasi akademiknya sangat teruk, tapi lama kelamaan dia semakin baik kerana tidak tahan dengan hinaan dari kawan-kawannya, hingga akhirnya dia memperoleh kejayaan di dunia perniagaan. Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Dia telah memiliki empat perniagaan dengan nilai asetnya bernilai US$ 20 juta setahun.




Aristottle Onassis

Di sekolah, dia seorang yang Vodoh, suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak hairanlah mengapa beliau dibuang oleh beberapa sekolah yang pernah dimasukinya. Dia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. 

Salah seorang gurunya berkata:
'rakan-rakan sekelas memuji dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Dan apabila dia semakin menigkat dewasa orang-orang sibuk mengatakan bahawa dia akan menjadi seorang yang tidak berguna, dan tidak kurang juga yang mengatakan beliau akan berjaya dalam hidupnya.'
Walaupun prestasi beliau di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.




Bill Gates

William Henry Gates III, atau lebih dikenali sebagai Bill Gates adalah CEO Microsoft. Dia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Dia tersenarai sebagai manusia terkaya di dunia di dalam majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy.






Albert Einstein

Dialah Ilmuwan terkenal pada abad ke 20, Beliau terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga merupakan salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka semasa kanak-kanak, beliau seorang budak yang lambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga begitu lalai dalam pelajaran.


Kalau kat Malaysia sekarang ni mesti dah kena bayar hutang PTPTN sebab tak dapat 4 flat... :) Tapi sekarang ni kalo takda Diploma, Degree, Master, PHD tak boleh pergi jauh jugak. Lebih baik gagal selepas mencuba, itu lebih baik daripada tak cuba langsung.

USAHA TANGGA KEJAYAAN