Gamba terbaik dengan Cikgu Sazali
18 Julai Lawatan bermula pada jam 9.00 pagi. Batu Kurau rumah Pak Ngah Izhar merupakan lawatan pertama bagi pesilat. Pak Ngah Izhar merupakan guru lama Silat Seni Gayong. Tiba di rumah beliau dah macam dewan pencak silat kerana ruang tamu yang besar dibentang dengan mattress dimana tempat mereka berlatih. Di sini kami belajar tapak Gayong yang sebenar. Bonus yang kami dapat ialah "Durian Batu Kurau" Di belah Utara mereka makan durian dengan santan durian serta pulut putih digaul macam bubur dan di tambah pula dengan seketul durian, semuanya dalam satu pinggang. Lazat! Lawatan kedua pesilat menziarah makan DMAR serta isteri DMAR di Masjid Lama Taiping. Menziarah makam DMAR bertujuan mendapat keberkatan segala ilmu Silat SeniGayong yang telah kita pelajari. Seterusnya pesilat menziarah makam Daeng Kuning tak jauh dari situ Masjid Lama Taiping. Lawatan terakhir pada hari tersebut ialah ke gua Daeng Kuning di Kawasan Rekreasi Burmese Pool.19 Julai - Majlis penutup bermula jam 11.00 pagi. Ucapan dari Ustaz Syazali, Cikgu Sazali amat bermakna buat semua pesilat. Cenderahati dari PSSGM UiTM Johor disampaikan pada majlis penutup. Selesai majlis penutup pesilat semua berjalan kaki ke Rumah DMAR untuk menziarah rumah tersebut. Cikgu Sazali menerangkan serba banyak menegnai rumah DMAR dimana disitulah lahirnya ramai pendekar-pendekar yang kini merupakan guru-guru tau yang berpengalaman luas dalam ilmu persilatan. Di rumah ini juga pesilat dapat lihat lukisan yang dilukis oleh DMAR.Lukisan tersebut menggambarkan keadaan 13 Mei 1969. Apa yang menarik minat kami semua adalah lukisan itu dilukis sebelum kejadia 13 Mei 1969 terjadi. Pesilat bersiap untuk pulang pada jam 3.00ptg, sebelum pulang pesilat semua singgah makan di Kuala Kangsar dan membeli cenderahati untuk dibawa pulang.
The best moment bila dapat peluang untuk pijak atas kaca, takpernah terfikir sebelum ni dapat peluang macam ni. Bayangkan kita berdiri atas 2 kerusi plastik, lepas tu dzatt!! melompat terus atas kaca-kaca tu. Sebelum lompat tu telah diajar teknik2 dan berdoa agar diselamatkan dari cedera. Fuhh!! Memang mencabar mental. Cuak pada mulanya. Semua yang lompat atas kaca tu mesti tak dapat luapakan kenangan tu sampai bila2. ini hanyala menunjukkan keyakinan kita kepada ALLAH..tiada ada manusia yang kebal, luka atau tidak atas kehendak dan kekuasaan ALLAH..
kaca ni lah yg aku maksudkan,nampak kerusi belakang tu? dari atas tu lah aku terjun