Tuesday, March 7, 2017

TOK NENEK SINGLE HARI KE 2

Hari ke 2 ni merupakan perjalanan yang paling panjang, sebab pada hari yang sama kami akan naik ke puncak,patah balik campsite,packing barang, terus balik. Haa, macam tu lah.

Malam sebelum kejadian kami dah tido awal, lepas makan dan isyak masing-masing dah masuk tido. Ye lah, sebab nak naik puncak pukul 3.00am katanya. 😂
Ok, malam tadi dah janji pukul 3.00am kan. Tapi sebenarnya pukul 4.00am baru gerak dari campsite. Huhu.

Pendakian ke puncak Tok Nenek dari Kem Hari ambil masa dalam 4-5 jam juga kata Topeng. Hmmmmmm...







Kami berhenti solat di Kem Berlumut, campsite yang sesuai untuk camping sebab ada sungai dan kawasan lapang. Masa sampai Kem Berlumut kami sempat jumpa 3 orang dari group sebelah campsite, mereka menuju puncak yang sama itu pasti.

Hampir dekat ke puncak Tok Nenek, banyak batu-batu besar di sebelah kanan. Itu pasti dah hampir sampai ke puncak. Bergitu hampir sampai ke puncak ada satu tali macam suruh kau memanjat menuju atas batu, tapi tu bukan puncak Tok Nenek kami terus menyusur jalan tepian batu sambil menghimpit ke kanan. Nak dekat dah, Topeng suruh aku jalan dulu dia nak tutup jalan yang ada tali untuk naik atas batu tadi. "Kau jalan ambik kanan je Topeng kata" aku pun laju je menuju puncak yang aku tahu dah bergitu hampir, diikuti Warigh, Liza, Azwa dan Bulat.

Yes! Tepat jam 8.00am kami aku tiba di puncakTok Nenek yang aku pasti dapat view 360. (dah buat home work) awal-awal. Tapi view macam ambik gambar passport.










Chair 

Hampir sejam kami stay atas puncak, sempat buat kopi dan breakfast kuey teow black paper atas puncak. Ada juga yang sempat buat live update kat atas ni, signal kuat! U-Mobile, Celcom dan Maxis. Gambar sebagai kenangan terlebih-lebih kat atas ni. Ada satu port terbaik nak ambil gambar ats puncak ni, ramai namakan tempat tu sebagai "chair" (seperti gambar di atas), kalau view bukak lagi cantik. Tapi "chair" tu agak bahaya kalau nak bergambar, kena hati-hati.

Turun ke kem Hari sampai jam 1.00 pm. Kemas-kemas siap untuk balik. Bertolak dari kem Hari pada jam 2.00pm lebih kurang. Sampai ke parking ngam-ngam maghrib.

SAMPAI RUMAH PUKUL 2.00AM. zzzzzz










No comments:

Post a Comment