BUKIT MADEI & AIR TERJUN 7 PUTERI, TAMAN SRI GOMBAK

 📅 Tarikh: 24 Januari 2026

📍 Starting Point: Tanah Perkuburan Taman Sri Gombak location
Masa Mula: 7.15 pagi
📏 Jarak: 11.30 km
⛰️ Elevation Gain: 593m
Moving Time: 4 jam 48 minit
👥 Team: Aku, Iqbal Botak, Amin, Abg Ujang, Hj Yazid & Kak Shani, Fadhli



Permulaan Trek
Kami berkumpul sekitar jam 7 pagi di kawasan Tanah Perkuburan Taman Sri Gombak. Lokasi ni memang jadi starting point popular untuk trek ke Bukit Madei.
Tepat jam 7.15 pagi, kami mula hike. Trek awal agak santai—jalan tar di tepi kawasan kubur sebelum masuk ke kawasan kebun. Laluan jelas, dan kalau jumpa simpang, just ikut kanan untuk ke Bukit Madei.

Starting point. Tanah perkuburan


Sun kisses

Masuk kg

Masuk ke pintu rimba


Menuju Viewpoint 1 (±1 jam)
Selepas lebih kurang sejam berjalan, kami sampai ke kawasan hutan yang baru diteroka untuk kebun durian. Nampak la anak pokok durian kat sini diorang tanam tepi lereng

-View terbuka luas
-Nampak skyline KL dari jauh
-Boleh nampak KLCC dan Merdeka 118

Ini memang spot pertama untuk ambil gambar cantik. Cahaya pagi pun cun kalau datang awal.

Hutan + Bandar

Haji Yazid & Fadhli

Viewpoint 1



Anak Sungai & Mini Air Terjun
Lebih kurang 30 minit selepas tu, kami jumpa anak sungai kecil dengan mini air terjun di sebelah kanan trek.

Tempat sesuai untuk:

-Rehat sekejap
-Basuh muka
-Cool down sebelum sambung 


Viewpoint 2 – Spot Paling Cantik (±20 minit seterusnya)
Dalam 20 minit dari sungai, kami sampai ke viewpoint kedua—dan ini memang highlight utama trek ni

Group photo

ECRL line belakang tu

Yahoo!

Batu Cave?

Cameraman kena ambil dari atas ni (gambar kanan) hasil dia gambar kiri


-View lebih clear & luas
-Nampak KLCC, Merdeka 118 & laluan ECRL
-Angle gambar power kalau:
-Photographer ambil dari atas
-Subjek berdiri di bawah

⚠️ Warning:
Tempat ni tebing agak curam—kena hati-hati masa ambil gambar. Jangan terlalu fokus pada shot sampai lupa keselamatan.

Kami lepak dalam 20 minit kat sini sebab memang view dia cantik


Summit Bukit Madei (±10 minit dari Viewpoint 2)
Dari viewpoint, perjalanan ke puncak Bukit Madei tak jauh—lebih kurang 10 minit je.

Boleh nampak arah Genting Highlands
Kawasan tak terlalu luas, tapi cukup untuk rehat sekejap

Dari sini nampak view Genting Highland

Genting Highland

Belah kiri gambar ni depan sikit je dari gambar kanan ni




Air Terjun 7 Puteri (±1 jam dari Bukit Madei)
Dari Bukit Madei, kami teruskan perjalanan lebih kurang sejam untuk sampai ke Air Terjun 7 Puteri.

💦 Apa yang best kat sini:

Air terjun bertingkat
Air jernih & sejuk
Spot lepak terbaik sepanjang trek

Kami spend hampir 2 jam kat sini:

Makan
Bergambar
Rehat puas-puas

Rehat di air terjun atas

Bawah sikit ramai bergambar

Nak beli kasut baru



Pondok & “Checkpoint Aiskrim” 🍦
Keluar je dari air terjun, kami sampai ke satu pondok kecil.

🎯 Apa ada kat sini:

Aiskrim
Buah & air minuman

Special moment: Hj Yazid belanja aiskrim 😄

💡 Nota penting:

Tak boleh bayar QR secara direct
Option:
Cash
Ambil gambar QR → transfer bila ada line

Checkpoint pondok kebun



Perjalanan Balik (Cabaran Panas ☀️)
Kami tiba semula di parking sekitar jam 12.30 tengah hari.

⚠️ Cabaran utama:

Panas terik especially dari air terjun ke parking
Laluan terbuka, kurang teduhan

🎒 Tips penting:

Pakai cap/topi
Bawa payung atau buff
Air kena cukup

Lalu gelanggang silat Gayong Maarifat masa balik

Tembus jalan tadi



Kesimpulan & Tips Untuk Hikers

Trail Bukit Madei + Air Terjun 7 Puteri ni memang lengkap:
✔️ View KL skyline
✔️ Hutan & sungai
✔️ Air terjun cantik
✔️ Sesuai untuk half-day hike

Level Kesukaran

🟡 Moderate

Ada elevation
-Tapi masih sesuai untuk beginner
-Tips Ringkas
-Start awal (before 7.30am)
-Ikut simpang kanan untuk ke Madei
-Hati-hati di viewpoint (tebing)
-Bawa air cukup (minimum 2L)


Ada lagi jual ice ceram sebelum sampai parking

Sekian terima kasih dan jumpa lagi...
Nak gpx? GPX MADEI



Comments