Thursday, February 2, 2017

GUNUNG RAJAH VIA KKB 14-15 JAN 2017 (hari ke 2)

Ahad 15/1/2017
Jam 3.00am - Kalau nak diikutkan tentatif pukul 2.00am akan gerak ke puncak. Tapi kami sampai ke Kem BMW pun dah pukul 9.00pm, So jam 3.00am start gerak ke puncak. Guide kami masa ni nama dia Faizul Ang, aku rasa dia dah 3-4 kali naik Rajah via KKB. Boleh estimate masa dari kem ke kem. 




Bulat kenapa nak serious ni?

Jam 3.21am tiba di KEM BOTOL

Jam 3.51am tiba di kem Renoma
Lepas kem Renoma, kami tiba di kem R&R dalam jam 4.30am. Dalam perjalanan dari Renoma ke R&R dah start hujan. Makin lama hujan makin lebat. Elok kami sampai kem R&R terhidang dengan fly & ground dan ada satu khemah. Dengan terpaksa kami semua berteduh dalam fly & ground kepunyaan orang yang belum dikenalpasti. Hampir sejam juga bertuduh dari hujan kat sini. Jam menunjukkan 5.15am ramai yang nap. Masing-masing dah tanya bila nak gerak bila nak gerak. OK, jam 5.30am baru gerak dari kem R&R tu, itupun tak semua. Adalah dalam 4-5 orang gerak lambat sikit tunggu hujan betul-betul reda. Jam 6.20 kami tiba di Kem Asyur
6.20am tiba di KEM ASYUR
Kat Kem Asyur kami gilir-gilir solat subuh. Aku makan separuh nasi impit. Sampai cerah kami tunggu nak re-group kat sini. Masa tengah tunggu nak re-group ada satu team tengah turun, katanya team ni ada yang injured, kesian aku tengok, dia kata pulak ada lagi 2 jam nak sampai puncak. Alahai....
Zuu dah pandai VAPE ON sekarang

Tunggu nak re-group. Badan jadi sejuk sebab sini dah mula sejuk

Sampai tertido tunggu badan pun sejuk sampai nak cramp. Sebelum jam 8.00am kami hi-speed to puncak. Trek dah nak ke puncak ni memang pacak dengan berlumpur. Aku, Sakura dengan dua lelaki henjut dulu sampai puncak. Sorry bro tak ingat nama. Yang aku ingat sorang tu dia kena tangkap masa naik Tabur waktu pagi sebelum trip. ha ha ha.
Batu ni 90 degree. Susah nak panjat.




20 minit sebelum nak sampai puncak,kau kena hadap batu dan akar ni dulu. Kalau perempuan susah nak lepas, kena ada jantan tolong leee. Lepas kau hadap batu ni,kau dah boleh start berdoa supaya ada view kat puncak Rajah tu. Tak pernah tak penat.

Tepat jam 9.00am. Kami ber-4 dulu sampai puncak Rajah. Betullah orang kata kat puncak Rajah tu 360 view, bila kau jejak kaki ke puncak belah kanan kau Pahang (kau akan nampak Genting Highlang dan daerah Bentong) dan belah kiri kau Selangor (kau akan nampak empangan KKB). BTW ada satu team dah sampai dulu siap pasang fly kat atas ni, teamni lah yang camping kat R&R teampat kami berteduh masa hujan pagi tu. TQ
Nah, aku belanja gambar kat puncak...








TEAM NAIK PUNCAK

TEAM YG NAIK PUNCAK + TAK NAIK PUNCAK
Ini ada sikit information:
  • Parking to KEM BMW : 5.47 km
  • KEM BMW to Gunug Rajah : 6.20km
  • Total dari Parking to Gunung Rajah : 11.67 km
  • Tempoh masa dari Parking ke KEM BMW ambil masa 1 jam 30 minit santai. 
  • Tempoh masa dari KEM BMW ke Gunung Rajah 6 jam.
  • Tempoh masa dari KEM BMW ke Gunung Rajah sebenarnya boleh awal lagi, sebab kami sempat lepak tido kat R&R dengan Asyur. Kalau tak lama stop, korang boleh buat bawah 5 jam.
  • Tempoh masa turun dalam 4-5 jam. Tapi masa turun ada yang 3 jam dah sampai BMW. Padu!


Lepas habis trip ni aku macam dengar ada beberapa perkara mistik. Ada 3 perkara aku perasan
  1. Masa Warigh nap dalam khemah kat BMW sebelum nak naik puncak dia rasa eluar dia macam kena tarik.
  2. Masa on trek dari parking ke Kem BMW dalam jam 7.30pm - 8.00pm, ada sorang lelaki perasan one of our member (girl) asalnya dia jalan belakang, tiba-tiba that girl laju je jalan ke depan terus tak jumpa. Bila tanya orang depan nampak tak that girl? Orang depan kata dia tak nampak pun that girl. Bila tengok belakang that girl ada lagi jalan kat belakang. Jadi siapa yang jalan laju-laju ke depan tuuu?
  3. Aku ceritakan berdasarkan conversation aku dengan Kak Intan ni huh:





lepastu kami pun ber hu hu hu hu....


No comments:

Post a Comment