Monday, August 27, 2018

GUNUNG BENUM VIA ULU CHEKA


Trip kali ni Zuu yang planing dia jadi gogo dan dia perlukan khidmat aku untuk jadi tukang masak. Pada mulanya plan nak cari 12 orang je, at last.... 8 orang je pergi. Lagi mudah kerja aku nak prepare ration untuk 5 hari 4 malam ni. (tak ada la mudah, aku kena ambik cuti awal sehari nak prepare ration) 

Gunung Benum : 2,107 m
Acces point : Pos Perlok Ulu Cheka & Lata Berembun Raub
Masa : 5 hari 4 malam (14/10/2017 - 18/10/2017)

Line up 
  1. Zuu (gogo)
  2. Epi 
  3. Aziz
  4. Kelvin
  5. Faiz
  6. Omar
  7. Putri 
  8. Akak Putri (aku lupa nama dia)


Penghilitan



Day 1 (MENUJU KE KEM SITE GUNUNG LILIN)
Kami semua bertolak dari KL lebih kurang 1.00 am dengan dua kereta, 4 orang naik saga aku, lagi 4 orang naik powil Zuu.

Lebih kurang sebelum subuh kami tiba di Kampung Ulu Cheka, lepas solat subuh di Masjid sementara Ulu Cheka kami power nap sampai jam 8.00 am sehingga guide tiba. (Local guide dari penghilitan Pahang) Kemudian guide (ALI) bawa kami ke Jabatan Penghilitan untuk check in barang dan isi borang untuk mendaki Benum - basic procedure, kami OK!

Setel dengan Jabatan Penghilitan, kami patah balik ke Ulu Cheka untuk parking kereta, bersiap dan menaiki powil ke trail head (20-30 minit perjalanan dari Ulu Cheka) 
Jam menunjukkan hampir pukul 10 am ketika kami tiba di trail head. Misi hari peratma kami akan bergerak ke Gunung Lilin, masa perjalanan lebih kurang 7 - 8 jam.

Tepat jam 3pm kami tiba di Tapak Perkhemahan 1 (KEM JENERIH), apa yang menarik sini? ADA TONG GAS (rujuk gambar). Wujud nya tong gas di Kem Jenerih ni sebab dulu ada kajian saintis area sini, para guide pikul gas sampai atas ni, siap ada complete dengan dapur lagi Ali cerita, itu dululah...


Tiba jam 8:00 pm kami tiba di kem site Gunung Lilin untuk bermalam. Aku dan Zu set up fly ground untuk kami 5 orang. Faiz dan Farid tidur dalam hammock, Kelvin dalam khemah dia. Untuk menu malam pertama aku masak daging masak lemak, tak habis! Diorang tak kuat makan kecuali Faiz. Siap boleh tapau untuk lunch esoknya. Sumber air untuk kem site ni dari tangki air (air hujan lah kot) nak minum make sure masak dulu.

*cacing gergasi masih belum ketemu! 




Day 2 (Permatang Angin)
Hari ke-2 Ali cakap mungkin perjalanan makan masa 8 jam menuju ke Permatang Angin. Kami meninggalkan kem site Gunung Lilin pada jam 10:30 am menapak menuju ke kem site seterusnya. Tiba di kem site Permatang Angin agak awal sebenarnya, lebih kurang 5:30pm. Sumber air juga dari tangki hasil tadahan air hujan. Di kem site ni, boleh lah kalau nak mandi sebab ada 2 tangki disediakan dan kebetulan air dalam tangki tu penuh. 

Rare signboard ni, penggunaan bahasa melayu lama

Batu tempat perlindungan zaman komunis, belakang batu besar ni ada gua sesuai untuk berlindung.

Batu Serondong

Kem site permatang angin


Permartang Angin ni ada open view macam ni lah. Kalau nasib baik awan karpet pun terhidang. 

Kemsite kat Permatang Angin ni memang sejuk, angin dia jangan cakap la kuat namati! Make sure fly kasi tutup habis sebelum tidur dan kalau boleh ada zink kat tangki tu jadikan penutut pintu masuk fly korang tu! Sejuk woi angin kuat siang malam! Kami 2 malam di sini.

*cacing gergasi masih belum ketemu!

Day 3 (Daypack ke Puncak Benum)
Hari ke-3 untuk trip ni agak santai, kami akan daypack dari Permatang Angin ke puncak Benum. Dari Permatang Angin ke puncak Benum jalan santai-santai sepak daun 2-3 jam boleh sampai puncak Benum. Kami bergerak jam 10:30 am, masa ni ada drama sikit berlaku, Aziz demam dan dijangka akan stay kem site, tapi lepas dipujuk dan dipaksa oleh si Kelvin, Aziz kuatkan diri juga untuk sampai ke puncak Benum. Dalam perjalanan ke puncak nanti akan ada banyak simpang, simpang untuk keluar ke Sunagi Besar, simpang keluar ke Lata Berembun dan ntah aku lupa.... zzzz

Dalam perjalanan ke puncak, ada satu kawasan helipad, menurut Ali kawasan tersebut adalah tempat persembunyian komunis dahulu. Apa yang aku nampak kat helipad tu ialah tong drum besar. Kurang 2 jam lepas tu kami pun tiba di puncak Benum.

L.I.A.R

PUNCAK BENUM 

Kawasan ni depan sikit je dari puncak 

Hasil tangkapan dari GoPro Faiz pada jam lebih kirang 3:00am - 4:00 am

Kami sampai semula di kem site pada 4:30 pm. Ada masa nak mandi, kemas ration, masak dengan lebih teratur dan membaca. Jenuhlah...boleh bergambar kat Permatang Angin. Secara automatik Aziz dah pulih dari demam.


Day 4 (Sungai Besar)
Misi hari ke 4 kami ialah menuju ke Kem Site sungai besar, tak banyak yang menarik hari yang ke-4 ni, dan bila kau start bosan berjalan kau berbual la dengan guide, banyak yang diceritakan sampai aku tak berapa nak ingat, antaranya ialah harga sekilo landak, kisah perempuan sesat dan berjaya ditemukan dan cari minum air dari periuk kera. Perjalanan agak jauh dan agak bosan. Lebih kurang 6 - 7 jam berjalan. Dah start menurun pada hari ke-4 ni. Pacat semakin menggila!

Siap sedia meninggalkan kem Permatang Angin

Bosan sampai tertido, padahal penat.

Gambar ni macam biasa-biasa tapi cantik

Lebih kurang hampir jam 6:00pm kami tiba di Kem Sungai Besar. 

*cacing gergasi masih belum ketemu!



Day 5 (LATAR BUJANG DAN KEMBALI PULANG)

Macam biasa dalam jam 10:30 am - 11:00 am kami akan bergerak, siap menyediakan ikan masak sambal dengan nasi putih yang akan dijamu di lata bujang yang dijangka akan sampai sebelum jam 2:00 pm. Kami diberikan pilihan jalan jika cuaca kering dan tidak hujan boleh memilih samaada melalui di tepian air terjun atau jalan yang lebih selamat trek yang lain tetapi pilihan nombor 2 tu trek tidak melalui tepi air terjun Latar Bujang, mungkin akan terus ke Perlok. Kami memilih untuk melalui tepi air terjun yang agak mencabar. 

Tetapi jika cuaca basah dan hujan trek tepi air terjun tu terpaksa dilupakan dan melalui jalan yang lebih selamat. Trek ke Latar Bujang agak mencabar tapi memang best. Lata Bujang terkenal dengan airt terjun 4 tingkat yang cantik.





Puteri ber Latar Bujang

Kau tengok lah air kolam ni, berani nak tiruk?


Tunggu turn nak lintas sungai, sungai dimana tongkat Zu hanyut dibawa arus.

Kami berhenti lunch di kolam pertama untuk lunch dan mandi manda dan teruskan perjalanan ke Pos Perlok (kawasan orang asli berdekatan Lata Bujang). Akhirnya selamat keluar dan menunggu powil datang pick up kat tepi jalan. Sambil menunggu powil tiba sesi membunuh pacat pun bermula, terlalu banyak pacat dalam kasut. Aku nasihatkan rendam lah stokin dengan air tembakau satu malam sebelum masuk Benum ni, bawak sekali minyak angin untuk sapu kat pacat kalau tak jenuh lah nak buang pacat.

Tammat.









5 comments:

  1. bestnya ceta awak... tetiba tingin nak g benum ... 10q ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib pergi. Kampung kat situ pun best. Tenang je

      Delete
  2. Terima kasih, cerita yang menarik untuk panduan kami hiker baru. Insyallah akan sampai.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya in shaa allah nk pegi jugak nnt kalo ada peluang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila pergi kalau ada peluang. Tidur di Kem Angin memang shahdu

      Delete