Saturday, December 22, 2012

KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA


 

Assalamualaikum semua para hadirin sekelian...
salam peringatan dari saya berkenaan tasik galilee,
sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun kering dengan derasnya...
Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada 1 hadis Sahih yang saya sengaja tiada tunjukkan di sini,
memberitahu saya dan anda semua,
bahawa...
bila keringnya tasik ini,
maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa,
itulah saatnya dan perhatikan lah tasik ini,
sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2 besar...
Carilah hadis sahih ini sampai dapat,
dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,
di ketika anda tahu itu,
anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat,
menjadi kerisauan saya sekarang ialah,
tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan 9 tahun telah pun berlalu...



Saudara serumpun ku...
anda semua harus beringat,
bila tasik ini kering,
maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi,
membantu imam mahdi,
memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi...

dan aku ingatkan lagi,
hadis ini amatlah sahih,
sedangkan tiada 1 ulamak di tanah Melayu pun berani membongkar hadis sahih ini,
dengan kata lain,
mereka tahu tapi mereka kekurangan berani,
kerana hakikat itu jelas,
tasik galilee sedang kering dengan lajunya,
dan mengikut kajian sains,
tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya,
dan ketika itulah Nabi Isa turun...


dan anda semua kena faham,
sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus),
sudah pastilah proses2 untuk menjadi ASBAB perlunya baginda turun,
ASBAB itu mestilah terjadi,
ini bermakna wahai tuan2...

Untuk lebih lanjut clik sini...

:Megat Panji Alam


Friday, December 21, 2012

Text Photo


Text Photo
Dekat setengah jam baru siap gamba ni by using the tutorial video from you tube!

Thursday, December 13, 2012

Demo Sukol UiTM Segamat



Mungkin ini demo terakhir aku kat UiTM Johor ni. Walaupun aku dah habis study kat sini tapi aku tak kan habis study sebagai anak gayong. Dah grad ni aku rindu segala-galanya kat sini terutama PSSGM. Banyak aku habiskan masa dengan bersilat je sepanjang study kat sini. Boleh bilang jadual training silat lagi banyak drpd jadual kelas. Harap pelapis pelapis yang ada sekarang terus menjaga nama baik persatuan dan teruskan bersilat, jangan malu nak promosikan silat kita sebab kita study kat sini tak lama, 3 tahun je. So, pelapis setiap sem tu mesti ada untuk kuatkan persatuan. Insya Allah kalau degree nanti dapat sambung sini boleh berjumpa kalian semua walaupun jadual diploma dan ijazah tak sama tapi masih ada masa. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.



You can throw your hands up
You can be the clock
You can move a mountain
You can break rocks
You can be a master
Don't wait for luck
Dedicate yourself and you can find yourself

Tuesday, September 4, 2012

Siapa cakap baju BUNDLE nampak MURAH?


"bundle? eeeeeiiuuuuu tak nak lah. dah jadi bekas-bejas orang. geli aku!"
"layan la jugak. tapi baju nak pergi berkebun jelah."
"Tak nak lah. baru baru lagi best. aku lagi sanggup beli baju baru dari bundle. baju bundle ni nampak buruk. yelah baju yang dah terpakai kan?"
"90% dari baju aku adalah baju bundle beb!"


Ini mungkin adalah respon orang bila ditanya tentang baju bundle. but honestly, bagi aku baju bundle jauh lagi bagus dari baju baru. yes memang baju baru baju yang tak pernah dipakai, tapi actually kebanyakkan dari kita membeli baju sebab nak nampak cantik/ kemas. Tapi cuba tengok lepas 2 3 kali basuh baju dah rosak, benang dah tetas, bawah dah kembang, kalo baju ada brand boleh tahan sikit lah!  Jadi aku rasa tak ada hal kalau layan bundle sebab bundle ni tersangat banyak lah baju-baju cantik dan dengan harga sehelai baju branded yg baru, kita boleh dapat 3-4 helai baju bundle branded.Tapi take time la, kalo nak cepat pandang je atas pilih je nak yang mana. So why waste ur money if u can save kan? dan kalau pandai pilih baju bundle akan nampak mcm baju yang mahal! 

Monday, May 28, 2012

52OK untuk WWW 1!

senarai pemohon tender yang berjaya

Tahniah TMJ sebab menang bidaan tersebut. Dengan harga RM 520 K, Plat WWW 1 telah memecahkan rekod termahal no plat di Malaysia yang sebelum ini dipegang oleh seorang peniaga yang juga dari Johor dengan harga RM 300.1 K yang telah dibeli tahun 2010. WWW memberi makna yang amat bermakna kepada peminat kereta iaitu World Wide Web. Hmmmm... DYMM Agong pun ada dalam list WWW 5. 520K beb! setengah juta tu kalah hadiah superstar mania Hafiz awan nano tu! 

5 Perkara Anak Lelaki Harus Lakukan

Saidina Umar ra. berkata ajarilah anak lelaki kamu 5 perkara.

5 perkara ini lelaki harus lakukan/buat, 5 perkara ini amat penting untuk kehidupan untuk individu bergelar lelaki. Insyaallah sebelum mati aku nak lakukan 5 perkara ni. Tak mula sekarang bila lagi, rebut peluang yang ada depan mata kita. Cuma menunggang kuda je aku belum pernah. Aku pernah menembak guna M-16 Masa kat PLKN. Senjata aku selalu main terutama parang, pisau, nunchaku. Berenang aku boleh tapi tak hebat. Bergusti? kat Malaysia ni kita sebagai orang Melayu mesti tahu silat. Kalau bukan silat pun seabagai seorang lelaki mesti belaja martial art, tak silat pon taekwondo etc pun ok. Bila la  nak menungggang kuda? Ada peluang nanti aku pasti grab! Wah!  HEBAT!


1.Menunggang kuda
2.Memanah @ menembak
3.Main pedang @ senjata
4.Berenang
5.Bergusti tapi Malaysia kita bersilat


Friday, April 20, 2012

DUDUK ATAS DOMPET = SCIATICA!


Jangan duduk atas dompet anda. Kadang kadang benda remeh macam ni kita tak perhatikan. Posisi yang tidak betul untuk satu jangka masa lama boleh menghasilkan ketidakseimbangan otot dan postur badan. Sebagai contoh, duduk di atas dompet atau apa sahaja yang menyebabkan badan menyenget. Hmmmm.... Habis x kan nak letak kat poket seluar depan?? Dah macam apa entah?? Letak dompet kat kocek belakang tu still boleh, tapi bila nak duduk lama yang jadi problem tu, mybe masa nak duduk lama masa dengar ceramah ke , dalam kelas ke bolah lah alihkan dompet ke depan atau letak dalam beg!! Hilang gua tak tau.... :-)

Pada peringkat awal sakit tu tidak datang dan tak rasa apa apa mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat, dalam kelas berkemungkinan memampatkan sarat sciatic, berdekatan otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit belakang melibatkan sciatica.Dompet bertindak sebagai bacu yang memaksa pelvis, tulang belakang dan badan bergerak. Sesiapa yang memandu lebih daripada 30 minit dengan duduk di atas dompet adalah calon seterusnya kena sciatica.
Sciatica tu apa?? nak tahu apa click sini...