Sunday, February 17, 2013

Kali Ke 4 (Perkhemahan PSSGM di Pantai Balok)


KALI KE 4! Dah 4 kali aku join perkhemahan PSSGM UiTM Johor di Pantai Balok ni. Aku juga pemegang rekod paling banyak kali join perkhemahan ni. Dah 4 kali. 9 - 12 Feb 2013, bersilat dalam hujan sampai mengigil masa ni. Kali ini ahli paling ramai 50 pesilat. Kem kali ni tak penat sangat sebab aku as a leader. Ketua kumpulan kepada kumpulan kumpulan yang ada yang telah dibahagikan. Lebih kurang fasilitator lah. Perkara paling aku suka join kem ni sebab semunya santai. No pressure. Perasaan marah atau sakit hati langsung tiada. 

Satu kejayaan bagi aku pada kem kali ini. Aku dapat cipta rekod peribadi mengambur 12 orang. Memang gian selami ni nak cuba mengambur ramai macam ni. Akhirnya kat sini juga terjadi. Puas! Seronok! Syukur! Mula dengan 5. Kemudian 6. Then 7. Lepas tu 8. After that 10. Finally 12 orang. Dekat 7 kali jugak aku mengambur siang tu! Lepas ni kena mengambur start dengan 8 terus baru boleh control stamina. Ucapan tahniah daripada Ustaz sentiasa kedengaran bila kembali ke detik itu.
Tengah tunggu video mengambur ni daripada Cikgu Din sebagai bukti.

I got something new from Ustaz Syazali. Thank you Ustaz.

Seronok dengan mereka! OUR FAMILY PSSGM.

No comments:

Post a Comment