Friday, May 12, 2017

GUNUNG GAP ULU SEMANGKUK + BT KUTU. 2 HARI 1 MALAM

Trip ini dirancang oleh seorang gadis sebenarnya, tetapi gadis tersebut tiada dalam trip ini. Gadis itu merancang,kami yang melaksanakan.

Gunung Gap dan Ulu Semangkuk selepas ini dikenali sebagai "GUS" terletak di Fraser Hill, Pahang, trail head berada di tepi jalan masa otw ke Fraser Hill, setengah jam sebelum sampai Fraser Hill.

Bukit Kutu pula terletak di Kuala Kubu Baru (KKB), trail head di Kg Pertak. Trail head hampir sama jika anda hendak mendaki Gunung Rajah, Lata Makau dan Lada Medang.

Kekuatan trip kali ini seramai 7 orang, Aku, Warigh, Shah, Ikhram, Muiz, Johan dan Azri. Muiz katanya ada usrah, maka si Muiz ni follow trip ke Bt Kutu sahaja.

Kami berkumpul di Restoran Fazlina Maju pada jam 9.00 am, kami ber-5, aku, Warigh, Azri, Shah, Ikhram. Johan mana???  Johan katanya ada hal, nak join Bukit Kutu dgn camping kat Pertak sahaja. Di restoran kami sempat mendengar kisah seram Shah dan Ikhram semasa perjalanan ke KKB, mereka jumpa van tanpa pemandu, kisahnya telah ditulis di fiksyen shaha. clik link ni utk kisah seram tanpa pemandu tersebut.

Sebelum menuju ke trail head GUS, aku sempat beli ration tambahan untuk camping malam nanti. Beras, arang dan net untuk BBQ. Jam hampir menunjukkan pukul 12.00 pm baru kami tiba di trail head GUS. Siap-siap pakai kasut packing barang terus jalan.

Trail head ada kat depan tu belah kanan


Permulaan di jalur pendakian terus pacak, lambat panas, tak warm up memang cepat pewai. Kami dah rasa. Dah on trek dalam 10 minit baru ok. Masa ni Warigh sempat membuang lagi sebelum sampai puncak Gap. Perut meragam katanya.

Kurang dari sejam kami tiba di Puncak Gap, dekat je rupanya dari bawah sampai ke Gap, kalau laju setengah jam boleh sampai.



Berehat sambil bergambar sebagai kenangan lantas kami terus bergerak ke GUS. Trek macam biasa ada turun naik. Sejam pendakian dari GAP ke GUS masa yang berjaya diambil, Pace agak laju untuk ke GUS. Sampai di GUS, aku agak terkejut seperti di lipat dan di kencing oleh Johan. Katanya tak dapat follow ke GUS tapi alih-alih dia dah sampai GUS dengan team hiking kegemaran dia. hmmmm
Johan buat perangai!






Di puncak GUS ni, di mana tempat bergambar terdapat signboard "Gunung Semangkuk 1,824m." Jangan tertipu tuan-tuan, itu salah, ketinggian sebenar GUS ni hanya 1669m sahaja. Ada la tu insan istimewa salah atau sengaja letak signboard tersebut dan telah mengelirukan di antara Gunung Ulu Semnagkuk dan Gunung Semangkuk..

Hiking Log
Trail Head - GAP : 45 minit
GAP - GUS : 1 Jam 10 minit
GUS - Trail Head : 1 Jam 20 minit

Sampai trail head kami boleh bersihkan badan, lagi pun ada tandas disediakan. Anjing pun banyak di trail head btw. Tapi anjing manja siap jadi guide ke GUS. Siap bersihkan badan, kami bertolak ke Kg Pertak cari campsite untuk bermalam, siap sedia untuk BBQ dan dinner. Berehat dan ready utuk menawan Bt Kutu pula keesokan harinya.

p/s: masa ni lah kes askar yang jem pinggang kat Rajah, hampir 20jam bomba bawak turun





Cadangan yang baik kami akan naik ke Bt Kutu pada 7.00am, tapi tapi itu semua cadangan. Sebab kita hanya mencadang, Allah yang tentukan. Oleh itu kami naik ke Bt Kutu pada jam 9.30am, setelah selesai sarapan dan kemas barang-barang masuk kereta, nanti dah turun boleh terus berambus dari situ.

Regangan mesra kepada tubuh

Trail head ke Bt Kutu ni sama di permulaan nak Ke Gunung Rajah dan Lata Makau dan Lata Medang. Sila ikut signboard akan ke kenan untuk ke Bt Kutu, kalau terus kamu akan ke Gunung Rajah dan Lata Medang. 

Shah yg rapuh dalam langkah

Diambil masa selama 1 jam setengah, kami tiba di Batu Tedung. Yes, batu itu mavam ular tedung mungkin itu sebab orang gelar batu itu Batu Tedung.Muiz masih dibelakang sebab seluar ketat sangat.

Batu Tedung

Di bawah Batu Tedung
Detik waktu terus berlalu, selisih dengan ramai orang yang sedang turun. Yang naik selisih yang turun, yang naik pun ada selisih yang sedang naik sebab macam hanat laju betul diorang. Sejam selepas Batu Tedung kami tiba di puncak Bt Kutu, jam disaksikan pada 11.56am, kumpulan pertama dianggotai aku,Azri, Ikhram dan Warigh tiba. Menyusul di belakang ialah Johan, Syah dan Muiz 15 minit selepas itu.

Kopi Benut was here

Jumpa Syuk kat tengah tu Syuk Tok Nenek
Aku agak kagum sebenarnya bila di puncak Bt Kutu ni, sebab apa? Dekat belakang puncak ni terdapat rumah banglo tinggalan yang agak besar (dapat lihat tapak rumah), siap ada perigi kat bawah tempat kami berehat (gambar atas tu). Aku rasa mungkin permukaan yang landai di puncak bukit sebab utama orang buat rumah atas ni. Banglo sapa itu aku tidak tahu, kemungkinan besar orang inggeris pada zaman pemerintahan British dulu.

Dalam banglo

Dalam banglo

Luar banglo

Dari puncak Bt Kutu nak ke banglo lama ni diambil masa 10 minit berjalan pergi dan 10 minit balik. Kami buat pusingan menghala ke banglo lama terlebih dahulu kemudian pusing ke puncak utama Bt Kutu (yang ada batu besar tu).






Kalau hujan, sungai ni senang kena kepala air. Jaga-jaga
Lebih kurang jam 2.00pm kami semua bertolak turun. Kurang 2 jam tiba lah kami di parking....

No comments:

Post a Comment