Saturday, September 29, 2018

Gunung Hantu & Gunung Berembun Wrays | LENTAMU & TANJUNG SLEK

MAGNIFICENT 7 LINE UP! DARI KIRI - HAMDAN,BEN,AWIE,AYAT,ANANG,AMY CRUZER & me.

Gunung Hantu dan Berembun Wray terletak di Ringlet Cameron Highland Pahang. Trail head di Kg Terlimau (Kg Orang Asli). Actually seminggu sebelum trip ni, Awie, Amy Cruzer, Hamdan dan Ayat dah riki dan bertemu Tok Batin Kg Terlimau ni, macam nak minta green light la sebelum nak masuk gunung ni. Tok Batin tak bagi naik sampai ke Gunung Berembun Wrays melainkan kalau guna guide dari kampung tu, kalau setakat naik ke Gunung Hantu takda masalah. Asal ususl nama Berembun Wrays ni berpunca dari kisah Wrays bersaudara telah sesat di gunung ini yang berbeza dengan laporan yang dikeluarkan oelh pendaki sebenar W. Cameron. Kg Terlimau ni mostly beragama Kristian, aku tak tau father mother mana yang kristian kan diorang ni semua. Ada la some people yang muslim. OHH YAA! Nama lain untuk gunung ni ialah Lentamu (Gunung Hantu) dan Tanjung Slek (Gunung Berembun Wray). Lentamu dan Tanjung Slek nama yang biasa orang asli kg tu guna.  Why? I dont know! Lupa nak tanya Tok Batin tu... 😃

Sunday, September 23, 2018

TRANS SLIM

The 10 line up! TRANS SLIM

Trans Slim ialah pendakian manakluki tiga gunung di Behrang, Perak. Bermula di Damm Sg Dara - Gunung Liang Barat dan Timur - Gunung Tumang Batak - Gunung Chondong Geliting - Damm Sg Geliting. Jadinya pendakian ini bermula di Damm Sg Dara dan berakhir di Damm Sg Geliting. Ada juga some people buat sebaliknya dengan bermula di Damm Sg Geliting dan berkahir di Damm Sg Dara.


Saturday, September 22, 2018

KASHMIR EPISODE 3 : NINCHNAI - VISHNUSAR LAKE

Kami agak teruja untuk treking hari ni sebab kami akan sampai di tasik yang pertama yang bernama Vishnusar Lake atau dikenali sebagai twin lake, satu lagi lake nama dia Kishansar Lakes. Tapi Kishansar Lake kami akan pergi hari berikutnya. Kami start treking pada jam 8:00 am selepas sarapan, lupa nak bagitau kami punya everyday breakfast sama je setiap hari, kami dihidangkan dengan sarapan yang penuh khasiat... 

1. Bubur oat
2. Telur dada
3. Roti bakar
4. Jem strawberi dan madu
5. Chai Tea

Rindu nasi lemak dengan roti canai dah masa ni. YeDowh

3 beradik dari Sabah, lagi 2 beradik lagi jauh di depan

Inilah Yessa. 9 tahun. Russian. Comel tak?

Wednesday, September 19, 2018

KASHMIR EPISODE 2 : Kashmir Great Lakes (KGL) Sonamargh - Nichnai (day 1)

Barang dah siap packing! dah siap asingkan barang yang perlu bawa dan tak perlu bawa untuk treking. Barang yang tak bawa ditinggalkan dalam beg Azri dan barang yang nak bawa masa treking dipenuhkan dalam beg deuter 60 + 15 Liter aku, dan tambahan bag pack 30 liter setiap seorang untuk dipikul semasa hiking. So, 3 bag pack akan dibawa oleh aku dan Azri untuk treking kali ini. Barang yang tak diperlukan akan di simpan di rumah guide.
Senang cerita bag deuter tu kami share berdua dan kuda yang bawa nanti, masa treking pula kami akan bawa beg 30 liter masing-masing. Kashmir Great Lakes (KGL), here we come

Agak lewat sikit pagi tu, Anas dan Abg Jay dah standby di gate 12 tepat jam 4:00 am tapi aku dan Azri 4:30 am baru sampai gate 12, van yang akan bawak kami ke Sonamarg dah 30 minit menunggu... ha ha ha. "You are late Azri!" kata si Riyaz. (Riyaz ni leader agaknya! company yang kami bayar untuk treking di KGL). Perjalanan dari Srinagar ke Sonamagh lebih kurang 2 jam 30 minit, sepanjang perjalanan aku banyak tidur je, dah la makin lama makin sejuk bila nak sampai sweater pula kat belakang.... hmmmmm


Sampai di base camp Sonamagh, WOW! Macam wallpaper sialll. view paling power aku pernah nampak depan mata. So kami berempat pun regroup dengan team dari Sabah dan 2 orang dari Rusia. So, lepasni total group kami ada 12 orang, Aku, Azri, Anas Azri (4), group Sabah 6 orang dan Russian 2 orang. Group Sabah ni 5 beradik + Akak Ultra Runner. kitorang panggil dia Kak Long, and the Russian ni 2 beranak mak dan anak perempuan yang berusia 9 tahun. So. lepas ni cerita banyak datang dari kami 12 orang ni serta all the crew (horseman, guide, chef).


Jehlum river dan puncak Thajiwas Glacier


Saturday, September 1, 2018

KASHMIR EPISODE 1 (KL - NEW DELHI - SRINAGAR)

Trip ke Kashmir ini adalah anjuran dari Azri MonMaria (Tokey MonMaria), aku confirm dengan Azri pada 8 March 2018 setelah aku beli tiket flight KL - New Delhi, cubaan menghasut Zu untuk turut serta tidak menjadi sebab dia terikat dengan kerja hakiki. Aku try juga menghasut Ben untuk turut serta walaupun aku tau dia dah sampai di Kashmir sebelum ini, tapi dia tak pergi Kashmir Great Lakes (KGL) lagi. Trip ni disertai oleh 4 orang Azri (gogo), Aku, Abang Faizal @ Jay  dan Anas.

Jumaat 3 Ogos 2018 1905 adalah waktu flight Air sia aku dan Azri akan berlepas. Anas dan Abang Jay dah fly awal pada 1 Ogos 2018, katanya meraka nak cover Gulmarg, Pahalgam dan Srinagar terlebih dahulu. Flight delay sikit, rasamya hampir pukul 8:00 pm baru fly. Dengan perbezaan waktu 2 jam 30 minit  lebih awal di India, kami tiba di New Delhi pada jam 10:00 pm dengan tempoh perjalanan lebih kurang 5 jam. So, Kl - Delhi 5 jam!

Selamat mendarat terus cari free wifi kat airport, bila check ada free wifi tapi tak boleh nak connect. Terus tanya pada staff airport ntah macam mana dia buat dapat lah 45 minit free wifi je. Kami malas nak beli simcard India sebab simcard yang beli kat New Delhi tak boleh pakai pun bila sampai Kashmir. Lepas setel makan kat subway kami cari port untuk tidur sebelum tunggu flight ke Srinagar pukul 6:00 am esok.


Indra Gandhi International Airport, New Delhi

Monday, August 27, 2018

GUNUNG BENUM VIA ULU CHEKA


Trip kali ni Zuu yang planing dia jadi gogo dan dia perlukan khidmat aku untuk jadi tukang masak. Pada mulanya plan nak cari 12 orang je, at last.... 8 orang je pergi. Lagi mudah kerja aku nak prepare ration untuk 5 hari 4 malam ni. (tak ada la mudah, aku kena ambik cuti awal sehari nak prepare ration) 

Gunung Benum : 2,107 m
Acces point : Pos Perlok Ulu Cheka & Lata Berembun Raub
Masa : 5 hari 4 malam (14/10/2017 - 18/10/2017)

Line up 
  1. Zuu (gogo)
  2. Epi 
  3. Aziz
  4. Kelvin
  5. Faiz
  6. Omar
  7. Putri 
  8. Akak Putri (aku lupa nama dia)


Penghilitan